Wednesday, August 22, 2012

SELANGKAH LAGI KE BUMI EIRE.

Assalamualaikum. 

Post ini ringkas. Sekadar untuk berkongsi berita. 

Alhamdulillah, result placement dah keluar. Hasil result Sem 2, predicted grade, mock-interview dan segala markah tambahan lain, terhasillah sebuah ranking yang meletakkan setiap pelajar Medic Year 2 pada negara-negara yang sepatutnya. 

Syukur pada Allah. Saya dapat full-course IUMC. Ireland. Maka, selangkah lagi menuju ke bumi Eire. 

Syarat minimum tampak mencabar. Tapi saya yakin boleh. Kita mesti yakin boleh. 36 points minimum tanpa bonus point. IELTS minimum band 7.0. HL subjects minimum 6. Math SL juga. Insya-Allah. 

Dan perjuangan sebenarnya bermula. 

P/S: Placement universiti random. Tapi saya berminat dengan TCD atau UCD. 




Saturday, August 18, 2012

APA ERTINYA RAMADAN KALI INI?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Usai sebulan berpuasa. Apa orang kata? Madrasah tarbiyyah? Hurm...mungkin. Maka, di penghujung pengajian Ramadan ini, aku kira aku berjaya juga 'graduate'. Ye lah, walaupun CGPA cuma cukup-cukup makan. 

Apa yang menarik sepanjang Ramadan ini?

Mungkin peluang berpuasa waktu awal Ramadan di rumah? Atau peluang pulang ke rumah sekali lagi di pertengahan Ramadan?

Atau mungkin pengalaman 'iftar' bersama classmates M11B di RASA Alamanda? Bersama teman-teman untuk iftar di Chicken Rice Shop? Iftar di Secret Recipe, Times Square? Iftar di Nando's Alamanda bersama family mentor-mentee Miss Belle?

Atau mungkin ketika peritnya menahan gastrik teruk selama seminggu tanpa sedikit pun rasa ingin membatalkan puasa? 

Atau pada letihnya kaki melangkah ke DS untuk 'take-away' lauk berbuka puasa dengan polystyrene 20 sen? Atau pada bosannya menunggu waktu berbuka puasa tatkala 'dine-in' dekat DS? Atau pada jemunya menghadap juadah sama yang dijual di bazar Ramadan anjuran GEM? Atau pada semangatnya bersahur tatkala sepanjang malam tidur melelapkan mata? Atau pada culasnya rasa hati ingin melaksanakan tugas 'tapau service' anjuran GEL? 

Mungkinkah kerana solat Terawih 8 rakaat di surau dan disusuli 3 rakaat Witir yang tidak dilakukan secara berjemaah? Dan hutang bacaan al-Quran yang semakin bertambah kerana rasa malas untuk meneruskan pembacaan? 

Ahh, begitu banyak andaian yang perlu diperjelaskan jika mahu menyatakan sebuah kesimpulan pada persoalan ini. 

Apa yang pasti, Ramadan ini ada takrifannya yang tersendiri. Mungkin aku puas. Tapi di sebaliknya, aku masih mengharap pada Allah, agar menyampaikan aku ke sebuah lagi Ramadan tahun hadapan. 

P/S: Ejaan sebenar adalah Ramadan dan bukannya Ramadhan :)