Friday, May 27, 2011

ONCE UPON A TIME : SM SAINS JOHOR ( PART 2 )

Assalamualaikum.

Yeah ! Kita sambung balik ye celoteh Part 1 sebelum nih :) 



Sebelum tu, credit to those yang dah baca Part 1 dan memberikan respons yang sangat memberangsangkan ! Teruja you ! A big thanks to those yang dah betulkan my minor mistakes too especially the Taman Berjaya part and the Solat Jumaat thing. HAHA. Rasa lawak gila bila baca balik Taman Berjaya tu . I was like "WTH ???", does Taman Berjaya ever exist at Kluang ? HAHA.. 

Okay, kita dah tengok the main infrastructure kat SMSJ kan? So, now, let us move on to the life at SMSJ itself. Kyaaaaaaaa~ Mesti korang nak tau sangat kan pasal life korang once you enter this school ? HEHE. 

Let's go ! 



----------------------------------

PAGI 

Okay, korang akan bangun awal pagi. What I mean with "pagi" is before 7 AM. HAHA. Actually akan ada siren bunyi kuat gila nak mati sampai nak pecah eardrum pukul 6 AM. So, itulah waktu paling suitable nak bangun dari tidur korang. Tapi, kalau dapat bangun lagi awal lagi best ! Nanti toilet kosong je. Tapi kadang-kadang aku bangun lambat jugak bila dah senior sikit. Masa still junior tu, mahu aku bangun lambat lambat? Pukul 5.30 AM toilet dah penuh woooo ! Lepas mandi, and siap berpakaian sekolah, korang pergi lah sembahyang Subuh berjemaah kat Surau. Pakaian sekolah kat SMSJ sama je dengan sekolah menengah lain baik boys mahupun girls. Yang lain bila korang dah jadi prefect or librarian. Kalau tak pakai yang sama je. 
After balik dari surau, kalau korang belum siap pakai betul betul, bolehlah naik balik salin baju. Kalau dah setel, turun lah breakfast kat DSB. DSB biasa pukul 6 dah bukak and kalau kau sampai awal, cawan gerenti banyak gila , so nak ambil air memang senang. Hostel mesti dikosongkan before 6.50AM kalau tak silap aku lah. Warden pun akan bunyikan "healer" ( tak tau nama benda alah ni) HAHA and buat announcement. Gate hostel akan dikunci mulai 7.10AM. Nasib kaulah terkunci dalam tu. :p

*APA NAMA BINATANG NI EK?*



Announcement yang akan korang dengar : 

" Attention to all Sc Johore students, please leave your hostel and proceed to your respective classes right now" 

Ni announcement warden, time aku Cikgu Ma
jid : 

" Para pelajar tinggalkan asrama sekarang...tinggalkan asrama sekarang..." HAHA..sebutlah dengan nada Cikgu Majid yang unik tu :) HEHE. 

After 6.50AM, nanti naiklah para prefects sambil pegang kertas dan pen nak tulis nama budak lambat atau "late-comers". Nasib baiklah kalau takde PK Hem, boleh la buat taktau je kat prefect tu. Kalau nasib tak baik ada PK HEM, time aku Cikgu Basir, please beware ! DSB pun sama, kena kosongkan before 7AM. Kalau tak, nasib yang sama akan menimpa korang bila PK HEM ada. Nasihat aku, bangun awal, siap cepat, breakfast cepat and terus masuk kelas. InsyaAllah, tenteram pagi kau :) 

