Thursday, May 23, 2013

THE CHRONICLES HAS ENDED: POST-IB EXAM

Assalamualaikum.

And so, tamatlah segalanya yang berkaitan dengan IB dan KMB. Banyak sangat kenangan manis dan pahit yang terlakar sepanjang 4 semester berada di bumi bertuah di tengah-tengah ladang kelapa sawit tu. Serius, sangat banyak dan susunan perkataan sekali pun tak akan mampu nak describe.

Tanpa keraguan lagi, semua sejarah yang tercatat di sini, akan aku kenang seumur hidup aku (InsyaAllah..mohon panjang umur). Di sini lah aku kenal erti ukhuwah yang sebenar, menyedari bahawa proses mengenali Allah itu sangat indah dan betapa perjuangan itu tidak akan pernah lengkap tanpa tawa dan tangis yang berselang-seli.

Aku pasti akan merindui kamar tempat aku beradu, tempat aku bertungkus-lumus menyudahkan segala macam jenis assignment / lab report/ EE / TOK / World Litr yang begitu culas sekali untuk diselesaikan, tempat ketawa, menangis, melepaskan pekung di dada dan segala-galanya. C110.


Aku juga pasti akan merindui rakan-rakan seperjuanganku, terutamanya rakan-rakan sekelas, M11B, yang sememangnya sangat aku sayangi seperti adik-beradik sendiri. Di sini lah ada kakak, ada adik. Pergi usrah sama-sama, pergi banyak gila camp sama-sama, semuanya sama-sama. Semuanya serba lengkap. Juga secara umumnya pada batchmates UNIVIC 1113 yang turut sama mengisi helaian-helaian sejarah yang ditulis sepanjang 2 tahun berada di KMB.


Aku bakal merindui para guru yang sangat aku hormati dan sayangi di KMB terutama cikgu-cikgu yang mengajar kelasku iaitu Cikgu Subaidah (Malay A SL merangkap EE Advisor), Miss Belle (English B HL merangkap mentor terbaik di KMB!), Miss Mel (Econs SL), Sir Badar (Math SL), Teacher Yatee (Bio HL), Teacher Zaiton (Chem HL) dan Teacher Rosmaria (TOK). Sememangnya pengalaman yang sangat berharga dapat menuntut ilmu bersama dengan barisan guru yang sangat berdedikasi, bertanggungjawab dan penyayang seperti mereka. Cikgu, saya janji semua teguran, nasihat dan bimbingan akan saya jadikan sandaran untuk terus menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, masyarakat, negara dan paling penting kepada agama. 

Kehidupan di KMB sangat mencabar dan menuntut kecekalan dan ketabahan hati yang sangat tinggi. Namun, di sebalik semua kepayahan itu, terselit hikmah dan kemanisan yang hanya mampu dirasai dan dikecapi oleh sesiapa yang pernah menempuhinya hingga tamat. Walau apa sekali pun keputusan yang akan diterima untuk IB Exam tempoh hari, aku harap tidak akan mengubah sayangku dan kenanganku pada KMB. 

Selamat tinggal Kolej MARA Banting. 
23 May 2013. 

P/S : Post ni seriusly dah sangat terlewat tp cuma nak mengimbau nostalgia. Penat nak tulis panjang-panjang so dapat pendek ni je. Haha.

No comments: