Saturday, December 31, 2011

DAN LEMBARAN INI AKU TUTUP.

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Biar aku dengan rasminya menutup lembaran 2011. Biar kususun rapi lembaran ini di para kehidupan. Termasuk yang terbaharu ini, aku kira sudah ada lapan belas lembaran kesemuanya. Ya, 18. Dan biarku katakan sejujurnya, tidak sedikit, namun banyak yang tercatat pada lembaran kali ini tersangat bermakna. Dan apabila aku berbicara mengenai 'makna', ketahuilah bahawa hanya yang empunya lembaran mengerti maksudnya. 2011 yang menyaksikan episod kegembiraan yang melebihi kedukaan. Allah Aza Wajalla mengurniakan nikmat-Nya kepadaku lebih sedikit kali ini. Aku dapat rasakan itu. Cuma mungkin caraku berterima kasih agak hambar tahun ini. Lebih rancak ketika aku meminta-minta, mungkin. Tapi, kurasakan tak perlu aku mengeluh panjang. Memang 2011 ini permulaan yang baik bagiku. Permulaan yang baik bagi segala impian. Maka, selamat tinggal 2011. Tak mungkin kita bersua kembali.

DAN LEMBARAN INI AKU TUTUP... 


Tuesday, December 20, 2011

SINARILAH KIBLATKU.

Assalamualaikum. 

Bungkam suasana malam semalam. Secara tiba-tiba abah menukar saluran radio. Dan bersenandunglah Hazami dengan lagu yang berjudul "Kiblatku". Ah, aku masih ingat alunan muziknya, juga setiap bait liriknya. Kumat-kamit bibir kami tiga beradik. Cuma suara Sarah mungkin terlebih sedikit kenyaringannya. 

Tahun 2008, kali terakhir seingat aku mendengar lagu ini. Lama sudah. Ya, memang lama. Tapi yang paling aku ingati tentu sekali barisan wacana yang dikandung melodi itu. Entah kenapa, bagiku sangat bermakna. Dan sinkronik juga. 

"Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku."

Aku perlukan sinar itu. Semua perlukan sinar itu.  



Monday, December 19, 2011

SESEKALI KITA RASA INGIN BERUBAH.

Assalamualaikum. 

Hari ini aku belajar sesuatu yang berharga. Pembelajaran secara tidak langsung daripada rentetan beberapa peristiwa. Tatkala melihat, mencerap dan memerhati dengan mata, hati dan naluri sendiri, aku akhirnya sedar tentang sesuatu hakikat. 

Apabila kita semacam diberi suntikan nafas improvisasi, natijah sesebuah pengalaman, kita pasti terasa seperti mahu berubah. Atau hijrah. Ya, kedua-duanya punya definisi yang hampir sama. Walaupun hakikatnya kedua-duanya sukar. 

Wednesday, December 14, 2011

JOHOR PREMIUM OUTLET


Assalamualaikum.

Kemeriahan pembukaan rasmi Johor Premium Outlet oleh YAB Perdana Menteri sedikit sebanyak mendorong aku untuk pergi merasakan sendiri pengalaman berada di sana. Mana tidaknya, sepatutnya sebagai anak jati Johor, berpatutanlah aku untuk berbangga dengan pembukaan tempat sebegini berprestij. Tersergam megah di Kulaijaya, dan merupakan satu daripada beberapa projek mega Wilayah Pembangunan Iskandar, kawasan ini menempatkan barisan butik-butik jenama terkemuka dunia antaranya Armani, Gucci, Polo dan banyak lagi yang tidak termampu aku untuk menyebutnya. 

Ya, memandangkan Kulaijaya itu hanya sekangkang kera daripada Simpang Renggam, ditambah pula dengan adanya lebuh raya Link Kedua, bersama keluarga, aku membuat rombongan ke sana. Langsung tidak berniat untuk membeli apa-apa, kerana kami yakin kami bukan daripada golongan yang mampu untuk mendapatkan barangan berjenama seperti yang dipamerkan di butik-butik tersebut, apatah lagi dengan harga yang tidak sanggup untuk difikirkan, waima hati ini meronta-ronta mahu mendapatkannya. 

Cukuplah sekadar aku simpulkan, tempat ini strategik untuk dijadikan kawasan bersiar-siar bagi kebanyakan orang seperti aku. Betul, sekadar kawasan yang sesuai untuk bersiar-siar, menghirup udara segar di tepian lebuh raya. 





Monday, December 05, 2011

DESA SALJI

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Selesai menelan seluruh isi kandungan novel karya Yasunari Kawabata yang berjudul Desa Salji ini. Tidak terlalu tebal, sekadar 183 halaman. Edisi Bahasa Melayu sudah diselesaikan. Begitu juga usai penelitian novel ini dalam edisi Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris. Pakej lengkap tiga bahasa yang boleh aku kuasai. 

Namun, seperti yang telah aku jangkakan sejak awal lagi, apabila kita mula mencerna karya tulisan para penulis tersohor, apatah lagi seorang pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan, kita perlu meletakkan diri kita benar-benar di tempat watak-watak dalam novel itu berada. Penghayatan harus menyeluruh, nawaitu harus utuh. 

Waima selesai pembacaan, namun aku masih belum menghadam nutrisi novel tersebut secara menyeluruh. Mungkin aku perlu sudahkan kajian ini dengan pantas. Banyak lagi kerja yang harus dilunaskan tepat pada waktunya. 

Maka, hal ini akan memaksa aku mengerahkan seluruh dayaku untuk mencapai matlamat ini. Sebagaimana payahnya Shimamura mencuba untuk memahami isi hati dan rasa perasaan Komako yang sedingin salju namun masih sehangat air panas di pergunungan Utara Jepun itu. 

Ah, warkah ini benar-benar menggamit naluriku. 

Sunday, December 04, 2011

SALAM DARI BUMI PERANCIS

Assalamualaikum 

Jam di Malaysia tepat menunjukkan pukul 11.58 malam. Sedang leka membaca barisan Tweet yang menarik di Timeline, tiba-tiba aku dikejutkan dengan pop-up chatbox di Facebook. 

Oh! Dari seorang sahabat yang kini bermastautin di Perancis. Alhamdulillah. Masih lagi kau mengingati aku. Mungkinkah kerana kau terkesan dengan status terbaruku di Facebook semalam? 

Apa pun, perbualan ini sangat bermakna. Lama aku tidak mendengar khabar darimu. Singkat tapi ya, bermakna. Baguslah kegiatan kerohanian masih berjalan di sana. Ingat kawan, agama Allah di mana-mana pun perlu ditegakkan. Meskipun cuma seminggu sekali usrah, harapnya memadailah sebagai halwa iman dalam diri kau. 

Ya. Aku masih di Malaysia, kawan. Dan aku harap aku boleh berada di bumi yang sama tempat kau berpijak sekarang, suatu masa nanti. Bumi Eropah. Insya-Allah. 

P/S : Kredit kepada Razin Afif dari bumi Colmar, France.

Friday, December 02, 2011

KITA CAKAP HANYA BILA ORANG BERTANYA.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih lagi diingati rupanya diri ini oleh para junior. Ya, sekurang-kurangnya masih ada lagi yang sudi menegur. Hatta cuma sekelumit perbualan yang ringkas. Mungkin boleh aku anggap sebagai satu salam tanda ingatan. Namun, yang ringkas itulah yang selalunya membawa makna besar. 

Kredit kepada Ahmad Syukri. 





Normal. Soalan yang biasa ditanya oleh para junior kepada senior mereka yang telah pergi meninggalkan sekolah tercinta. Anda pun boleh meneka. Maka, bila ditanyakan soalan seperti itu, harus atau tidak kita jawab?