PERHIMPUNAN RASMI 

Okay, andaikan hari ni hari Isnin, Rabu atau Jumaat. So, hari hari tu ada assembly tau ! Semua assembly adalah rasmi, bak kata PK Pentadbiran iaitu Cikgu Khai masa zaman aku, so assembly akan dijalankan secara formal. Assembly hari Isnin paling common, buat kat DSK. Kadang-kadang duduk kat kerusi, kadang-kadang berdiri. Aku tak suka berdiri sebab penat dan kaki lenguh. Tapi, aku tak suka duduk jugak sebab nanti tertidur dari awal sampai akhir. HAHA. Kalau assembly hari Rabu petang biasanya assembly Koko. Kalau assembly Koko sure sure boring sebab dewan sangat bising sampai kau tak boleh dengar cikgu cakap apa. Tapi, kau janganlah tambah lagi kebingitan dewan tu. Nanti cikgu marah. Hari Jumaat pulak, ada assembly kat depan DSB. Ni assembly biasa biasa je. Takde benda penting sangat. Time aku Form 5 dulu, setiap hari Jumaat akan ada program CV or Curricular Vitae, nama ni tak rasmi pun tapi sebab budak batch aku selalu sebut, lama lama dah jadi term rasmi pulak .HAHA. Program ni tak penting sangat untuk student selain Form 5 kot. Entahlah. Cakap cakap kat depan public pasal cita cita kau and impian kau dalam English...what ever lah. Di akhir assembly tu pulak nanti, akan ada spotcheck bagi lelaki dan perempuan. Kalau lelaki biasa check rambut. Kalau perempuan sampai sekarang aku taktau sebab aku nampak diorang selak-selak kain..oopppss....aku tanya girls pun aku malu . HAHA. 

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P) 




Okay, commonly korang masuk kelas pukul 7AM. Pastu buat lah apa yang patut dalam kelas tu, duty sapu kelas ke, nak siapkan homework ke, nak tidur ke, suka hati kau. Tapi pukul 7.15AM akan ada prefect buat announcement baca doa. 

Announcement yang akan korang dengar : 

"Attention to all Muslimin and Muslimat of SM Sains Johor, please Amin the supplication. Bismillahirahmanirahim......." 

Habis je doa tu, bermulalah P&P korang. Duration kelas tak boleh cakap secara general sebab lain lain sampai aku pun mula mula pening. 

Untuk Form 1, Form 2 dan Form 4 : 

ISNIN , SELASA = 7.15AM - 1.10PM, sambung 2.05PM-4.00PM 
RABU, KHAMIS = 7.15AM - 2.10PM 
JUMAAT             = 7.15AM - 12.05PM 

Untuk Form 3 dan Form 5 : 

ISNIN - KHAMIS = 7.15AM - 2.10PM 
JUMAAT               = 7.15 AM - 12.05PM 

Korang akan ada waktu rehat yang tetap iaitu : 

LOWER FORM = 9.50AM-10.10AM
UPPER FORM = 10.10AM-10.30AM 

Rehat kalau rasa lapar sila pergi ke kantin, kalau malas, tak payah lah pergi. HAHA. Tapi hari Jumaat best, sebab DSB bagi makan masa rehat. Tapi menu sama je, nasi goreng + air teh. T_T 

TENGAH HARI 

Kalau hari hari biasa, lepas habis kelas, korang boleh terus pergi DSB untuk lunch. Sumpah cakap kau, time nih DSB memang sesak gila sampai boleh roboh tau. Tapi, kalau korang tangguhkan niat nak makan then pergi solat Zuhur kat surau dulu, insyaAllah, dipermudahkan untuk makan nanti sebab DSB dah kosong. Tapi janganlah lambat lambat sangat datang, nanti lauk habis. HEHE. After makan, sebenarnya tak boleh naik hostel tau, tapi ada je yang naik. Korang budak baik kan? So, korang terus lah pergi surau or terus pergi kelas. Lepak-lepak dulu baru sambung belajar or buat homework. Waktu prep petang mula pukul 3PM sampai 4.30PM, so dalam masa tu, korang siapkan lah homework. Aku suggest tak payahlah belajar time time macam ni sebab gerenti tak masuk otak punya. Lainlah kalau ada class or cikgu memang nak buat tuisyen, kena pergilah. Prep wajib pergi. Jangan sampai cikgu or prefect jumpa kau ponteng or escape prep. Memang maut. :P  

Announcement yang akan didengar : 

"Perhatian kepada semua pelajar SM Sains Johor, sila tinggalkan asrama dan bergerak ke kelas masing-masing sekarang juga" 

PETANG 




Petang adalah time paling heaven sekali ! Serius ! Petang lepas habis prep, akan ada minum petang kat DSB.Then,  korang boleh pergi riadah puas puas. Pergi lah main bola ke, hoki ke, badminton ke, ragbi ke. Kalau korang malas sangat nak main main benda tu, korang jalan jalan lah keliling sekolah. Since riadah wajib, korang tak boleh ada kat hostel. Kena turun jugak ! Bawaklah tali skipping, batu seremban ke, guli ke main kat mana mana kawasan lapang. Kalau malas jugak, korang duduk je lah kat bench yang bersepah kat sekolah tu. HAHA . Waktu riadah ialah dari 5PM sampai 6PM . No excuses after 6.15PM. Korang tak boleh terus bermain melebihi had masa tu walaupun aku tahu korang kalau dah main games tu memang tak ingat dunia. HAHA. Nanti warden akan bunyikan healer ( alah, benda yang boleh cakap kuat ala-ala mikrofon tu) suruh korang naik. 

