Monday, December 05, 2011

DESA SALJI

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Selesai menelan seluruh isi kandungan novel karya Yasunari Kawabata yang berjudul Desa Salji ini. Tidak terlalu tebal, sekadar 183 halaman. Edisi Bahasa Melayu sudah diselesaikan. Begitu juga usai penelitian novel ini dalam edisi Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris. Pakej lengkap tiga bahasa yang boleh aku kuasai. 

Namun, seperti yang telah aku jangkakan sejak awal lagi, apabila kita mula mencerna karya tulisan para penulis tersohor, apatah lagi seorang pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan, kita perlu meletakkan diri kita benar-benar di tempat watak-watak dalam novel itu berada. Penghayatan harus menyeluruh, nawaitu harus utuh. 

Waima selesai pembacaan, namun aku masih belum menghadam nutrisi novel tersebut secara menyeluruh. Mungkin aku perlu sudahkan kajian ini dengan pantas. Banyak lagi kerja yang harus dilunaskan tepat pada waktunya. 

Maka, hal ini akan memaksa aku mengerahkan seluruh dayaku untuk mencapai matlamat ini. Sebagaimana payahnya Shimamura mencuba untuk memahami isi hati dan rasa perasaan Komako yang sedingin salju namun masih sehangat air panas di pergunungan Utara Jepun itu. 

Ah, warkah ini benar-benar menggamit naluriku. 

4 comments:

Raudah said...

disebabkan kau dah faham, nanti pinjam nota?? HAHA :D

Haiqal Hazwan said...

@RAudah

InsyaAllah. On my way to prepare the notes.

yaya said...

ok blh laaa tulis kat blog kn3??? berkongsi ilmu dgn yg memerlukn :)

diamond said...

ok, srsly, desa salji memenatkan otak. mohon share note jugak!