Thursday, March 31, 2011

DOES BEING A DOCTOR IS REAL HARD?

assalamualaikum ..

ok, now i gonna start thinking thoroughly..

and consider everything including the one deep in my heart and mind..

well, haiqal, do you know much about being a doctor?


hey boy, being a doctor is real hard okay !! 

so, are you sure you wanna go through this young man? 










Kerjaya Seorang Doktor

Doktor adalah nama glamor manakala pegawai perubatan adalah nama jawatan yang diberikan 

kementerian kesihatan. Terkini, kerajaan telah memberikan pelbagai insentif menarik kepada doktor.

Untuk yang bergraduat dengan jayanya sebagai pelajar perubatan maka dilantik sebagai pelatih

pegawai perubatan berjawatan UD41. Proses yang perlu dilalui ialah 2 tahun.

Selepas 2 tahun, seseorang pelatih akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD44 secara automatik. 

 Manakala genap sahaja perkhidmatan sebagai pegawai perubatan selama 3 tahun selepas 

perlantikan UD44, automatik akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD48.

Selepas 5 tahun berada pada pegawai perubatan UD48, seseorang akan dilantik terus secara 

automatik kepada UD52 dan selepas 5 tahun akan terus dilantik ke jawatan UD54.

Pelajar-pelajar perubatan yang lulus dengan jayanya, kerjaya sudah sedia menanti. Tiada istilah 

pengangguran dan kesusahan mencari pekerjaan bagi pelajar2 perubatan.

Benarlah kata orang2 di zaman saya, belajar susah, kerja senang jika belajar senang maknanya 

susah lah nak dapatkan pekerjaan.

Dengan peluang kerjaya dan prospek kerjaya menarik, ramai mungkin tidak sedar betapa sukarnya 

menjadi seorang doktor atau pegawai perubatan.

Walaupun tugas seorang doktor adalah tugasan mulia, insyallah mempunyai pahala yang besar jika 

ikhlas bekerja tetapi cabaran menanti juga besar. Antara cabaran yang menanti:

Cabaran di Hospital

Cabaran yang menanti seseorang doktor bermakna mereka bertarung untuk menyelamatkan nyawa 

manusia. Dalam tugasan tersebut, ada yang kurang faham menyebabkan kes saman menyaman 

berlaku ke atas seseorang doktor.

Cabaran yang kedua, kekurangan doktor menyebabkan ada doktor yang tidak berminat dalam 

bidang tertentu terpaksa berkhidmat dalam jabatan yang mereka kurang minat. Ini menjejaskan 

prestasi mereka dalam melakukan sesuatu displin

Cabaran yang ketiga ialah oncall berselang sehari hingga tiada ruang rehat untuk diri sendiri. Oncall 

bermakna seseorang doktor perlu bertugas selama 24 jam di hospital.

Cabaran yang keempat ialah persatuan doktor yang tidak kuat untuk membela nasib para2 doktor di 

sektor awam. Ini kerana kebanyakkan penyandang utama persatuan doktor adalah doktor yang 

berkhidmat di sektor swasta.

Cabaran yang kelima berkaitan dengan pentadbiran hospital yang tidak pandai mengurus kedudukan 

doktor2 di hospital seperti tidak boleh membezakan jabatan mana yang lebih utama. Contohnya, 

jabatan kecemasan dan kemalangan hanya ada 1 orang doktor berbanding dengan jabatan 

perubatan yang mempunyai 5 orang doktor.
 
Masalah ini terjadi bilamana jabatan kecemasan dan kemalangan tidak mempunyai pakar dalam 

bidang tersebut manakala jabatan perubatan mempunyai pakar dalam bidang terbabit. Namun, jika 

dilihat secara kasar dan halus sudah tentu jabatan kecemasan dan kemalangan sepatutnya diberi 

keutamaan.

Cabaran di Rumah

Berkahwin dengan seorang doktor memerlukan suami/isteri yang perlu memahami. Usah bermegah 

kerana isteri/suami seorang doktor kerana kadar penceraian bagi kerjaya ini adalah tinggi.
 
Seorang doktor perlu berkhidmat 24 jam sehari, perlu dipanggil bilamana berlaku kecemasan, ada j

juga perlu berkhidmat selama 7 hari seminggu di hospital bila mana keadaan memerlukan.

Maka untuk suami, sanggupkah anda menjaga anak  kerana kerjaya isteri anda seorang doktor. 

Sanggupkah anda menyedia dan mengurus rumah tangga sepanjang ketiadaan isteri anda. Maka 

anda adalah seorang ayah/ibu kepada anak2 anda.

 Usah bercita-cita untuk mengahwini doktor jika anda fikir anda tidak berkemampua untuk 

menguruskan perkara2 tersebut. Jika ditakdirkan, itu jodoh, maka bersedialah dengan mental dan 

fizikal untuk mengurus rumahtangga

 Begitu juga, semasa musim perayaan. jangan harap anda dapat beraya dengan sanak saudara jika 

isteri/suami anda seorang doktor. Sebagai seorang doktor, isteri/suami perlu bekerja di hospital 

manakala anda mungkin beraya berseorangan ataupun bersama2 dengan anak.

 Bukan anda sahaja perlu memahami tetapi mungkin juga keluarga anda. Jika tidak, rumahtangga 

yang dibina mungkin rosak binasa

sumber : CORETANKU :)
--------------------------------------------------------
ok..whatever it is dear..

take this as a challenge..

Allah suka kepada hamba-Nya yang sanggup berkorban demi kemaslahatan orang lain..

you gonna be a doctor soon boy ! A REAL TALENTED AND DEDICATED MUSLIM DOCTOR :) !!! ..

AMIN !!


6 comments:

farhan said...

huhu.....sangat menarik ....mcm tkot plak nk amek medic niew...pape pon kene yakin kan...

Haiqal Hazwan said...

terima kasih cik farhan..

yeah..pepon yg kita bt..mesti niat kan kerana allah..ikhlaskan utk beribadah kepada-Nya :)

NAF said...

slm,commenting on your post again^_^
honestly,the more i read your blog,the more i realize that we have some similarities~
i love kpop too,a fan SJ,SHInee,B2ST and BB,a bit U-Kiss too~
(some of my friends thought i'm weird,a `skema' girl but loves kpop so much)
not so many malay boys want to take medic as their option,once in a blue moon,i think because most of them prefer engineering~
and i'm quite suprised when i read that you prefer cardiology because that is my option too~
i hope we can become friends,i don't have any malay friends who want to take medic~
NAF is my initial,i'm Nur Awatif Fatini,by the way and you can call me Awatif or Fatin^_^

Haiqal Hazwan said...

yeah3 !!

i was really delightful to have as

many kpopperz as my friends..

baru la b2st nak ceciter..haha..

yeah..i really desired cardiology..

hope one day, we'll met yeah !

NAF said...

haha,yes!i prefer to have as many kpopperz as my friends too~
you are really a fan of dongwoon,eh?
in B2ST,i'm a fan of yoseob and hyunseung~
in SJ, my top bias are sungmin and kyuhyun~
have you watched B2ST Mystery MV?
i think that mv was so hilarious,dongwoon was so funny with that indian costume~
and,yoseob looked like a girl when he wore a wig~

Haiqal Hazwan said...

haha..

i'm kyuhyun fan too :P

MYSTERY ? yesss..

i laugh a lot but i quite dislike

their fashion in it :P