Saturday, July 13, 2013

RELEASED

Assalamualaikum.

Haaa...pejam celik pejam celik dah seminggu kot result IB keluar. Haha..dah seminggu baru nak cerita. Lol, bukan apa, kadang-kadang datang rasa nak menulis tu tapi bila dah start nak menaip, rasa malas lah puleeeee.

By the way, result IB commenced masa 6 Julai 2013 lepas pukul 8 malam waktu Malaysia..sebab dekat website IBO tu depa tulis nak kasi keluar pukul 12:00 GMT katanyaaaaa..so since time zone Malaysia ni +8 GMT maka pukul 8 lah keluarnya result tu..katanyaaa..aku pun bukan reti sangat pun hal time zone segala ni.

Nak dikisahkan ler kan, aku ni bukan main cuak nya kata ngko nak menunggu result keluar. Action of the heart aku dah mula dikesan aktif sejak seminggu lagi. Mungkin rembesan adrenalin menyebabkan AV node dan SA node aku yang bertindak sebagai pacemaker mempercepatkan kadar denyutan jantung tu. Pasal tu lah lubb dubb lubb dubb je AV valve dgn semilunar valve. Lol..lawak Bio hambar aku..

Aku pun mula lah teringat-ingat balik pebenda jadah aku jawab masa exam hari tu sambil mencongak-congak berapa lah point aku dapat untuk every subject. Kebetulan pulaknyaa ada discussion pasal soalan-soalan exam ikut subject yang budak-budak seluruh dunia ni dok bincang dekat dalam forum IBSurvival, memang makin cuak lah aku dibuatnya bila ada soalan yang aku dapati telah dijawab dengan tak berapa nak betul. Cuak dah tu.

Aku ingat lagi setiap jawapan yang aku taram masa exam hari tu untuk setiap subject.

Malay A SL - Alhamdulillah lah bolehlah goreng walaupun hakikatnya aku rasa paper 1 tu agak lah susahnya soalan sajak (aku pilih sajak setelah memikirkan ketidakfahaman terhadap cerpen yang ditanyakan).

English B HL - Alhamdulillah untuk paper 1 walaupun ada soalan racist yang aku rasa sangat vague jawapannya. Paper 2 bagi aku kantoi sangat. Soalan dia bukan lah susah sangat tp boleh le pulak masa tu aku terlupa terus nak buat structure essay yang Miss Belle dok ulang ajar berapa kali masa kelas. Tu lah namanya berangan masa kelas. Aku harap sangat dapatlah at least 6 sebab 7 tu semacam mustahil lah pulak kan. Dahlah markah untuk dapat 7 tinggi kemain macam lah kita ni omputehh gituuu.

Math SL - Sekali lagi Alhamdulillah untuk paper 1 sebab agak lah mudahnya. Dan sekali lagiiiiiii paper 2 mengakibatkan igauan kepada aku sebab aku serius kantoi Section B sebab terlampau lah susahnya bagi aku. Tak tau lah bagi orang lain tapi macam mana lah pulak aku boleh tak boleh nak pikir betul-betul. Sir Badar target 7 sebab dia kata tak impossible pun tapi lepas jadi macam ni, dapat 6 pun aku lebih dari bersyukur weeeeeehhh.

Economics SL - Alhamdulillah boleh lah taram. Tapi satu je yang aku tak puas hati iaitu tulisan aku dan lukisan graf aku. Serius macam tulisan hantu yang cakar ayam (nampak tak hiperbolanyaaa di situ). Bukan pe, aku ni gelabah sikit so bila masa menjawab dah nak habis mulalah aku tulis macam doktor. Sudahnya aku lukis graf tak pakai pembaris dan tulisan jadi macam haram. Maaf Miss Melor.

Biology HL - Aku tak consistent sikit kalau Bio ni. Alhamdulillah semua paper boleh jawab tapi tak lah pulokkk betul ke salahnya. Aku jawab esei paper 2 semua berkaitan plant sciences je..haha..nak buat macam mana soalan yang lain tu walaupun memang mudah sebab dah pernah buat (lagi-lagi pasal reproduction)..aku tak pernah nak ambil kisah..lol..padan mukaaa..paper 3 pulak aku rasa option G iaitu Ecology and Biodiversity lebih mudah dari Option H (Further Human Physiology). Nampakk tak ironi di situ..kau ni nak jadi doktor ke botanist?? Hahaha..lantaklah di situ.

