Thursday, August 25, 2011

MAAF SEMUA :)


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk kembali mencoret sesuatu dalam blog ini. Baiklah, pertama sekali maafkan saya seandainya saya dengan sengaja membiarkan blog ini kering kontang dan tidak bernyawa selama beberapa ketika. Sejujurnya, saya terpaksa mengabaikan blog ini atas beberapa perkara. Antaranya sebab life IB sangat sibuk. Dan, saya yakin itu bukan alasan paling kukuh. Sebab sebenarnya saya tak ada Broadband. T_T . Untunglaaahhh siapa yang ada Broadband tu, boleh update blog setiap masa. ( Ini satu statement memerli Nazrin ). Bukan tak boleh pinjam Broadband siapa-siapa pun, tapi tak sedap lah pulak sebab Broadband orang kita pakai lama-lama sampai tuan dia mintak berulang kali, kita still tak nak pulangkan.  (Ni statement untuk perli Izhar dengan Ship pulak).

Alah, bukan tak boleh update kat concourse kan? Okay, pertama sekali saya cakap, saya tak suka online dekat concourse dan menggunakan kemudahan Wi-Fi di concourse tu. Kedua, saya bukan macam Intan yang sanggup nak menebeng kat concourse tu pagi-pagi buta semata-mata nak update blog. HAHA. Sebab line kat concourse lembap. Dan saya perlu cepat. Jadi, tak bolehlah saya nak update. 

Maka, dengan adanya kesempatan balik rumah untuk raya ni, bolehlah saya tala banyak-banyak post dalam satu hari. Banyak benda nak tulis ni, sebab banyak sangat benda yang best happened kat KMB. Yang tu lah nak di ceciter kan nanti. Therefore, tunggulah post-post itu dengan penuh hikmah dan sabar :) 

Sekian, terima kasih. 

P/S : Takkan nak update blog via handphone kot :P

4 comments:

Lady Cherry said...

banyak betul perli org dalam ni. haha

Haiqal Hazwan said...

@RAWDAH

HAHA..aku kan SARCASTIC :p

intan suraya said...

ehem..ehem.. tiba2 rasa mcm sakit tekak je.. sape pulak yg x beradab sgt sebut nama aku nie??ish2..
~sabo jela XD

Haiqal Hazwan said...

@INTAN

Ya Allah..harap maaf. harap maaf. terlebih sudaahhhhh..HAHA.