Mestilah kita kena jawab. Orang bertanya kita menjawab. Aku jenis yang seperti itu. Bersabitkan hal itulah aku tidak menjaja ceritaku kini belajar di mana, sesudah ini hendak sambung di mana, terbang ke mana atau sebagainya. 

Sebab kalau orang tak tanya, tiadalah terdetik niat di hati untuk memaklumkan kepada seluruh dunia berulang kali tanpa henti. 

Memang. Memang kau tak ingin tahu. Tapi, ada yang lain yang mahu tahu. Kerana itulah, aku bercakap agar yang ingin tahu itu tahu.

Jelas. Atau masih rencam? 


SEBUAH PERTUBUHAN YANG KASIHAN

Assalamualaikum. 

Menarik. Aku terasa tertarik dengan sebuah pertubuhan ini. Pertubuhan yang objektif dan misinya rencam. 
Mungkin lebih kepada menjaga kebajikan ahli-ahlinya yang terasa dipinggirkan oleh masyarakat. Atau mungkin untuk menunjukkan kemegahan mereka, dengan memakai uniform umpama pekerja badan swasta pada setiap hari Rabu. Ya lah, sekurang-kurangnya identiti mereka sebagai golongan minoriti dalam masyarakat dapat ditonjolkan. Lantak kau lah di situ. 

Namun sayang. Pertubuhan ini kulihat masih samar-samar hala tuju. Mana tidaknya, ahli-ahlinya acapkali berhalusinasi. Halusinasi yang liar. Sesuai sangatlah dengan bidang yang sedang kau ceburi sekarang ini. 

Aku tak pasti, mengapa begitu iri sekali kalian dengan masyarakat majoriti dalam komuniti ini? Ya. Aku lupa. Kalian hanya golongan minoriti. 

Kalian golongan minoriti. Namun, kalian cepat melatah. Cepat melenting. Ego terus meninggi. Pantang dicuit, kalian meliuk lentik. Pantang diacah, kalian mengadah. Tapi, selama kalian membuat onar, ada kami kisah? Teruslah hidup dalam permainan itu. Aku, dan golongan majoritiku sedikit pun tidak kisah. 

Satu yang ingin aku ingatkan untuk perhatian pertubuhan itu dan ahli-ahlinya. Kalian sungguh kasihan. Dek kerana itulah, kami selaku masyarakat majoriti tak pernah terasa teringin pun hendak menjentik ahli-ahli pertubuhan itu. 

Itulah dia. Hidup segan, mati tak mahu, Hidup jangan hanya reti mengeluh. Kalaulah kalian sedar, memang kalian sangatlah kasihan. 

Sebuah pertubuhan yang kasihan. 




SEMATA-MATA HENDAKKAN SHOWER CUBE.

Assalamualaikum.

Aku ada sebuah ceritera lucu untuk dikongsi. Cerita yang telah aku pendam lama. Lucu. Sekurang-kurangnya, bagiku lucu. 

Seperti yang kau tahu, aku tahu dan semua orang pun kiranya tahu, kolej ini merupakan tempat berkumpulnya pemikiran-pemikiran cerdas, genius dan geliga. Juga tempat mereka yang optimis, berpandangan jauh serta pencerap yang baik. Aku harap aku juga tergolong dalam kelompok yang disebutkan tadi. Insya-Allah. 

Tapi, seperkara yang mencuit hati aku. Manusia yang berpemikiran kononnya terkehadapan itu jugalah yang mencoret ceritera lucu dalam blog aku ini. Perasan ketiadaan kotak Shout Box yang sekian lama setia menempel di sisi kiri blog ini? Bagus, jika perasan. 

Ya, aku yang membuang widget itu. Kerana tidak lagi aku mampu tahan, terasa senak perut menahan gelak yang pastinya pecah berderai jika dilepaskan, barisan maki hamun dan cercaan kau pada aku. Kau juga mencemarkan indahnya komen-komen lain dalam Shout Box itu. Kalaulah kau sedar. 

Ahh, terasa menyesal pula tak sempat nak print screen dan tunjukkan frasa-frasa lucu itu di sini. Biar lebih ramai lagi terkekeh-kekeh menyaksikan keculasan kau. Culas. 

Seperkara yang bodohnya tentang kau, biar aku jelaskan. Kau hina aku. Kau keji aku. Kau cerca aku. Kau gadai maruah aku. Kau malukan aku pada semua pengunjung blog aku. Rasionalnya apa? Motifnya apa? Tujuannya apa? 

SEBAB KAU TERKILAN. KAU KECEWA AKU DAPAT COP SHOWER CUBE ITU TERLEBIH DAHULU DARIPADA KAU.

Perkara macam itu pun kau kisahkan? Perkara seperti itu pun boleh terbawa-bawa dalam kemarahan kau? 
Itulah manusia. Manusia seperti kau. Manusia yang tohor pertimbangan. 

Di masa hadapan, kalau kau terasa nak gunakan shower cube itu dengan gembira, mandi lebih awal daripada aku. Aku boleh cadangkan. Kau mandi pukul 6 petang mungkin? Atau lepas Asar pun lagi baik. 

P/S: Shower cube dekat Blok C bukan satu tapi ada 24 kalau tak silap. Pilihlah yang mana suka dengan bijak. 

*Sekadar hiasan untuk menggambarkan banyak lagi shower cube di Blok C. Bukan gambar sebenar*

TENTANG TAGLINE.

Assalamualaikum. 

Sedari tadi baru aku sedar dan perasan. Awal-awal semester dahulu, sejak sebelum masuk KMB lagi, group untuk budak KMB ada dua. Kalau tak silaplah. Cuba review semula post-post bulan Jun 2011. 

Tapi, tadi baru aku perasan, grup yang dua itu berkurang. Menjadi satu. Motif? Entahlah. Aku pun bukan pengunjung setia. Aku pun tak ambil tahu. 

Namun, seperkara yang mencuit hati aku di sini. Aku terasa ingin mempersoalkan tentang perkara yang satu ini. Pengunjung tetap grup mungkin perasan kewujudan entiti ini. 



Sahabat, grup ini grup yang sarat informasi. Pantas, mengapa tagline seperti ini masih kekal sebagai pengenalan? Apa maksud frasa ini? Apa yang mahu ditonjolkan sebenarnya dalam grup ini? 

Mungkin bagi kalian remeh. Bagiku tidak. Itu penghinaan kepada kita, warga KMB khususnya. Terasa macam nak joging setempat atas muka orang yang tulis sesuatu yang seperti itu. Serius. 

NOTA KAKI: Saya selaku golongan minoriti di KMB, menyeru kepada para Admin grup, agar berbincang, seboleh mungkin tukarlah tagline grup ini. Saya mohon suara minoriti ini kedengaran meskipun tidak disiarkan di corong pembesar suara KMB. 
Inilah dia. Susah bila pemikiran genius bergabung. Rencam jadinya.  

Thursday, December 01, 2011

ANALOGI SEBUAH KEIKHLASAN.

Assalamualaikum. 

Kali ini, biar gambar yang bercerita. Ceritera niat, hati dan perasaan yang sering disalah tafsirkan. Ya, aku cakna. Niat, hati dan perasaan itu bukan semua merasa yang sama. Aku tak salahkan kau. 






Tapi, antara semua, yang satu ini bagiku lebih bermakna. Dengannya, aku merenung panjang. 


Terima kasih, sahabat. 

P/S: Rentetan ini sepatutnya lebih panjang. Cuma, kebanyakan komen yang tidak berkaitan telah disunting, khususnya yang berat kepada 'racism', 'vulgarism' dan hasutan. :D 

APA SALAH KARYA-KARYA INI?

Assalamualaikum. 

Sedih. Kecewa melihat kalian mempersiakan sahaja karya-karya ini. Bersepah merata tanpa kesedaran selepas tamatnya kertas Malay A1 SL. Sudahlah. Kau belum sedari mustahaknya kau pelajari subjek ini. 

