Saturday, April 23, 2011

SM SAINS JOHOR : SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Assalamualaikum..


i would like to express my gratitude and a warmth greeting of congratulation to my alma mater

SM SAINS JOHOR for the success of becoming one of the 146 sekolah kluster kecemerlangan in Malaysia..

after this, we'll strive to become a SBT okay ! 

Majulah, majulah sekolah yang tercinta !

 -------------------------------
*FULL REPORT CREDIT TO ---->  MYNEWSHUB.COM

30 Sekolah Diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlangan


PUTRAJAYA -  Sebanyak 30 buah diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan dalam satu majlis
pengiktirafan di sini hari ini.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Sains Sabah, Sekolah Menengah Sains Johor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping, Perak.

Sekolah rendah yang mendapat pengiktirafan tersebut pula ialah Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Perak, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka, Sekolah Kebangsaan Agama Miri, Sarawak, Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Mantob, Sabah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pengiktirafan tersebut sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di negara ini.

“Apa yang dirancang oleh kementerian melalui pengiktirafan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama menjelang tahun 2020.

“sekolah kluster kecemerlangan bukan sahaja cemerlang dalam pengurusan dan pencapaian sekolah tetapi ia mempunyai kebitaraan akademik dan kokurikulum yang berupaya mewatakkan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pengiktirafan sekolah kluster kecemerlangan Fasa 4 bagi tahun 2011 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Ghafar berkata, bilangan sekolah kluster kecemerlangan di negara ini akan bertambah kepada 300 buah menjelang tahun 2015.

Menurutnya, bilangan sekolah kluster kecemerlangan yang ada pada waktu ini ialah sebanyak 124 buah termasuk dikawasan luar bandar dan pihaknya optimis dapat mencapai jangkaan tersebut.

Tambahnya, pengiktirafan sebagai sekolah kluster kecemerlangan juga memastikan sekolah luar bandar tidak tercicir dariapda menerima faedah pembangunan pendidikan di negara ini.
-------------------------------

p/s : really proud to be an ex-SMSJ , the author even used SMSJ badge on top of the report ! :)

2 comments:

Anonymous said...

wahhh..
semalam SMSJ masuk paper..
huhuuhu..:D

Haiqal Hazwan said...

hehe.

ye ker?

paper ape?

ceciter :)