Chemistry HL - Seriously nightmare aku sepanjang-panjang menunggu result. Paper 1 Alhamdulillah okay (kot). Paper 3 pun gitu sebab soalan-soalan dia banyak ulang past years (Question Bank banyak membantu okayy). Masalah timbul dekat Paper 2. Ya Allah nak menangis bila mengenangkan apa yang aku jawab dalam paper 2. Serius susah sangattttt dan aku buat beberapa kesilapan besar seperti salah calculation dan tertinggal soalan sebab tak cukup masa. Aku pun terjawab lebih soalan lebih dari yang diarahkan. Sangat sedih okayy. Takut pulak tu. Aku target macam dapat 5 je Chem aku ni tapi aku harap sangat dapat 6 at least. 7 mmg tak lahhh kalau dah macam tu gamaknya. Hurm..entahlah..

Dannnn pada tanggal 6 Julai 2013 itu...

Aku pun menunggu dengan penuh cuaknyaa. Semalamnya (Jumaat) member-member KMS dah berhurray hurray dengan result diorang. Cissss tak aci dah tahu duluuuu..so tak payah lah nak cuak sangat. Dengarnya ramai 35 points above. Alhamdulillah tahniah kepada merekaaaa. Tapi nasib aku entahlaahh..

Pagi tu, aku tetap lah online nyerr walaupun katanyaanak off segala jenis teknologi. Tapi sebab bosan tak tau nak buat apa, aku terpaksa lah batalkan hasrat murni tuu. Hahaha..sepanjang-panjang hari tu aku dengar lah ramai yang tak pass 35 points, takde sape dapat 45 point and etc etc sad news. Okayyy cuak sangat ni boleh takkkk!! Tapi aku dah mula redakan diri kalau ada berlaku apa-apa yg aku tak inginkan. Tapi cuak tetap cuak.

Punyalaahh lama nak tunggu pukul 8 malam ni wehh. Dan setelah resah menunggu sampai tak lalu makan bagaii, sampailah pukul 8 malam tu. Ditemani Umi, aku tunggu depan laptop sambil bukak FB dgn Twitter nak tgk kot-kot budak-budak ni dah mula bising-bising result dah keluar. Anddddd sampailah pukul 8 something tu, mulalah aku dapat isyarat yang result dah boleh check. Sooo, perlahan-lahan dan terketar-ketar aku key in segala password dan detail yang diperlukan untuk access result dan...........

Bismillahirahmanirahim. Bismillahi tawakkal tu alallah...



Terpampang lah dekat skrin laptop benda seperti di atas ni..

Ya Allah! Alhamdulillah. Sangat-sangat terkejut. Aku terus peluk Umi kuat-kuat dan secara spontan air mata aku mengalir. Terharu sangat rasanyaa. Tengok result tu lagi-lagi Math dengan Chemistry..sangat terharu. Bonus points pun dapat 3 sebab EE dapat A and TOK dapat B, sangatlah menggembirakan. Allahuakbar, betapa Allah masih lagi mahu memberikan aku nikmat seperti ini. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Apa-apa pun, semua ni pasti tak akan mudah tanpa bantuan Allah. Allah membantu dan menghadiahkan kita dengan pemberian yang tak terperi nilainya. Kemudian, Dia menghantar barisan guru-guru yang mantap dan berdedikasi untuk memberi bimbingan, sokongan dan dorongan. Umi abah angah adik dan seluruh ahli keluarga lain yang turut sama berkongsi kegembiraan ini, kejayaan ini untuk anda semua. Begitu juga rakan-rakan Univic, kejayaan ini kejayaan kita bersama. Especially untuk classmate tercinta M11B dan IRP-mate tersayang, kan aku dah cakap kita mampu! Alhamdulillah M11B semua dpt above 35 points. Alhamdulillah.

Walau sebaik mana pun keputusan yang kita dapat, malam masih panjang (bak kata Mr Hatta). Masa depan masih jauh sebab kita baru melangkah dua tiga langkah kecil sahaja. Sebenar-benar keputusan yang agung adalah keputusan di akhir masa kelak. Sama ada kita mampu tersenyum lebar mencium haruman syurga atau pun tersungkur di pintu neraka. Oleh itu, bersyukurlah atas segala keputusan yang kita terima ini, kerana hakikatnya segalanya datang dari Allah. Bukankah perancangan Allah itu cukup cantik bagi setiap hamba-Nya?

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, sedang kita tidak mengetahui.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.