Monday, August 29, 2011

RAMADAN'S REVIEW


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, terasa teringin pulak nak update blog lepas bangun dari tidur tadi. HAHA. Tiba-tiba. Mungkin sebab hari ini dah nak balik beraya. So, kita manfaatkan dulu peluang menggunakan WiFi yang super duper laju gila babeng kat rumah ni sebelum terpaksa berebut menggunakan broadband dekat kampung nanti. 

Hurm, hari ini kalau ikut perkiraan kalendar Hijrah, sudah masuk 29 Ramadan, yang mana merupakan the last day of the fasting month for this year's edition. Sedar tak sedar, dah hari terakhir pun kan? Cepat betul masa berlalu, sampaikan aku rasa macam baru semalam Ramadan bermula. 

Esok dijangkakan kita semua akan mula beraya. Seronok ke? Entahlah, sejujurnya aku tak rasa apa-apa yang seronok pun. Mungkin sebab jarak rumah aku yang dekat dengan kampung membuatkan aku rasa perjalanan pulang ke kampung tu sesuatu yang membosankan. Atau berjumpa dengan nenek itu sesuatu yang sangat lazim setiap kali aku ada dekat rumah. Entahlah, tapi frankly speaking, there are no such thing as special occasion for me, when it comes to Raya. 

Mari kita review sikit pasal perjalanan Ramadan yang aku tempuhi selama sebulan yang sudah. Aku sangat attracted dengan perumpaan "Madrasah Ramadan" yang digunakan several pihak untuk melambangkan bahawa kita sebenarnya sedang belajar sesuatu daripada bulan ini, bukan setakat belajar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi sesuatu yang lebih daripada itu. Kawan-kawan dekat KMB lebih inovatif. Mereka modify terma "madrasah" tu kepada "universiti". HAHA. Nampak lebih grand kot. "University of Ramadhan". 

Maka berlumba-lumbalah kita untuk mengejar pointer tertinggi bagi melepasi ujian Ramadan ini. Dan pada akhirnya, semua akan graduate daripada universiti ini. Beruntunglah mereka yang dapat pointer tinggi, boleh dapat Anugerah Dekan. Lebih untung siapa yang dapat bonus point pada beberapa malam terakhir itu, sebab automatik dia akan jadi Overall Best Student. Dan kesianlah mereka yang sekadar cukup makan melepasi ujian itu, sebab mereka tidak dapat apa-apa anugerah khas, melainkan sekadar sijil penghargaan yang membuktikan mereka dapat menguasai kemahiran paling asas dalam pengajian Ramadan. 

Secara jujurnya, aku merasakan aku masih tidak memanfaatkan dengan sewajarnya bulan Ramadan ini. Puasa memanglah puasa tapi aku rasakan puasa yang aku jalani tidak lebih dari sekadar menahan lapar dan haus. Bak kata Qayyum, puasa umum. Hendak capai puasa khusus tu mungkin agak jauh apatah lagi puasa khusul khusus. Sahur pun banyak tinggal daripada bangun. Qiamullail tak pernah buat. Terawih pun kadang-kadang tinggalkan semata-mata nak siapkan homework. Iftar tak pernah teringin nak join. Usrah lagilah, tak pernah nak ikut. Tadarus, tilawah? Bolehlah sikit-sikit, sehari dua page. Selebihnya, lebih banyak lagha semata-mata.

Okay fine, you can say anything about me. I admit memang sebagai seorang yang berpuasa, aku sepatutnya lebih memberatkan ibadah aku. Tapi itulah manusia, kalaupun syaitan tu diikat dan dibelenggu sekali pun, nafsu itu tetap dituruti kerana kita lemah, lemah dalam menurut keduanya. Maka, aku merasakan Ramadan kali ini bagiku biasa, seperti Ramadan yang sebelumnya. 

Apa yang seronoknya Ramadan kali ini? Okay, mungkin sebab aku berpuasa pertama kali dalam suasana KMB. Tidak lagi macam masa dekat Sains Johor dulu, tak ada lagi berbuka serentak ramai-ramai. Suka hati kaulah nak makan kat mana pun. Dan mungkin sebab masa Ramadan tak ada aktiviti JPAM yang meletihkan. Atau kesempatan mengunjungi bazaar yang dibuka di garaj setiap petang. Dan pengalaman berjalan kaki selama 15 minit melalui pintu belakang kolej beramai-ramai setiap petang Jumaat dan Sabtu untuk mengunjungi bazaar Ramadan di Kampung Labohan Dagang. Itulah yang seronok kot. 

Dari segi pengisian kerohaniannya? Aku rasa agak seronok jugaklah sebab dapat terawih dalam surau yang ada air-cond. Lepas tu setiap kali habis 4 rakaat terawih, ada tazkirah ringkas daripada student-student. Lepas tu setiap kali solat Jumaat, sebelum khutbah, ada ceramah yang disampaikan oleh para penceramah terkemuka negara yang dijemput khas oleh kolej. Apa lagi ek? Mungkin kesempatan untuk mendengar talk yang disampaikan seorang vlogger terkenal, Aiman Azlan. Tapi semua itu hanya secebis daripada pengisian sebenar Ramadan yang sewajarnya dihayati oleh setiap Muslim yang berpuasa. 

Aku akur, Ramadan kali ini masih belum aku terokai sepenuhnya. Maka, tahniah aku ucapkan kepada mereka yang merasakan bahawa Ramadan mereka kali ini sudah mencapai tahap yang mereka inginkan. Sementara bagi golongan yang seperti aku, mari kita berdoa agar kita masih berkesempatan untuk bertemu Ramadan yang seterusnya. 

Persoalannya, masih adakah lagi Ramadan untuk kita? 



P/S : Ramadan kali ini lebih membawa makna rasanya :D 

3 comments:

Mr. M said...

i couldn't agree more with u dude. Ramadan this year really different then before and it was very great for me. i never have such a delightful Ramadan than this year. hopefully, we gonna meet 'him' next year. =)

Unknown said...

same goes here.. aku tak feeling sangatlah nak raya. tak tau kenapa. maybe sebab homework panggil2 kot. hahha~

p/s: but this Ramadan i feel great la coz aku dpt khatam "surat cinta" dekat KMB :)

Haiqal Hazwan said...

@acad

Alhamdulillah, best lah kan dapat rasa macam tu. I would like to have the same feeling next year, if permitted by Him. Insya-Allah.

@Rawdah

Agak laahhh..kat kolej, I was like tak kisah masa and suddenly dah nak berbuka dah. HAHA. And tahniah, untunglah kau dapat baca "surat cinta" tu sampai habis. Aku tak dapat T_T