Di mana harga diri karya ini kau sangkutkan? Di mana maruah bahasa kau layangkan? 



Sungguh aku hairan. Manusia yang selalu mengambil sesuatu untuk dipersia, pun wujud di sini. 




TERANGKAN AKU MAKNA "IGNORANT".

Assalamualaikum. 

Aku baru perasan. Mungkin orang di sekelilingku juga perasan. Perasan akan kegemaranku dengan penggunaan perkataan 'ignorant'. Ya, sikit-sikit 'ignorant'. 



Perkataan itu mungkin mudah meluncur laju dari bibir mungilku. Namun, siapakah yang tahu maksudnya yang sebenar? Aku tidak. Takrifan 'ignorant' bagiku rencam. Aku bingung. 

Tapi, entah kenapa aku dapat rasakan ada suara-suara yang mengatakan bahawa aku seorang 'ignorant'. Motif? Juga rencam. Tidak mengapa, biar aku rungkai bagi mencari kepastian. Tapi peringatan, mungkin semua ini bukanlah benar. Kerana aku hanya berikan tekaan. 

Mungkin kau sibuk aku mengatakan aku 'ignorant', tatkala : 

1. Kau kejutkan aku kala subuh-subuh syafi'e, kau ketuk pintu bilikku bertalu-talu, dengan harapan aku bangkit dari pembaringan untuk mempersiapkan diri solat Subuh berjemaah di surau. Namun hampa, usahkan berjemaah di surau, malahan aku kembali beradu atas pembaringanku. Sembahyang pun dekat bilik je, seorang diri. 'Ignorant'-kah aku? 

2. Kau perhatikan aku bersibuk-sibuk mempersiap diri untuk ke kelas, bermekap dan bersolek, padahal waktu belum lagi menginjak jam 7 pagi. Ya, aku tahu kelas bermula pukul 8 pagi. Dan aku berlari-lari anak ke dewan makan, terkocoh-kocoh menelan santapan padahal kau masih menikmati sarapan pagi dalam keadaan belum mandi lagi pun? 'Ignorant'-kah aku? 

3. Kau hairan melihatku berpakaian lengkap, dengan kemeja, lengkap bertali leher, berseluar 'slack' hitam licin, berkasut hitam berkilat, dan rambut bersisir rapi untuk pergi ke kelas. Kau cop aku 'skema'. Adakah itu bermakna aku 'ignorant' juga? 

4. Kau masuk kelas dan terus nampak aku pagi-pagi lagi dah sumbat 'ear phone' dalam telinga, dengar lagu Kpop berdentam-dentum sambil membaca buku Heinneman Biology HL sedangkan kau dengan khusyuk tawaduk bersedia membaca Al-Ma'thurat. 'Ignorant'-kah aku? 

5. Kau rasa menyampah pada aku yang dapat menjawab soalan dengan penuh keterujaan cikgu  masa subjek Econs SL atau Malay SL atau TOK dan begitu menumpukan konsentrasi pada ketiga subjek itu sedangkan semasa subjek Math HL atau Chemistry HL atau Biology HL atau English HL aku hanya mampu berdiam diri seribu bahasa. 'Ignorant'-kah aku? 

6. Kau bertungkus-lumus mencuba memahami soalan Math HL sedangkan aku langsung menidakkan kewujudan subjek itu dalam kamus hidup aku dan terus menelaah subjek Malay SL. Dan akhirnya sampai ke sudah kau tidak berganjak dari soalan yang sama sementara aku dah habis baca Tok Perak, cerpen-cerpen Pak Sako dan Bulan Tetap Bersinar lebih dari tiga kali. 'Ignorant'-kah aku? 



7. Kau sibuk bersembang perihal perempuan. Kutuk perempuan ini, puji perempuan itu dan sebagainya. Berlagak 'macho' dan mencuba untuk menjadi se-lelaki yang boleh. Sedangkan aku tak kisah pun kalau aku jalan di tengah-tengah khalayak perempuan 'hot' kolej dengan memakai baju JPAM dan tracksuit singkat dan berkasut sukan yang buruk untuk ambil barang aku yang tertinggal. 'Ignorant'-kah aku? 

8. Kau berpeluh-peluh, berpenat lelah membanting tulang beriadah di kala petang sedangkan aku bersenang-lenang membaca Epop dalam bilik dekat hostel, tanpa setitik peluh pun. 'Ignorant'-kah aku?

9. Kau masih tercungap-cungap kepanasan, bermandi peluh lencun satu badan lepas riadah, lepas tu tengok aku dengan selamba dah siap pakai baju Melayu wangi-wangi nak ready untuk solat Maghrib. 'Ignorant'-kah aku? 

10. Kau sedar aku tak join sembahyang Maghrib berjemaah dekat surau walaupun aku dah siap awal. Lepas azan Maghrib, terus bentang sejadah, sembahyang sendiri. 'Ignorant'-kah aku? 

11. Aku tak join usrah, aku tak join iftar, aku tak join OMG, aku tak join semua benda tu. 'Ignorant'? 

12. Aku suka Kpop walaupun orang Korea tu semua kafir, dedah aurat sini sana, tapi aku tetap fanatik. Nasyid tak pulak aku nak dengar. 'Ignorant'?

13. Aku tak ikut trend berpasang-pasangan atau 'couple' macam kau. Aku 'ignorant'-kah? 

14. Aku tak kemaruk nak join kelab itu, kelab ini, gerakan itu, gerakan ini. Aku cuma ada SPR je. Tak macam kau, kalau boleh semua benda nak join. 'Ignorant'?

15. Kau sanggup bersengkang mata tengok bola dekat bilik TV sampai aku tak boleh nak tengok AIM, sedangkan aku bertungkus-lumus siapkan kerja Math sebab nak jaga hati cikgu. 'Ignorant'? 

16. Benda yang kau buat tapi aku tak buat. Aku 'ignorant' ke sebab tak ikut macam kau? 

16. Benda yang aku buat, tapi kau benci gila tengok aku buat. Aku 'ignorant' ke? 

17. Banyak lagi lah.... 

Tolonglah kawan, aku benar-benar buntu. Tolong sesiapa, terangkan aku makna 'ignorant' sebenarnya, supaya penggunaan perkataan 'ignorant' selepas ini menjadi lebih relevan dan rasional. 


Tuesday, November 29, 2011

MATHEMATICS : DI PERSIMPANGAN DILEMA

Assalamualaikum.




Tidak banyak yang ingin aku bicarakan kali ini sebenarnya. Cuma ingin memaklumkan, bahawa sudah bulat tekadku untuk beralih kepada Mathematics SL. Lantas mengucapkan selamat tinggal kepada Mathematics HL dan menyediakan ruang paling selesa bagi bertarung dengan English B HL. Sedih. Tapi puas. Sekurang-kurangnya aku masih boleh mencanang hebat kepada manusia, bahawa aku pernah bergelumang dengan Mathematics HL selama 6 bulan sekurang-kurangnya, dan tempoh itu bukan sekejap.
Dan aku juga boleh berbangga, kerana aku pernah menjawab soalan Mathematics HL. Keputusannya? Rencam. Itu bukan persoalan. 

Pn Nilawati, saya percaya cikgu merupakan guru Mathematics HL terbaik bagi saya. Dan pesan cikgu akan sentiasa saya sematkan. 

"I'm not gonna say that Math SL will be far easier. But, once you take Math SL, you'd better aim for 6 or 7". 

Ya Allah, semoga pilihanku kali ini juga satu pilihan yang tepat. Insya-Allah.

