Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Dalam mood bercuti ini masih lagi ada perasaan nak meng-update blog. Yeah, we make full use of the facilities here. Dan kali ini, biar aku bercerita panjang. Kisah yang pada mulanya aku refuse nak share, but suddenly masa mandi petang tadi, aku termenung panjang memikirkan pasal benda ni. Can you imagine macam mana nak termenung waktu shower? HAHA. Tak payah imagine laahhh.Censored !!
Hurm, where should we start eh? Aha..antara sedar mahupun tidak, celik mahupun pejam, actually dah 2 bulan aku masuk KMB kan? Dah nak third month dah pun. Sungguh, aku memang tak sangka. Dan dalam masa 2 bulan ni jugaklah, macam-macam dah aku rasa, aku tahu, aku lihat, aku dengar, aku hidu dan segalanya aku...HAHA.
Tapi tu lah, betul kata orang, jauh berjalan, luas pemandangan. Dan aku sangat yakin KMB akan membenarkan kata-kata tersebut lebih daripada yang lainnya.
Alhamdulillah, aku masih lagi dapat bertahan. Masih lagi mampu bernafas seperti biasa. Mungkin agak semput sedikit terkapai-kapai mencari udara untuk bernafas, tetapi ruang itu masih ada. Yang menyempitkan aku adalah jadual waktu yang sangat padat. Dan berubah-ubah. Tidak pernah tetap. Tidak pernah konsisten. Dan aku tidak menyukainya walau apa cara sekali pun.
Pembelajaran sangat menarik. Interaktif. Bermanfaat. Kecuali beberapa mata pelajaran yang mana aku kurang senang mempelajarinya. Bukan maksudnya ilmu yang diajar itu songsang, namun mungkin hati ini belum terbuka untuk mendalaminya. Khususnya TOK. Maaf Pn Rosmaria :P. Tapi saya sangat suka belajar subjek Malay dan Economics. Tak tahu kenapa, mungkin sebab saya memang tak serasi dengan subjek Sains seperti mana subjek Sastera. Tapi, tak bermakna tertutup pintu hati saya untuk mempelajari subjek selain Malay dan Economics.
Guru-guru sangat efisien. Ya. Kami panggil "cikgu" dan bukan "professor" di sini. Walaupun ada Dr. Saidah yang berkelulusan PhD., namun kami panggil "cikgu" juga pada pangkalnya. Mereka juga sangat dedikasi.Asal tak faham atau ada kemusykilan yang ditanya, pantas sahaja mereka menjawabnya. Tapi, bukan semua cikgu mudah mesra. Kadangkala hubungan pelajar dan guru boleh jadi sangat akrab. Kadangkala juga boleh jadi sangat menjengkelkan. Ada juga yang terlalu mengikut perasaan. Yang mana saya tak pernah faham kenapa ada manusia macam itu di sini. Tapi, apa sahaja yang boleh dibuat, kalau aku hanya seorang pelajar dan dia guru.
Senior? Lebih seperti rakan sebaya dari abang dan kakak. Senior hanya tua setahun. Dan hanya ada dua batch dalam setahun. Mereka terlalu baik, dan terlalu penyayang, dan terlalu mengambil berat. Sehingga saya sendiri berasa amat rimas kadangkala, sebab kami dianggap seperti 10 tahun lebih muda daripada mereka. Namun, tak semua yang terlalu mesra, kerana ada juga yang tidak langsung ambil kisah. Lantaklah, asalkan hidup bahagia sebab tiada yang mengacau kita.
