assalamualaikum ..
ok, now i gonna start thinking thoroughly..
and consider everything including the one deep in my heart and mind..
well, haiqal, do you know much about being a doctor?
hey boy, being a doctor is real hard okay !! 
so, are you sure you wanna go through this young man? 
Kerjaya Seorang Doktor
Doktor adalah nama glamor manakala pegawai perubatan adalah nama  jawatan yang diberikan 
kementerian kesihatan. Terkini, kerajaan telah  memberikan pelbagai insentif menarik kepada doktor.
Untuk yang bergraduat dengan jayanya sebagai pelajar perubatan maka  dilantik sebagai pelatih
pegawai perubatan berjawatan UD41. Proses yang  perlu dilalui ialah 2 tahun.
Selepas 2 tahun, seseorang pelatih akan dilantik sebagai pegawai  perubatan UD44 secara automatik. 
 Manakala genap sahaja perkhidmatan  sebagai pegawai perubatan selama 3 tahun selepas 
perlantikan UD44,  automatik akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD48.
Selepas 5 tahun berada pada pegawai perubatan UD48, seseorang akan  dilantik terus secara 
automatik kepada UD52 dan selepas 5 tahun akan  terus dilantik ke jawatan UD54.
Pelajar-pelajar perubatan yang lulus dengan jayanya, kerjaya sudah  sedia menanti. Tiada istilah 
pengangguran dan kesusahan mencari  pekerjaan bagi pelajar2 perubatan.
Benarlah kata orang2 di zaman saya, belajar susah, kerja senang jika belajar senang maknanya 
susah lah nak dapatkan pekerjaan.
Dengan peluang kerjaya dan prospek kerjaya menarik, ramai mungkin  tidak sedar betapa sukarnya 
menjadi seorang doktor atau pegawai  perubatan.
Walaupun tugas seorang doktor adalah tugasan mulia, insyallah  mempunyai pahala yang besar jika 
ikhlas bekerja tetapi cabaran menanti  juga besar. Antara cabaran yang menanti:
Cabaran di Hospital
Cabaran yang menanti seseorang doktor bermakna mereka bertarung untuk  menyelamatkan nyawa 
manusia. Dalam tugasan tersebut, ada yang kurang  faham menyebabkan kes saman menyaman 
berlaku ke atas seseorang doktor.
Cabaran yang kedua, kekurangan doktor menyebabkan ada doktor yang  tidak berminat dalam 
bidang tertentu terpaksa berkhidmat dalam jabatan  yang mereka kurang minat. Ini menjejaskan 
prestasi mereka dalam  melakukan sesuatu displin
Cabaran yang ketiga ialah oncall berselang sehari hingga tiada ruang  rehat untuk diri sendiri. Oncall 
bermakna seseorang doktor perlu  bertugas selama 24 jam di hospital.
Cabaran yang keempat ialah persatuan doktor yang tidak kuat untuk  membela nasib para2 doktor di 
sektor awam. Ini kerana kebanyakkan  penyandang utama persatuan doktor adalah doktor yang 
berkhidmat di  sektor swasta.
Cabaran yang kelima berkaitan dengan pentadbiran hospital yang tidak  pandai mengurus kedudukan 
doktor2 di hospital seperti tidak boleh  membezakan jabatan mana yang lebih utama. Contohnya, 
jabatan kecemasan  dan kemalangan hanya ada 1 orang doktor berbanding dengan jabatan 
perubatan yang mempunyai 5 orang doktor.
Masalah ini terjadi bilamana jabatan kecemasan dan kemalangan tidak  mempunyai pakar dalam 
bidang tersebut manakala jabatan perubatan  mempunyai pakar dalam bidang terbabit. Namun, jika 
dilihat secara kasar  dan halus sudah tentu jabatan kecemasan dan kemalangan sepatutnya diberi 
keutamaan.
Cabaran di Rumah
Berkahwin dengan seorang doktor memerlukan suami/isteri yang perlu  memahami. Usah bermegah 
kerana isteri/suami seorang doktor kerana kadar  penceraian bagi kerjaya ini adalah tinggi.
Seorang doktor perlu berkhidmat 24 jam sehari, perlu dipanggil  bilamana berlaku kecemasan, ada j
juga perlu berkhidmat selama 7 hari  seminggu di hospital bila mana keadaan memerlukan.
Maka untuk suami, sanggupkah anda menjaga anak  kerana kerjaya isteri  anda seorang doktor. 
Sanggupkah anda menyedia dan mengurus rumah tangga  sepanjang ketiadaan isteri anda. Maka 
anda adalah seorang ayah/ibu  kepada anak2 anda.
 Usah bercita-cita untuk mengahwini doktor jika anda fikir anda tidak  berkemampua untuk 
menguruskan perkara2 tersebut. Jika ditakdirkan, itu  jodoh, maka bersedialah dengan mental dan 
fizikal untuk mengurus  rumahtangga
 Begitu juga, semasa musim perayaan. jangan harap anda dapat beraya  dengan sanak saudara jika 
isteri/suami anda seorang doktor. Sebagai  seorang doktor, isteri/suami perlu bekerja di hospital 
manakala anda  mungkin beraya berseorangan ataupun bersama2 dengan anak.
 Bukan anda sahaja perlu memahami tetapi mungkin juga keluarga anda. Jika tidak, rumahtangga 
yang dibina mungkin rosak binasa
sumber : CORETANKU :)
--------------------------------------------------------
ok..whatever it is dear..
take this as a challenge..
Allah suka kepada hamba-Nya yang sanggup berkorban demi kemaslahatan orang lain..
you gonna be a doctor soon boy ! A REAL TALENTED AND DEDICATED MUSLIM DOCTOR :) !!! ..
AMIN !!