P/S : Sehinggalah aku menyedari bahawa subjek Math Studies jauh lebih mudah :P 


Monday, November 28, 2011

MAKA BERAKHIRLAH SEMESTER PERTAMA.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Baru dapat peluang menulis. Padahal sebenarnya baru dapat berada atas talian. Secara tiba-tiba kemudahan Wi-fi terbantut. Sebab tidak diketahui. Yang pasti aku agak terkilan dengan perkataan "NO INTERNET ACCESS" itu. 

Nampaknya cuti semester dah bermula semenjak hari Jumaat yang lalu. Oh, kekok rasanya menggunakan terma 'cuti semester'. Mana taknya, selama ini yang biasa ditutur hanyalah 'cuti sekolah'. Lantaran 'cuti sekolah' itu hanya layak bagi pelajar sekolah, aku kenalah guna terma yang gah sikit. 'Cuti semester'-bagi pelajar institusi pengajian tinggi.

Huh, jenuh dan perih rasanya menyudahkan kertas terakhir, Mathematics HL 2 tempoh hari. Tamatnya kertas tersebut menandakan berakhirlah Semester 1. Ya, benar. Berakhirlah sudah semester pertama aku di Kolej MARA Banting. 

Seronok? Mungkin ya. Puas? Ah, mungkin tidak. Tapi cukup. Sepanjang hampir 6 bulan bermastautin di sebuah institusi pengajian tinggi di tengah-tengah ladang kelapa sawit bersebelahahan Kg Labohan Dagang ini, aku sedaya upaya menyelesakan diri aku dengan suasana serba baru. Sungguh aku akui, proses adaptasi itu sukar pada awalnya, namun semakin biasa. Aku jadi semakin normal dan ekuilibrium dengan keadaan sekelilingku. Baik pada manusia, bangunan mahupun segala yang nyata, yang terkandung dalam perut KMB itu. Pantas aku rasakan tidak perlu aku bersusah payah mereviu satu per satu kisah hidup sehari-harian di kolej, kan? 

Pengakhiran Semester 1 ini mungkin bagiku biasa. Mungkin tidak bagi yang lain. Cuma tiada yang lebih, hanyalah sekadar sesuatu yang norma. Seolah-olah satu penamat bagi sesebuah tahun akademik di sekolah, cuma kali ini lebih singkat.  Entahlah, cuma aku rasakan enam bulan ini hanyalah satu bentuk orientasi. Meskipun pada hakikatnya, proses itu berulang setiap hari, di mana saban hari aku menemukan sesuatu yang baru di situ. 

Memang aku gembira dan bersyukur. Bersama rakan sebilik C110. Mengenali tuan bilik yang sentiasa menjadi kunjunganku, C109 dan C238, ahli kelas hebat M11B dan menjadi sebahagian daripada generasi IB 2011/2013. Tapi perkenalan ini belum cukup matang. Perkenalan ini perlu diteruskan dan dieratkan. Dan harapnya proses itu dapat diteruskan. 

Ah, sudahlah. Tatkala terfikirkan apa yang telah kuluahkan atas kertas jawapan peperiksaan akhir Semester 1 tempoh hari merupakan satu realiti yang perit ditelan. Sekarang, biarlah aku meneruskan proses menelan itu. Dan terus merasakan keperitannya sehinggalah kertas-kertas itu kembali menemuiku semester depan nanti. Salahku sendiri. 

Sehingga detik itu, aku akan terus menunggu, bersama resolusi-resolusi baru untuk episod kehidupan di KMB semester berikutnya. 

Insya-Allah. :)

Friday, November 18, 2011

DAN BERMULALAH IMTIHAN...

Assalamualaikum.



Ya Allah, cepatnya masa berlalu kan? 

Dalam kelekaan aku tersentak, baru pagi tadi aku menyudahkan menjawab soalan English B HL. 

Serius, rupanya peperiksaan akhir Semester 1 sudah menjelma. Ya, dan merempuhku ganas. 

Tinggallah aku berpaut pada mana-mana dahan pepohon yang bersimpati, tatkala satu persatu gulungan badai melanda. Ada 6 badai kesemuanya. Badai yang raksasa. Dan harus diingatkan magnitudnya tidak boleh diukur dengan sewenang-wenangnya. 

Namun, siapalah aku sebagai manusia. Tatkala lapang dan mudah dihimpit leka, dan kini baru terngadah setelah terhantuk. 

Cukup atau belum cukup persediaan aku jangan kau persoalkan. Ini urusan aku dengan Tuhan. Urusan yang aku zahirkan atas lembaran hitam putih. Pengzahiran dan manifestasi kudrat dan keringat selama 6 bulan di Kolej MARA Banting ini.

Aku harapkan reda dan tawakkal mengiringiku setiap kali kertas jawapan itu aku hulurkan kepada yang mengutip kertas soalan. Pasrah. 

Dan aku percaya, Allah akan membalas setiap yang diinginkan hamba-Nya berdasarkan usaha mereka. Noktah. 

Tuesday, November 15, 2011

KITA TIDAK BOLEH BOLOT SEMUANYA

Assalamualaikum. 

Aku dapat merasakan dengan jelas. Peperiksaan kian menghampiri. Dan aku semakin hilang masa untuk diri sendiri. 

Dalam kesibukan itu, terkadang kita lupa pada-Nya. Salahkan siapa? Takkan salah cikgu yang terpaksa bertungkus-lumus menghabiskan silibus yang masih tebal berbaki dalam tempoh hanya seminggu lagi sebelum peperiksaan bermula? Atau salah kita sendiri yang culas mengulang kaji dengan inisiatif sendiri? 

Dalam kegentingan masa seperti ini, perlu aku tetapkan matlamat yang drastik. Fokus hanya pada satu-satu perkara yang benar-benar pasti. Jangan mencapah. Jangan melencong. Setidak-tidaknya yang kau tumpukan itu mampu membawa hasil lumayan. Atau setidak-tidaknya menjadi penampung kekecewaan. Biarkan...

Ya, benar. Kita tidak boleh bolot kesemuanya. Terkadang pengorbanan yang kita lakukan, antara rela atau paksa, sedar atau pejam, sebenarnya lebih bermakna. 

Sunday, November 13, 2011

BADAI SEMALAM

Assalamualaikum.

Keletihan dalam keterujaan.

Alhamdulillah, selesai kunjungan ke Istana Budaya buat pertama kalinya. Ya, benarlah ini kali pertama kakiku menjejak lantai Istana Budaya.

Terima kasih kepada Cikgu Subaidah, cikgu Malay A1 yang menawarkan peluang kepada isi kelas M11B dan M11C berkunjung ke Istana Budaya.

Teater pertama yang aku tonton: Badai Semalam. Tiada komen untuk plot penceritaan. Tiada juga ulasan bagi persembahan para pemain watak. Cuma pujian kepada setting dan penggunaan teknik teater yang berkesan. Sungguh mengagumkan. Oh, beginilah rupanya menonton teater di Panggung Sari Istana Budaya, panggung teater bertaraf dunia.




Mungkin selepas ini aku akan menagih lagi peluang menonton teater. Maksud aku, teater yang gah dan berprestij. Mungkin di Istana Budaya. Atau mana-mana sahajalah yang menawarkan peluang yang sama.
Insya-Allah.

Sesungguhnya seni teater itu sungguh menarik. Ah, alangkah bagusnya kalau aku boleh mengambil subjek Theater dalam IB. Hurm...







P/S : Sempat menyambar novel Badai Semalam. Untunglah novel ini akan aku kaji kala Semester 4 nanti.



Monday, November 07, 2011

IBRAH PENGORBANAN

Assalamualaikum. 



Bukanlah berniat untuk berkhutbah tentang korban. 

Bukanlah juga hendak menguar-uarkan tentang ibadah korban yang akan dijalankan.

Cuma tertanya-tanya, apakah sebenarnya ibrah di sebalik pengorbanan? 