Announcement yang akan korang dengar : 

"Perhatian kepada semua pelajar SM Sains Johor, sila tinggalkan asrama dan bergerak ke tempat riadah masing-masing" 

Warden pulak cakap : 

"Naik ! Naik ! Naik !" ... HAHA...tak ingatlah cikgu cakap apa..ada siapa siapa ingat ? 

Korang kalau naik lambat, mandi memang kena tunggu turn. Korang pandai pandailah cop toilet tu guna baldi, gayung or segala benda yang menunjukkan korang nak guna tempat tu. Kalau awal, memang best sebab air laju, orang pun tak ramai..tak payah tunggu lama lama. Tapi kalau lambat, air keluar nak tak nak je lah. Pastu korang mandi pun ala kadar je :P HAHA.. 

After mandi, dah siap pakai baju nak solat semua, korang turun dinner kat DSB tau ! Sama macam lunch, kalau korang lambat, memang panjanglah Q..dan begitulah sebaliknya. 

MAGHRIB 

Korang lepas dinner, terus pergi surau. Pastu duduk lah diam diam tunggu sampai azan maghrib, then solat jemaah sama sama. Kalau hari hari biasa dan Ahad, lepas maghrib ada baca Maathurat. After that, korang kena pergi kelas untuk prep malam. Kalau hari Khamis, Jumaat dan Sabtu biasa ada program lepas Maghrib sementara menunggu waktu Isyak. Lepas Isyak baru korang pergi prep. Hari Khamis ada bacaan Yassin, Jumaat baca Quran dan Sabtu ada ceramah. 



MALAM 

Prep malam memang wajib setiap malam kecuali hari Sabtu. Prep malam waktunya : 

ISNIN-RABU, AHAD = 8.00PM - 10.15PM 
KHAMIS,JUMAAT = 9.00PM - 10.30PM 

Masa prep malam korang pandai pandailah nak study ke, nak buat homework ke. Biasa Form 3 dan Form 5 ada tuisyen. Prep malam ada rules yang unik iaitu "4 NO's" : 

NO TALKING
NO WALKING
NO SLEEPING
NO __________? ( lupa lagi..standing kot..:P ) 

Kelas junior akan ada prefect jaga. So, korang belajar lah senyap senyap kalau tak nak kena tulis nama :) 

Bagi menandakan tamatnya waktu prep malam, prefect akan baca doa sekali lagi. Announcement nya lebih kurang je macam doa pagi2 tu tapi ada tambah satu lagi : 

"Attention to all Muslimin of SM Sains Johor, please proceed to Surau Al-Ikhsan right now."

Prep habis je, korang boleh terus pergi solat kalau belum solat kat surau. Kalau dah, korang boleh pergi DSB untuk supper. Boleh pergi kantin jugak kalau nak. Buat lah apa yang patut sebab nanti kena tutup lampu pukul 11.30PM  atau istilah nya "lights off" 

Announcement yang akan didengari : 

"Attention to all Sc Johore students, please switch off your dormlights right now" .

Make sure korang tutup lampu kalau tak kena marah nanti dengan warden. Maku sure jugak bilik korang bersih and tak macam tongkang pecah sebab nanti cikgu akan buat suprise kat korang malam malam :) HEHE.

The same goes on over and over again 24/7...Tapi Sabtu and Ahad lain sikit lah..

SABTU 

-ada prep pagi ( 8AM -12PM ) 
-ada outing ! 
-takde prep malam
-parents boleh datang lawat 

AHAD 

-ada prep malam tapi takde prep pagi 
-parents boleh datang lawat
-boleh outing dengan parents 
-hari paling relax ! 