Rakan-rakan? Kami sedang cuba membina satu ikatan yang akrab. Namun semuanya tak semudah yang disangka. Aku melihat pelbagai ragam manusia dalam kolej ini. Terlalu banyak. Sampai aku rasa macam nak termuntah. Yang alim, yang baik, yang peramah, yang bijak, yang kaya, yang cantik, yang kacak, yang penyayang, yang manja dan bermacam-macam lagi "yang" yang positif. Tapi dalam dunia ini tak semua benda baik 100%. Dalam kolej ini juga aku jumpa orang yang sebaliknya. Aku jumpa orang yang pemalas macam punggung dia berat sangat, yang bongkak dan sombong bukan main, yang bermuka-muka dan hipokrit, yang tak pandai jaga hati orang lain dan bermacam-macam lagi "yang" yang negatif. Entahlah, tapi setakat ini, aku masih belum mampu mengenali semua ahli batch aku yang seramai 300++ itu. Belum tiba masanya mungkin.
Makanan? Cukuplah DS sebagai tempat santapan. Kenyang juga perut kalau tak pergi KFC pun. KFC bukan sedap sangat pun. Serius cakap. Tapi, Koop tetap jadi tempat persinggahan sehari-harian. HAHA. Aku pun dah boleh hafal barang itu letaknya di mana dan barang ini letaknya di mana. Puas tawaf Koop 7 kali setiap kali datang. Dan yang paling aku cari tentu sekali Choki-Choki. Tahu tak apa itu Choki-Choki? Tak tahu kesian...
Aktiviti? Terlalu banyak. Pilihlah sahaja kelab dan persatuan mana yang nak disertai. Cuma perlu tulis nama dan pergi temu duga. Untung badan diterima masuk. Kalau berani ambil risiko, atau rasa macam nak nampak sibuk setiap masa, masuklah banyak kelab sekali gus. Barulah hebat kan? Nampak macam orang penting kalau asyik sibuk dengan kerja persatuan sepanjang masa. Kami ada External C.A.S. Kami kena pergi berkhidmat bakti di luar kolej, di tempat-tempat tertentu yang telah ditetapkan pihak kolej. Aku pergi SK Jenderam Hilir, untuk berbakti kepada murid sekolah rendah pinggir bandar dan kurang murid itu. Apa khidmat bakti yang aku nak sumbangkan pun aku tak tahu. Kami ada JPAM juga. Tapi saya tak suka JPAM. Sebab JPAM kena kawad bawah terik matahari. Dan saya benci kawad.
Kehidupan di asrama? Seronok. Sebab roommate datang dari sekolah yang sama. Maka, aku dah serasi dengannya. Peraturan lebih terbuka. Tak perlu terhegeh-hegeh ke surau setiap kali Maghrib atau Isyak. Ataupun Subuh juga. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing, sama ada mahu mengutip satu pahala atau 27 pahala sekali gus. Dan tak perlu juga aku mematuhi etika pemakaian yang pelik-pelik. Cukup sekadar menyarung sehelai jeans dan sehelai T-shirt sudah membolehkan aku untuk bergerak bebas di bangunan akademik tatkala di hujung minggu. Dan kebebasan untuk outing juga terbuka. Cuma yang membataskan kebebasan itu adalah ke mana hala tuju outing itu? Sebab kau sekarang berada di tengah-tengah ladang kelapa sawit dan kawasan perkampungan yang jauh di pinggir bandar.
Kpop? HAHA. Masih relevan. Ramai juga yang seangkatan dengan aku. Maka, minat ini masih boleh terus bercambah dan disemai dengan baik. Namun, masih ada juga yang skeptikal dengan fenomena ini. Biarlah, apa yang mereka tahu pun kan?
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh aku reviu di sini. Tapi, sebelum aku mula bercerita yang bukan-bukan pasal KMB ini, baik aku berhenti kan? Bukan ada siapa-siapa kisah pun...HAHA.
P/S : Looking forward for the upcoming 22 months as an IB student.
4 comments:
aku pun CAS kat SK Jenderam Hilir weh!
haha
@RAUDAH
Oh really? Apasal aku tak tau ni :P
nice life!!!
btw,will u be going for the Korean Wave Concert?
@NAF
Thanks :)
Oh sadly I am not going. Takde $$$ T_T
Post a Comment