Apakah signifikan terma 'korban', 'berkorban', 'dikorbankan' atau 'pengorbanan' bagi kita? 

Aku punya jawapan tersendiri. Tapi kalian, aku serahkan bulat-bulat pada kalian untuk dinilai dan ditelan sendiri. 

Yang pasti, sebelum kau mula membuat refleksi diri, aku minta kau hayati ini; 




P/S : Beraya di KMB? Bagaimanakah keadaannya ya? 

Saturday, November 05, 2011

051111

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Hari ini tanggal 05 November. Hari yang bagiku padanya seribu makna. Tersurat. Juga tersirat. 



Syukur aku panjatkan ke hadrat-Mu Ya Rabbul Jalil. Kau berikan lagi aku peluang untuk bersama-sama keluargaku yang tersayang untuk meraikan hari ini. Hari lahir putera sulung dalam keluarga kami. 

Bukan kebetulan rasanya hari ini juga termaktubnya Hari Arafah. Sesungguhnya bangga yang kurasakan juga kesyukuran yang kuucapkan pada-Nya, dengan takdirnya hari lahirku kali ini disambut umat Islam seluruh pelusuk dunia di Padang Arafah, tatkala sedang berwukuf dan memanjatkan doa di Jabal Rahmah. Besarnya nikmat-Mu Ya Rabbi, seluruh umat Islam mungkin mendoakan kesejahteraan dan keberkatanku bertepatan dengan waktu mustajabya berdoa dan di tempat makbulnya doa seorang Mukmin. Amin ya rabbal alamin. 

Gembira. Gembira rasanya dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang seharian menyambut hari lahirku. Biar tak sehebat dan gilang-gemilang seperti rakan-rakan lain, namun aku bersyukur. Bersyukur kerana aku masih punyai keluarga untuk aku berkongsi kegembiraan pada hari lahirku ini. 

Pada masa yang sama aku dapat merasakan kesayuan. Kesayuan kerana mengenangkan susah-payah abah dan umi dalam membawa dan membesarkan aku selama ini. Hari ini, genaplah 18 tahun aku mengenali dunia, benafas dengan nikmat kurniaan Allah di muka bumi. Dan dalam tempoh masa yang sama itu jugalah aku dapat merasakan kasih dan sayang yang dicurahkan oleh dua insan yang kupanggil mesra 'Abah' dan 'Umi', yang turut kukongsi bersama dua orang adik dengan kerenah yang melelahkan namun menghiburkan. Ah, alangkah indahnya masa itu. Harapanku masa ini akan terus berkekalan sehinggalah suatu masa nanti. 

Hakikat ini perlu aku telan dalam-dalam. Hingus yang masih meleleh perlu kukesat. Rambut yang berserabut perlu kusisir rapi. Semuanya kerana kini aku digelar seorang lelaki berusia 18 tahun. Jangan gelar aku 'budak'. Jangan gelar aku 'remaja' lagi. Panggil aku 'lelaki'. Kerana aku sedang bergerak ke arah kedewasaan.  Ya, kedewasaan. Kematangan itu bukan lagi ukuran, kerana sebagai seorang yang sudah 18 tahun, kematangan itu sudah menjadi satu kewajipan dan prasyarat. 

Aku dapat merasakan beban tanggungjawab dan amanah yang kian memberat. Pelbagai amanah yang digalas. Biar kukemaskan peganganku pada segala amanah dan tanggungjawab itu. Misiku kini kian jelas. Ya, sebagai seorang pelajar perubatan, ditaja MARA ke luar negara dan sebagainya. Tapi, ada lagi yang lebih dari itu. Misi mencari mardhatillah. Mencari keredaan Ilahi. Menjadi seorang pakar kardiotorasik Muslim terkemuka, yang taat dan patuh pada agama, yang membanggakan keluarga, yang menaungi komuniti, yang menjulang nama Malaysia dan yang paling penting, yang bisa menegakkan syiar Islam. 

Bukanlah tabiat dan fi'il aku untuk meniup lilin dan membisikkan hajat dalam hati, kerana hari lahirku bukan disimbolikkan dengan kek keju 1 kilogram berharga mencecah ratusan ringgit, tapi dilambangkan dengan semangat dan keazaman yang kian membara, diiringi doa ke hadrat Allah. Biar tidak semua tahu hari lahirku hari ini, kerana kurasakan tidaklah layak bagiku mencanang hari lahirku merata-rata seperti mana yang kita lakukan untuk mengwara-warakan hari keputeraan baginda Nabi Muhammad S.A.W dalam sambutan Maulidur Rasul. 

Terima kasih kuucapkan sebagai tanda penghargaan kepada individu-individu mahupun organisasi yang mengingatiku dan hari lahirku. 








Akhir kata dariku, 




DI ATAS KERTAS KAJANG INI



Assalamualaikum. 

Penuh atas meja study kertas-kertas kajang yang kosong. Berteraburan dan berterbangan. Namun, kosong. Ya, masih tiada kesan tinta. 

Aku terbayangkan apakah yang mungkin boleh aku lakarkan di atas helaian kertas-kertas kajang ini. Sesuatu yang sebolehnya dilakukan untuk dimanfaatkan dengan kosong dan sucinya kertas-kertas kajang seperti ini. 

Mungkin ulasan perbandingan drama Tok Perak karya Syed Alwi dengan drama Bulan Tetap Bersinar oleh SN Usman Awang. 

Atau mungkin boleh aku jadikan sebagai ruangan mengisi satu-persatu "Results" dalam Statistics dan sedikit sebanyak unsur "communication" bagi menjawab soalan Pure Mathematics berkenaan 'Quadratic Inequalities".

Mungkin boleh aku jadikan template untuk melakar graf 'Externalities" dalam Economics. 

Mungkin sesuai andai aku lukiskan bentuk-bentuk unik hasil "Hybridisation of Molecule" seperti mana yang diajar dalam kelas Chemistry. 

Barangkali juga menggambarkan bagaimanakah berlakunya proses "Supercoiling of Chromosomes" dalam Biology.

Atau mencari 'Parameter' dalam menjawab soalan berbentuk "To what extent..." dalam TOK. 

Banyak sebenarnya yang boleh aku lakukan untuk memanfaatkan helaian-helaian kertas kajang ini.

Tapi aku lebih cenderung untuk melipat kertas-kertas ini, 

menjadi pesawat kertas yang boleh terbang tinggi dan jauh apabila kulayangkan dari bukaan tingkap C110.


KURASAKAN KAU PERLU RISAU

Assalamualaikum.

Post kali ini aku kira terlalu random. Biarkanlah. 

Yang paling penting, perlu rasanya menyedarkan diri dan cuba menginjakkan kaki di atas muka bumi yang nyata. 

Kerana banyak perkara yang kau persiakan. Banyak perkara yang kau tinggalkan. Dan banyak perkara yang masih belum kau sempurnakan. 

Sememangnya kurasakan kau perlu risau. 

Untuk perhatian dan tindakan anda :) 

Saturday, October 29, 2011

SELAMAT HARI LAHIR KE-45 ABAH :)

Assalamualaikum. 

Hari ini hari Sabtu, 29 Oktober 2011, hari ulang tahun kelahiran Abah yang ke-45. Selamat hari lahir, Abah. Semoga panjang umur dan diberkati Allah sentiasa. Kami semua sayang Abah. Alhamdulillah, dapat peluang balik overnight hujung minggu ini. Dapat hilangkan stres dan segala jerawat di muka ini, juga dapat menyambut hari lahir Abah bersama-sama Abah, iaitu bukan di telefon sahaja. 

Saya tahu ada Lab Report Biology yang perlu dihantar segera. Namun, berilah peluang untuk saya berehat sejam dua. Saya perlu bernafas. 

