Bismillahirahmanirahim. Bahawasanya dengan nama-Nya dan kalimah Tauhid-Nya, kita panjatkan kesyukuran.
Alhamdulillah. Segala yang berlaku pasti ada musabab dan hikmah. Dan itu yang harus kita terima dengan reda dan sifat keterbukaan.
Aku tidak gemar meletakkan diri aku dalam posisi kegagalan maka keputusan kali ini, meski tidak cemerlang, aku rasakan memadai. Sepadan usaha dan gemblengan yang dikerah. Bersyukur kerana masih berada dalam kedudukan ini namun pada masa yang sama kecewa kerana masih berada dalam kedudukan ini.
7+7+6+5+5+3 = 33. Satu kemerosotan namun bukan yang terburuk pernah dicapai.
Kepuasan? Tidak.
Kerisauan? Mungkin.
Keyakinan? InsyaAllah.
#IBExamMay2013 40 points. Amin.
Saturday, January 26, 2013
THE FINAL QUARTER
Sukar untuk kita sedar sehinggalah lamunan kita terhenti.
Kemudian kita terkebil-kebil dan mengetap bibir, kerana terkenangkan betapa jauhnya masa telah meninggalkan kita dan betapa pantasnya masa cemburu pada kita.
Kita telah diberi peluang yang sekian lamanya terbentang luas, namun kita seringkali terngadah kerana terhantuk di tengah-tengah perjalanan.
Namun, seharusnya kita perlu tetap menadah tangan dan bersyukur. Bahawasanya Dia telah menyedarkan kita di saat-saat ini sebelum keterlewatan menghantui segenap tubuh kita.
Maka, gerakkan jasmani dan rohani kita. Ada misi dalam suku terakhir ini yang menuntut untuk dilunaskan.
#IBExamMay2013
Monday, December 31, 2012
MENGINGATI DISEMBER
Saya masih keliru mengapa begitu culas sekali untuk menulis kala tempoh istirehat yang agak panjang ini.
Disember ini kayaknya aku punya urusan-urusan yang besar dan penting - setidak-tidaknya penting bagi seorang pelajar yang masih belajar.
GEL Annual Camp di Cherating.
Program Kunjung Balas SMP Negeri 1 Karimun, Indonesia ke Malaysia di Kolej MARA Seremban.
Tidak ketinggalan juga percutian makan angin bersama keluarga ke utara semenanjung. Langkawi dan kawasan yang sama waktu dengannya.
Cukup dan puas mengelilingi Semenanjung.
Urusan pelajaran juga sedikit tertunai. Alhamdulillah setidak-tidaknya cuti kali ini masih akademik.
Di hari-hari terakhir istirehat ini, barulah saya tersedar akan sesuatu yang penting.
Bahawasanya dua hari lagi, diri ini bakal melangkah ke fasa terakhir.

Tuesday, December 04, 2012
BENCI
Membenci diri sendiri itu lebih mudah.
Ke mana hilang iltizam perubahan itu pun tidak ketahuan.
Ah, ralat kesemuanya!
Aku membenci diri sendiri yang hanya pandai menabur janji.
Janji pada diri sendiri yang tak pernah ditepati.
Monday, November 26, 2012
CONDITIONAL OFFER ACMS
Alhamdulillah. Usai temuduga.
Berjaya mendapat conditional offer ACMS.
Persoalan utama sebelum persoalan-persoalan seterusnya: 36? Mampu atau sebaliknya?
Persoalan kedua: Galway atau Cork?
Dan persoalan-persoalan yang tidak akan selesai...

CUMA UCAPAN MAAF
Benar. Siapalah kita untuk mendambakan sebuah ucapan kemaafan?
Tapi remeh sangatkah aku walau untuk menerima satu pun permintaan maaf?
Kau yang bersalah. Tapi aku yang diremehkan?
Dunia. Bangsa. Dan yang bernafas di antaranya.
Tapi remeh sangatkah aku walau untuk menerima satu pun permintaan maaf?
Kau yang bersalah. Tapi aku yang diremehkan?
Dunia. Bangsa. Dan yang bernafas di antaranya.
TUJUH PULUH LIMA PERATUS SELESAI
Hari terakhir peperiksaan tempoh hari ialah subjek Pengajian Islam (Standard Level?). Melengkapkan minggu peperiksaan Semester 3/2012. Ah, selesai sudah. Lega? Mungkin tidak. Peperiksaan kali ini terlalu asyik menyesali diri. Terlalu kerap istighfar.
Tidak cukup persediaan. Itu alasan yang remeh. Hakikatnya aku memang tidak bersedia. Baik jasmani mahu pun mentaliti. Kosong. Peperiksaan kali ini bagiku kosong.
Telaah yang tidak selesai. Latihan yang tidak disentuh. Diskusi yang tiada bermatlamat. Memang pakej terbaik untuk menempah kebinasaan.
Apa lagi yang harus dikatakan? Apa guna menangis? Salah sendiri, kawan. Ini salah kita sendiri! Semuanya sudah berlaku, kita tunggukan sahaja keputusan. Baikkah? Atau burukkah? Kita nantikan.
Masihkah ada ruang dan kesempatan? Kita berserah.
Subscribe to:
Posts (Atom)