Saturday, September 17, 2011

UNTITLED

Assalamualaikum.

3 days and 2 nights dapat escape kejap IB life dekat KMB sangatlah mengujakan. Meskipun terpaksa membekukan diet buat beberapa ketika sampai kembung perut dan kehujanan akibat hujan yang tidak berhenti turun mencurah di bumi Kuala Lumpur ini sampai kepala mabuk, saya tetap seronok. Paling seronok tentulah sebab dapat jumpa umi, abah, adik dengan angah dan saudara mara yang lain :) 

Kali ni, saya dapat semangat baru. Sebab saya dah luahkan semua masalah saya pada umi dengan abah. Terima kasih umi abah sebab motivate saya untuk terus komited dalam perjuangan IB. Saya pasti akan jadi lebih matang :) 

Esok dah nak balik KMB semula. Sambung tugas SPR. Langsaikan homework yang masih berhutang. Dan kembali menjadi pelajar IB di KMB. Tapi saya berimej baru, dengan semangat baru. Namun saya masih tetap saya. Cuma not real me. Take note. 

P/S : Line MAXIS dekat Subang Bestari laju gilaaaaaaaaaa >< 

2 comments:

Raudah said...

nak compare line dekat Subang Bestari dengan Bukit Changgang memang langit dengan bumi lahh.. HAHA :D

Haiqal Hazwan said...

@RAUDAH

Tu lah kan..tak payah nak Subang Bestari sangat laahh :P