Assalamualaikum.
HAHA. Rasa macam sangat malas nak update. Dan rasa macam nak sumbat everything dalam satu post. Sorry. Bukan apa. Cuma aku rasa aku perlu selesaikan kerja-kerja yang lebih berkeutamaan. Dan this time memang aku nekad nak lambakkan semua review pasal aktiviti-aktiviti yang I had gone through selama hampir 2 bulan dekat KMB tu. Jommmmmmm...
1. ORIENTATION WEEK
Before I started this review about our orientation week, terus-terang aku nak cakap, sorry banyak-banyak to say this, but frankly speaking, aku tak ada idea nak tulis apa pasal orientation week ni. Okay lah, kitorang punya orientation yang handle bukan MPP or seniors from Year 2. Tapi consultant luar yang handle. Kata senior, ni first time orientation bagi newcomers dikendalikan oleh pihak luar KMB. So what? Aku pun tak kisah. Aku terus-terang tak suka consultant ni dari awal sampai akhir program. Sebab aku tak rasa pun aku di-orientasi kan. Langsung tak feel beb. Aktiviti sumpah bosan. Yang aku ingat, aku Group 3 sekali dengan Sam, Fitri Fahmi, Seoul, Siddiq, Amirul, Ibrahim, Apek dan ramai lagi yang aku tak ingat nama mereka.HAHA. Ada sekali tu tiba-tiba diorang buat "performance night"- yang aku rasa paling awful sekali, tapi aku buat dance Sorry Sorry by Super Junior beb dengan a few guys from Group 3 dan aku jadi koreografer. Bangga tak bangga you all. HAHA. Tapi pada malam yang sama jugaklah, kitorang ditahan dalam Main Hall sampai pukul 2 pagi kot, pastu kena marah tengking tak tentu pasal. Like bullshit, kalau you all nak tau. Entah apa-apa. Dan masa orientation week ni jugak lah aku kenal MPP, kenal IP, belajar dance Xi Shua Shua ( tak tahu eja ) dan beberapa lagi benda baru. Paling best, sepanjang minggu aku bangun pukul 5 pagi dan solat Subuh di surau sentiasa. HAHAHAHA. Masa official closing ceremony untuk orientation week kitorang, aku jadi MC tau dengan Nadirah. Serius best. Tapi tu je lah yang best kot sepanjang minggu orientasi ni. HAHA.
2. MKI
Okay, aku tak berapa ingat the acronym MKI tu stands for what..maybe Minggu Kefahaman Islam, or Minggu Kesenian Islam. Yang penting ala-ala macam tu lah. Hurm, aku pun tak faham apa objektif sebenar minggu ni diadakan. Maybe untuk promote ISAC. Atau selain itu, yang aku tak tau. Tapi entahlah, during malam kemuncak MKI that day, yang aku tengok masuk-masuk Main Hall ada replika masjid-masjid around the globe. Dan selain daripada tu, ada persembahan nasyid dari pelbagai generasi Munawwar. Comment, Okay laaaahhhhhhhhhhhhh =="
3. TEATER
HAHA. Jangan jealous. First time tau aku tengok teater seumur hidup aku. Tu pun sebab aku join kelab PKEB buat trip tengok teater. Tapi kena bayar RM20 lah. PKEB stands for apa, aku tak ingat, tapi yang penting EB tu stands for Eksplorasi Budaya. HAHA. Kitorang tengok teater yang bertajuk Mahkamah Lorong. Cerita tu pasal apa aku malas nak tulis sinopsis dia tapi yang penting okay lah ceritanya. Yang berlakon pun budak-budak UTP je, sebab diorang kata diorang dari Tronoh Theater Shop. Apa-apa je lah. Masa tu pergi ramai-ramai jugak.Ada Rafie, Aflah, Farid, Faizrul, Yen, Sam dan yang lain-lain.
4. ROQ
ROQ ni stands for Remembrance of Al-Quds. Okay, dengar pasal Al-Quds pun korang mesti tau kan benda ni mesti pasal Palestin. Program ni yang organize mainly HOPE, tapi ada jugak co-operation by ISAC dan GNCC. Kelab-kelab Islamic lah yang penting. Sepanjang minggu tu, banyak lah kitorang didedahkan dengan penderitaan orang-orang Palestin melalui video-video yang orang tayangkan kat surau. Lepas tu, ada ceramah pasal Palestin by seorang dari mangsa yang terselamat masa tragedi Mavi Marmara tempoh hari. Nama ustaz tu sorry aku tak ingat. Ada jugak pertandingan hias kelas bertemakan Palestin yang mana kelas aku tak menang walaupun dah beria-ria hias. Dan paling best, ada kontroversi yang tercetus. Satu hari tu, tengah belajar TOK suddenly ada assembly tergempar. Rupanya nak cakap pasal ada orang gunting bendera Malaysia sebab nak sangkut bendera Palestin. Pelik-pelik je. Sudahnya, semua students kena bayar RM 2 nak buat beli bendera baru. Masa penutup ROQ week tu,aku jadi MC jugak. Rasa macam National MC pulak, orang invite kita nak jadi MC. HAHA. Yang best, sebab jadi MC tu jugaklah I dapat pakai jubah yang dipinjam dari Qayyum. Best tau pakai jubah. Rasa sejuk je bila angin tiup. Ooooppsss ><
5. A TRIP TO MAEPS.
Ada apa benda entah kat situ masa tu. Aku pun tak ingat sebab apa aku pergi situ. Yang penting yang aku ingat berkenaan dengan belia lah. Ada menteri datang. TPM kalau tak silap aku. And beberapa benda lucu yang aku ingat masa kat situ ialah :
-Driver bas yang bawak kitorang tu taktau jalan nak ke MAEPS tu.
-Kitorang beria-ria pakai smart casual ( maksudnya pakai seluar slack dan kemeja berkolar tuck-in dan berkasut hitam padahal semua orang yang pergi situ pakai bapak sempoi )
-Kitorang dimalukan oleh seorang politician yang bullshit yang cakap kitorang budak KMB yang tak reti cakap Malay walaupun belum lagi fly oversea. Kesian Hana Hear.
dan beberapa benda lain yang lucu yang aku sendiri malas nak cerita. HAHA.
Begitulah serba-serbi benda yang aku nak cerita. Nampakkan kemalasan aku nak menaip. HAHA. Nasib kau lah. Ni blog aku ><
P/S : Aku belum siap folio PI !
2 comments:
pasal bendera tu, bullshit gila lah. mana ada orang nak pergi potong nak letak bendera palestin. takkan budak kmb takleh piker kan? IB kott. during that week, angin mmg agak kuat bertiup. maybe putus?? who knows.. Allah je yang tau :)
pengajaran la buat sume orang kejadian ni. hahha
p/s: aku pun belum siap folio PI!
@Rawdah
Aku pun pelik jugak pasal bendera tu. Takkan lah ada tangan jahanam nak memotong bendera tu. HAHA.
Kelakar pulak bila aku fikir. Tak memasal melayang RM2 aku. HAHA. Lawak-lawak.
p/s: Aku dah separuh jalan nak siapkan folio PI tau ! :D
Post a Comment