P/S : Selamat ulang tahun ke-18 buat rakan lama, Ezan di INTEC. 

Wednesday, October 26, 2011

TRANSFORMASI KMB: MAMPUKAH MEREKA?

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi agenda penting dalam perjalanan proses pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Banting sesi 2011/2012. 

Terima kasih kepada semua yang keluar menunaikan tanggungjawab mengundi semalam. Seronok rasanya perjalanan hari pengundian semalam berjalan dengan sangat lancar dan efisien. Bilangan yang keluar mengundi juga ramai, iaitu 96.37% manakala undi rosak yang dicatatkan juga tidak banyak, hanya sekitar 5.69%. Agak berserabut juga apabila terpaksa melakukan pengiraan undi dalam jumlah yang banyak, tapi kami gagahkan jua berbekalkan rasa berkobar-kobar yang membuku. Siapa agaknya calon dengan undian tertinggi? 

Setelah pengumuman keputusan pengiraan undian malam semalam, jelas sudah barisan calon yang berjaya memenangi kerusi MPP kali ini. Tahniah kepada yang berjaya. 

Maka dengan termaktubnya keputusan muktamad tersebut, tugasan tampuk kepimpinan KMB akan beralih kepada wajah-wajah baru. Semoga berjaya semuanya.

Mampukah mereka menjana transformasi KMB secara kolektif? 

Sejauh manakah kemampuan mereka dalam memanifestasikan manifesto-manifesto hebat mereka? 

Sama-sama kita saksikan....

Sunday, October 23, 2011

MANIFESTO : MANIFESTASI JANJI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, usai dua malam bermanifesto. Tahniah kepada semua calon MPP yang telah menyampaikan hasrat perubahan masing-masing melalui manifesto yang menarik. 

Tahniah dan jutaan terima kasih juga kepada semua ahli SPR yang telah bertungkus lumus menjayakan persiapan menjelang manifesto, juga menjayakan malam manifesto itu sendiri. Ya, kita akui kelemahan yang timbul sepanjang dua malam itu, tapi manusia tidak sempurna, kita merancang namun akhirnya ketentuan itu Allah juga yang tetapkan. Tapi apa yang kita sudah usahakan selama ini pastinya sehabis baik. 

Sekarang tinggal waktu pengundian, kempen kian rancak dijalankan, tugasan SPR kian menuju ke pengakhirannya. Namun aku masih sangsi, perlu gembira atau perlu sedih dengan hakikat ini. 

Friday, October 14, 2011

KARNIVAL PENGHAYATAN BAHASA DAN JATI DIRI 2011

Assalamualaikum.

Karnival sudah tamat. Tak banyak yang perlu diceritakan semula rasanya. 

Cukuplah sekadar memaklumkan kami menang di pusingan saringan menentang KPM Seri Iskandar dan aku

dinobatkan pemantun terbaik.

Kemudian, melangkah ke separuh akhir setelah mendapat "bye" di suku akhir. Kami menentang KM Kuala

Nerang dan tewas. Namun, kami tewas bermaruah, bak kata semua orang. 

Apa pun, tahniah KM Kuala Nerang kerana menjadi juara keseluruhan. 

Cukuplah berkarnival. Kembali ke misi utama. Misi IB 45. Misi mencari mardhatillah. Noktah.

Saturday, October 01, 2011

PERIHAL PANTUN

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, aku dipilih untuk mewakili Kolej MARA Banting bagi menyertai Pertandingan Pantun sempena Karnival Patriotisme yang akan diadakan minggu depan dan KMB sebagai tuan rumah. Seronok rasanya, sebab tak pernah langsung terjebak walau sedikit pun dalam arena pantun memantun ni. Setakat pantun-pantun biasa tu bolehlah, tapi kalau pertandingan, inilah kali pertama aku cuba.

Kali ini, aku akan bergandingan dengan 3 orang perempuan sebagai satu pasukan. HAHA. Aku seorang lelaki. Seronok kan? Aku akan membawa nama KMB bersama-sama dengan Fatin, Auni dan Nadhirah. 

Cabaran kami kali ini agak payah. Tanggungjawab yang dipikul pun agak berat, untuk mempertahankan kejuaraan dan gelaran 'Pemantun Terbaik'. Sudahlah baru beberapa hari berlatih, berlatih pun ala kadar, dengan posisi dan skil yang masih belum stabil, kami mungkin perlu mengharapkan keajaiban lebih kali ini. 

Insya-Allah, dengan bimbingan dan dorongan daripada semua pihak, dan yang paling penting keredaan Allah, KMB pasti mampu bertahan sebagai JUARA. Amin. Iringlah kami dengan sokongan dan doa ya! 



P/S : Memburu gelaran 'Pemantun Terbaik'. 

Saturday, September 24, 2011

TEACHER, I AM SO SORRY

Assalamualaikum. 

Pertama sekali, aku nak tegaskan, ini cerita benar dan bukan rekaan semata-mata. 

Aku tak sangka. Punyalah aku bersengkang mata, tertonggeng tersembam tertidur atas lantai bilik Sam semata-mata nak siapkan kerja English B HL sampai pukul 2 pagi pun tak guna jugak. 

Aku punyalah yakin group aku dah siapkan kerja walaupun aku tahu kitorang dah silap sebab tak buat discussion sebaliknya dengan selamba buat secara individu. Hah, ambik kau sebiji. Tak semua dalam group siap kerja. 

Kenapalah teacher tak check kerja aku? Nasib kitorang lah teacher check kerja orang yang tak siap. Dah kitorang malu sebab teacher assume semua dalam group tu tak siap. Sedangkan aku siap! Huh. Lastly, teacher ignore kitorang dalam kelas. Okay, fine! I shouldn't deserve this! Aku yakin, 100% yakin bukan kitorang je yang belum siap. Yang lain pun sama je, cuma diselamatkan dengan kerja orang lain yang dah siap. Fine. 

Maka, disebabkan permulaan hari tu yang tak baik, sepanjang hari jadi berserabut, haru-biru. Allah! Aku tak suka kalau macam ni. 

Sudahnya, dengan rasa bersalah, kecewa dan marah dalam masa yang sama, meng-call teacher pada petang hari itu. 
"Tut...tut..tut.."
"Hello, yes?"
"Hello teacher, assalamualaikum. Teacher, I searched for you at the staff room but you weren't there"
"I am in a meeting"
"Oh, really. Okay teacher, I call you later"
Allah! Tak boleh jadi ni. Ingat lepas call dah setel. Ni nak kena call balik. Bila teacher habis meeting pun aku taktau. Then, aku decide untuk send text je pada teacher. Malas menunggu lebih lama. 
"..salam..sorry for disturbing you un (in sepatutnya tapi typo masa text) the middle of the meeting..actually I am terribly sorry and were deeply guilty for our fault we did this morning..I admit it was our fault for not doing the discussion to do your work. We did the work individually and the result was only me and **** who managed to get the job done but unfortunately you checked ***'s work and assumed that all of us didn't do the work..after all, we promised this mistake won't repeat itself again in the future..i'm sorry :( " 
Pasrah. Aku send. Mengharap reply. Dan akhirnya, sebelum ceramah malam Jumaat bermula,

"ONE MESSAGE RECEIVED : MISS NABILA". Jari pantas menekan button "OPEN". 
"I understand ur situation n believe that u've done ur best..so far u've proven to be a hardworking stdnt n is always preprd 4 class..but working in a grp demands more that that as it involves other ppl..dividing tasks sumtms juz dont work..try 2 communicate more wt ur grp membrs 2 ensure tht they realize d imprtnce of grp work n how u affect each othr.."
Alhamdulillah. Syukur. Mendapat reply. Keraguan terjawab. Hati pun menjadi lega dan tenang. Lantas jari menitip aksara pada papan kekunci QWERTYUIOP telefon bimbit.
"..alhamdulillah, now i feel much much relieved..thanks..i'll quickly learn how to cope with this situation..please keep my words :)"
Sesungguhnya aku telah mengukir janji kepada teacher. Satu amanah yang perlu aku langsaikan. Tidak akan mengulangi lagi perkara yang sama pada masa akan datang. InsyaAllah. 

