Friday, December 02, 2011

TENTANG TAGLINE.

Assalamualaikum. 

Sedari tadi baru aku sedar dan perasan. Awal-awal semester dahulu, sejak sebelum masuk KMB lagi, group untuk budak KMB ada dua. Kalau tak silaplah. Cuba review semula post-post bulan Jun 2011. 

Tapi, tadi baru aku perasan, grup yang dua itu berkurang. Menjadi satu. Motif? Entahlah. Aku pun bukan pengunjung setia. Aku pun tak ambil tahu. 

Namun, seperkara yang mencuit hati aku di sini. Aku terasa ingin mempersoalkan tentang perkara yang satu ini. Pengunjung tetap grup mungkin perasan kewujudan entiti ini. 



Sahabat, grup ini grup yang sarat informasi. Pantas, mengapa tagline seperti ini masih kekal sebagai pengenalan? Apa maksud frasa ini? Apa yang mahu ditonjolkan sebenarnya dalam grup ini? 

Mungkin bagi kalian remeh. Bagiku tidak. Itu penghinaan kepada kita, warga KMB khususnya. Terasa macam nak joging setempat atas muka orang yang tulis sesuatu yang seperti itu. Serius. 

NOTA KAKI: Saya selaku golongan minoriti di KMB, menyeru kepada para Admin grup, agar berbincang, seboleh mungkin tukarlah tagline grup ini. Saya mohon suara minoriti ini kedengaran meskipun tidak disiarkan di corong pembesar suara KMB. 
Inilah dia. Susah bila pemikiran genius bergabung. Rencam jadinya.  

4 comments:

ira//myee said...

hahaha "rasa macam nak jogging setempat atas muka... " haha . lawak
reminds me of syaza :)

Haiqal Hazwan said...

@MAI

Yeahh. Aku rindu geng TeeHee. T_T

Unknown said...

assalamualaikum~

emm, ada apa2 cadangan x untuk tagline tu? kalau ada, bolehlah bg tahu. manalah tahu kalau sy boleh tukarkn.

p/s:baru perasan pasal tagline tu. uhukz~

Haiqal Hazwan said...

@ALYANI

Wslm. Terima kasih kerana prihatin.
Sayangnya setakat ni, saya masih memikirkan tagline yg sesuai untuk group tu.

Kalau dah dapat, nanti saya cakap. Insya-Allah.