Assalamualaikum.
Aku terasa diberi kekuatan untuk menulis kali ini. Diilhamkan. Diinspirasikan. Mungkin juga kerana terasa keperluan. Tapi, Alhamdulillah. Masih berperasaan untuk mengisi perut blog ini.
Hurm. Kadangkala aku terfikir, perlu atau tidak perlu aku teruskan penulisan ini. Rencam sebab. Tapi kurasakan satu desakan untuk menulis. Lalu aku pun menulis.
Ya, seperti mana tajuk post. Maksud yang lebih mudah yang ingin disampaikan adalah sebenarnya telah begitu banyak perkara yang terjadi semenjak kali terakhir aku menulis. Perkara-perkara penting, cuma tidak disempat-sempatkan untuk mencoret dalam blog.
Pertamanya, hari lahir Angah pada 18 April. Sama seperti hari lahir Sarah, sambutanku hanya daripada jauh di KMB. Hanya mampu mengucapkan selamat hari lahir dari gagang telefon.
Kedua, hari ibu. Sambutan kurang meriah. Hadiah pun belum diberi. Tapi tak apa, pelan sambutan masih lagi berjalan.
Ketiga, peperiksaan Semester 2. Ah, kurasakan satu kelegaan setelah usai imtihan. Komen tentang peperiksaan. Aku boleh katakan, tawakkal tu alallah.
Keempat, sambutan hari guru KMB. Oh, puas melihatkan backdrop yang siap dengan jayanya dalam masa sehari suntuk pembikinan.
Dan paling utama,
Berakhirnya Semester 2. Puas? Oh, aku lebih merasakan perasaan yang bercampur-baur. Paling menggugat emosi semestinya keputusan peperiksaan. Dan apabila menelusuri kembali sepanjang perjalanan Semester 2 dari awal hingga ke akhirnya, aku dapat mengesan semacam perasaan ketidakpuasan. Ah, mungkin perasaan, tapi benar, seperti ada sesuatu yang tidak lengkap.
Tapi biarkanlah yang berlalu itu pergi. Yang baik kita teruskan dan istiqamah. Yang buruk itu kita tinggalkan dalam lipatan sejarah,
Cukuplah sekadar ini.
P/S: Cuti tak serupa cuti pun.