Kepada rakan-rakan, aku ingin berpesan, bahawasanya keberkatan belajar itu datangnya daripada keberkatan seorang guru. Bila berkat Allah, berkat ibu bapa dan berkat guru datang seiring, maka Insya-Allah bermanfaat dan berkat ilmu yang kita peroleh. 

Sekian. 



P/S : Sedutan SMS itu benar-benar sahih. Sila rujuk telefon bimbit aku untuk pengesahan. 





Monday, September 19, 2011

KMB #10 UNTITLED

Assalamualaikum. 

HAHA. Tak payah nak pelik sangatlah dengan tajuk post kali ni, Sam. 

Okay, semalam aku balik KMB dan dalam kepenatan aku tertidur daripada pukul 3 petang sampai pukul 6 petang kot. And then, aku solat jemaah beb kat surau untuk Maghrib and Isya'. Okay, aku boleh kata that was an achievement. 

Today, start balik kelas. Luckily takde Math so macam relieved sikit lah. Aku taktau kenapa aku kurang gemar kelas Math. Aku tak benci beb Math tapi tu lah, aku rasa macam tak selesa je every time period Math. Okay, aku perlu try hard nak eliminate perasaan tu walau sebenarnya susah. TOK pulak sangat seronok. Belajar macam mana kita sepatutnya menjadi lebih terbuka. Aku tak kisah lah kalau ada golongan yang nak pertikai TOK ni gila babi tapi aku rasa aku dah makin tertarik dengan TOK. 

Slot mentor mentee tiba-tiba jadi huru-hara. Dilonggokkan satu batch dalam main hall tu buat aku rasa macam kitorang tengah duduk untuk masuk pertandingan melukis dan mewarna kat shopping mall. Aktiviti dengan kaunselor kadang-kadang boleh jadi ridiculous, sorry to say. Rasional ke suruh kitorang lukis gambaran KMB yang kitorang nak? Memang macam-macam lah improvement yang kitorang nak ada dalam KMB ni walaupun memang kitorang sedar apa yang kitorang buat tu tak lebih dari sekadar untuk melepaskan tekanan semata-mata. HAHA. 

Malam tadi, aku ada dua kerja yang aku pun tak sangka aku nak buat serentak. Haisyh, dah lah SPR tu tak habis-habis nak bikin hal menyusahkan aku. Aku cakap betul lah, aku dah serik, tak nak buat 2 benda dalam satu masa. Banyak benda aku kena jaga. Paling susah, aku kena jaga hati orang. 

Kalau tak faham apa aku tulis ni pun takpe, sebab aku tak kisah. Bukan aku menulis nak suruh korang faham. 

P/S : Aku terjatuhkan phone Miss Bella. Takut aku dibuatnya. Terlupa pulak tu nak cakap Sorry. 

Saturday, September 17, 2011

UNTITLED

Assalamualaikum.

3 days and 2 nights dapat escape kejap IB life dekat KMB sangatlah mengujakan. Meskipun terpaksa membekukan diet buat beberapa ketika sampai kembung perut dan kehujanan akibat hujan yang tidak berhenti turun mencurah di bumi Kuala Lumpur ini sampai kepala mabuk, saya tetap seronok. Paling seronok tentulah sebab dapat jumpa umi, abah, adik dengan angah dan saudara mara yang lain :) 

Kali ni, saya dapat semangat baru. Sebab saya dah luahkan semua masalah saya pada umi dengan abah. Terima kasih umi abah sebab motivate saya untuk terus komited dalam perjuangan IB. Saya pasti akan jadi lebih matang :) 

Esok dah nak balik KMB semula. Sambung tugas SPR. Langsaikan homework yang masih berhutang. Dan kembali menjadi pelajar IB di KMB. Tapi saya berimej baru, dengan semangat baru. Namun saya masih tetap saya. Cuma not real me. Take note. 

P/S : Line MAXIS dekat Subang Bestari laju gilaaaaaaaaaa >< 

Thursday, September 15, 2011

KMB #9 RIANG RIA RAYA KMB

Assalamualaikum. 

I wore my baju melayu raya today! And Miss Bella said I looked good in that outfit! Yeah, typical Johorean always looked good in teluk belanga :P

The celebration was okay-okay lah. At the main hall, we were forced to hear speeches, and lastly needed to listen to the voices of the Music clubbers, ARGGHH, I bet that was really not my taste. 

We planned to have picnic-like feast, but yet, there was torrential rain poured down non-stop. Again, we went back to our most fearful reality, which was to eat at the DS, with the flies, I meant it, with thousands of flies! 

Lemang, Nasi Jagung, Satay, Rendang Daging, Orange Juice and Cup Ice Cream. I thought they were just enough to make me full all day long but sadly they didn't. Plus, the ambiance was not in Raya mood, like seriously, it was merely like an usual lunch! No feeling of Raya at all >< 

Done with eating, we went to the 1Malaysia and started to be like camwhore. Yeah, acting bitchy sometimes relieving stress :) HAHA. And suddenly, we came across a teacher, whom I never met before, wore baju kurung, like seriously the same colour with me! And Miss Bella insisted that I must took picture with that teacher, somehow I felt awkward. "Awak ni malu sangat!". I can still recall on what she said. 

But seriously, damn it, she's hot. HAHA. 

JPAM was suck. JPAM taught me about fire preventing. OK, the only part I paid full attention was when they sprayed the CO2, ABC, and whaddefak other fire extinguisher to us. But praise to God, it was raining until late evening so there were no foot drilling activity. Phewwww. 

P/S : Yeah. The number of MPP candidates increased already!

  

Wednesday, September 14, 2011

KMB #8 ECONS + BIO TESTS AND FIRST TOK ESSAY

Assalamualaikum.

I just fucked up these two days. 

ECONS + BIO tests. Not altogether in a test paper of course. But wrapped up in the same day, same date. Economics was just okay. The supply and demand curve were rightly drawn, I guess. But, to satisfy 8 marks on evaluation, was just like so hard. Oh, how I hope I could answer the definition of "oligopoly" correctly. At least, I covered 2 marks. Hurm. Biology was also just fine. I sat and started wrote the answers for questions like "What are the characteristics of phospholipid that maintain the structure of membrane?" and what's not. I got fed up. Plus, glancing towards Sam's answers, that were sooooooo long and complex, the tense was in the air. Oh, why can't I think more than what I had just wrote on the paper? Huh. Luckily the essay questions was just to draw a labelled diagram of the structure of prokaryotic cell. HAHA. I can recall how Ship suddenly scream in amusement when looking at the question. What the hell of essay question asking students to draw. HAHA. At least, I saved 6 marks. 

FIRST TOK ESSAY. Our class were given a task by Pn Rosmaria. This morning, she suddenly entered our classroom in the middle of the TOK period and said that she was in a busy mode, making her not in the mood of lecturing. She gave us handout, which was actually an article, entitled "An American Story". No need to mention the synopsis here. But we were given a task, which was to decide or suggest what should be done to Trisha Marshall and her baby in her womb. It was fun because it was done in pairs, and Sam said that this story was very much alike with an episode from the "Grey's Anatomy". And I was like "Great! Let just finish this thing quick and use the excess time to revise Economics". HAHA. At last, our essay was not in a TOK manner at all :P 

P/S : I hate "jual mahal" people. They think they are fucking perfect.  

Monday, September 12, 2011

KMB #7 SPORTS CARNIVAL AND RIANG RIA RAYA WITH MISS BELLA

Assalamualaikum 

Seronok! Seronok! Seronok! 

Like seriously, this Sunday memang sangat fun boleh tak!

SPORTS CARNIVAL. Pagi ada closing ceremony for Sports Carnival 2011. Aku macam biasa, MPP suruh pergi padang tengok bola final pukul 8 AM tapi 8 AM aku baru bangun. HAHA. Then, aku tengok match bola yang LAME. Tapi okay lah kot, sebab Megatron menang 2-0 lawan Starscream. Acad main kot, tapi untuk Starscream lah, so who cares? HAHA. Cheerleading Bumblebee dengan Starscream gempak, tapi Starscream paling gempak. Whatever pun, Bumblebee jugak yang menang overall. Megatron number 2 followed by OP then last was Starscream. HAHA. Apa-apa je lah Sports Carnival oi :P 

RIANG RIA RAYA with MISS BELLA. For the first time kot, aku beraya rumah cikgu yang mengajar aku. Selama ni, serius tak pernah even masa sekolah rendah or sekolah menengah. Pick-up cab yang bapak besar, Naza RIA kot, untuk pergi ke rumah Miss Bella, then terpaksa delayed masa nak pergi tu sebab girls' lambat siap. Typical girls habit kannn. HAHA. Pergi sana, fare dia RM86. Aku bayar kot. T_T Then mulalah aktiviti makan-makan. Ada carbonara, soto ayam, satay ayam and much more. Paling best ada sirap selasih! Aku makan semua, mentee lain pun makan banyak gila! HAHA. Even though ramai gila guests datang sampai kitorang terpaksa buat students' corner kat bawah tangga, still this visit was great. Sempat lah jugak snap some pictures dengan Miss Bella tapi sayangnya rambut aku serabai kot. HAHA. Then, dalam pukul 5, the van datang pick up balik. Fare balik KMB pulak RM70. Siot, macam mana boleh beza pulak tambangnya. Beza RM16 kot. Huh >< Tapi dishes kat rumah Miss Bella TERBAEKKKK !! Thank you teacher :) 

P/S : Sunday always the best day kaannnn :D 

Friday, September 09, 2011

KMB #6 BADMINTON DAN SPR

Assalamualaikum. 

Kali ini biarlah aku berbahasa dalam Bahasa Melayu sahaja. Mata sudah sangat mengantuk dan pedih, menahan deruan angin kipas bilik C238 yang sangat kencang ini. Contact lens terlupa untuk dibuka sebelum menulis blog ini. Argh. Perlu pantas menaip. Menulis dengan mata terkenyit-kenyit memang menyeksakan. Cukuplah dengan membebel. 

BADMINTON. Petang tadi, dengan bangganya aku menyarung baju Megatron milik Zul (sedih bukan baju sendiri T_T) pergi ke Main Hall untuk menyertai acara Badminton Men's Single. Amanah cukup berat dan besar. Bertanding untuk memburu pingat membawa nama Megatron. Maka, dengan langkah yang cukup tidak meyakinkan dan bersemangat, aku memasuki court badminton setelah diarahkan. Aku akan bertemu dengan pemain Starscream B. Pertukaran drastik yang menjadikan aku sebagai pemain Megatron A cukup mengejutkan aku, kerana akulebih bersedia sebagai Megatron B yang akan bertanding lewat sedikit. Namun, aku akur. Dan kesannya, 30 berbalas 10. Aku tewas. Terpana. Permainanku sangat teruk dan memalukan. Macam orang tak reti main badminton. Tapi tak apa, kalah sekali pun aku berani mencuba. Di akhir perlawanan saringan sebentar tadi, bagi kategori lelaki, Single dan Double, semua mara ke Semi Final kecuali aku. Tahniah dan selamat berjaya kepada pemain Megatron yang masih bertahan. Semoga emas milik kita. Mega what??? MEGATRON !!! 

SPR. Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini bukan pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum yang aku maksudkan. Kali ini, pilihan raya Kolej MARA Banting. Pemilihan barisan SRC / MPP dalam kalangan pelajar IB sesi 2011/2013. Alhamdulillah, aku terpilih untuk menyertai keluarga SPR dan bahagian aku ialah Biro Penamaan bersama-sama Nabil, Ben dan 2 orang lagi pelajar perempuan. Habislah semua sekali budak batch aku, aku perambat suruh jadi calon bertanding. HAHA. Siapa yang teringin nak jadi MPP bolehlah jumpa saya untuk beli borang :) Lebih mengharukan, aku diundi dan dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi sesi 2011 menggantikan Ammar Adnan daripada sesi 2010. Hai, budak-budak ex-Sc Johore memang turun-temurun ke jadi Presiden SPR? HAHA. Terima kasih kepada sesiapa yang mengundi. Pesanan ikhlas dan ringkas daripada saya, marilah kita bekerja bersama-sama bagi membentuk satu pasukan yang jitu yang akan melaksanakan tugas dengan efisien. Semoga kerjasama yang dijalin ini akan mengikat tali persaudaraan yang lebih utuh dan diredai Allah Taala. Insya-Allah. Amin ya Rabb. 

Sir Bada nampaknya memulun kami dengan lambakan terms pelik dalam Math HL. Serius tak pernah belajar definisi functions, equations, inequalities dan sebagainya. Bila nak buat pun tak tahu. Samalah dengan rancangan untuk ulang kaji Biology dan Economics. Beberapan hari lagi nak test sudah, tapi habuk pun tak ada dalam kepala. HAHA. IB students suka sangat berkawan dengan procrastination. :P

P/S : Internet agak laju. Terima kasih kepada tuan bilik C238 iaitu Mr Sam sebab beri kebenaran nak tumpang online dalam biliknya :)

Thursday, September 08, 2011

KMB #5 CHEMISTRY, MEGATRON AND ID

Assalamualaikum.

CHEMISTRY. One thing I hate to admit. Humiliated once to say. Another history to be carved. But this time it was bad. As expected, my Chemistry marks turned out disaster. The worst marks ever since among all Chemistry marks I ever received. It was 33%. Even not exceeding half. Not even 40%. Band 2. I GOT 2 FOR CHEMISTRY !!! You know, I failed my test. I FAILED CHEMISTRY. And I got the LOWEST marks in the class. Okay, who cares right? This was the first test. But there were more to come. And I am going to shine those upcoming tests. Insya-Allah. When there's a will, there's a way. And I believed with will, I could go on the way. 

MEGATRON. Okay, enough talking about the shirt. I suffered insomnia thinking how can my shirt could be left behind. It was not there along with the other shirts. Shit. And to make it more stupid, I was directed to "ask" for the shirt from a senior whom I never recognized, at his room. Who would? I paid RM 25 to do that? Fu*k. And I ended that by asking for Ammar's favor. But yet, I haven't collected the shirt. I am also representing Megatron for badminton game. Yeah, I am participating in the Sports Carnival! And I will be playing single! GOSH! How that creeps me a lot. I don't even know the basic rules for the game. Just doing my best for tomorrow's game. Better lose than humiliating myself. But I am not there to accept a loss. Good luck to me :D 

ID. I received my Student's ID tonight after a long humorous talk with Ustazah Johaina at the surau. I sweated a lot laughing throughout the session with her. I wonder why KMB students still tend to ask silly questions. How lame. HAHA. And talking about ID, I felt grateful enough my picture stills looked good. LOL. At least, my face did not look "lonjong":P . Yeah, after this I can do the "touch and go" system. It looked cool when looking the seniors doing that. 





After all, I need to do my homeworks after this. Not much time left to do them. I need good sleep like normal people too. 

P/S : My Pendidikan Islam's presentation sucks. Even I felt bored presenting my own slide :P