Lebih kurang macam tu lah jadualnya. Aku nak highlight jugak kod pemakaian bagi waktu waktu tertentu : 

BOYS 

P&P = Pakaian seragam sekolah biasa 
RABU = Pakaian khas unit beruniform 
PJK = baju sukan rasmi SMSJ 
JUMAAT = Baju Melayu putih + samping sekolah + songkok 
PREP MALAM = Baju Melayu tak kesah warna apa + songkok + samping
PREP PAGI = Baju berkolar + slack + kasut sekolah 
OUTING = Baju korporat or batik + slack + kasut sekolah

GIRLS 

P&P = Pakaian seragam sekolah biasa 
RABU = Pakaian khas unit beruniform
PJK = baju sukan rasmi SMSJ
PREP MALAM = Baju kurung + tudung + sandal 
PREP PAGI = Baju kurung + tudung + sandal 
OUTING = Baju korporat or Batek + tudung + kasut sekolah 

Hurm ..apa lagi nak letak ek ? Takde idea dah...penat jari menulis nih ! Before that, aku nak mintak maaf kalau ada info yang aku bagi tu salah or what sebab aku refer ikut pengalaman aku 5 tahun kat SMSJ tu. Please help me to improvise this post sebab motifnya nak bagi gambaran kat junior junior yang nak masuk SMSJ nanti :) 

See you at Part 3. Pastinya menjanjikan sesuatu yang lebih hebat :) 





ONCE UPON A TIME : SM SAINS JOHOR ( PART 1 )

Assalamualaikum.

Hurm, daripada aku buang masa tak buat benda yang tak berfaedah sementara menunggu 28 Jun nak register kat KMB nanti, lebih baik aku blogging kan ? Ye lah, nak revise balik buku Kimia, Biologi , Add Math and segala bagai lagi memang aku tak mampu lah. Kalau aku menghadap 24 jam pun buku tu, tak ada maknanya pun sebab nanti aku blur, then stress then hilang mood. So, serupa tak payah kan ?

Disebabkan aku ni terlalu curious dan diri aku nih dipenuhi anxiety yang terlampau nak tahu kalau boleh everything pasal KMB dan IB nih, aku pun rajin-rajinkan lah diri aku nih surf Internet, google segala benda untuk mencari info pasal 2 benda tu. And yet, dengan usaha gigih yang tak mengenal jemu tu, aku pun berjaya lah mengumpul sedikit sebanyak gambaran tentang IB dan KMB. Selebihnya, kita pergi dan tempuhi sendiri ya !

Aku surf banyak blog senior tak kiralah senior KMB atau senior SMSJ atau yang sewaktu dengannya. Semua mesti ada cerita pasal KMB, pasal Universiti tempat dia belajar so that boleh dijadikan panduan kepada adik-adik yang akan melangkah ke alam pengajian tinggi . Untungnya ada senior macam tu kan ?
Tapi sayang seribu kali sayang, tak pernah pun aku nampak ada blog yang promote sekolah menengah or sekolah rendah masing-masing. Ye lah kan, sekolah rendah tu maybe acceptable lah. Siapa je lah yang nak tau pasal sekolah rendah kau kan? HAHA.

This time, aku nak cerita sikit lah pasal sekolah menengah aku. Sebagai seorang bekas warga SBP, of course lah banyak sangat pengalaman berharga yang boleh aku share dengan korang semua. Paling tidak pun, maybe boleh dijadikan panduan oleh adik-adik yang mana tahu kan, baru lepas UPSR and nak sambung masuk SBP. Jangan main-main tau, budak zaman sekarang dah bijak IT semuanya, baru darjah 4 pun dah ada blog tau. Even blog dia lagi class dari aku tau ! So, mana lah tau korang runsing kot kot dapat tawaran sambung belajar untuk Tingkatan 1 or Tingkatan 4 ke SM SAINS JOHOR. Please do not hesitate to accept the offer ! Seriously !

So, let us move on to the story .

*WARNING : CERITA KAT BAWAH NI MAYBE SANGAT BIAS KEPADA SM SAINS JOHOR*



----------------------------

LOKASI SM SAINS JOHOR 





Alamat SMSJ memang macam tak spesifik kan. Tapi sekolah ni sebenarnya terletak dalam kawasan perumahan. Taman Bersatu kalau tak silaplah. So, memang tersorok sikit sebab bukan dekat main road kan. Tak kisah pun sebab ada macam-macam jalan korang boleh discover untuk masuk SMSJ ni. Dekat jalan besar pun ada signboard so, possibility untuk sesat adalah sangat sedikit. Sekolah ni bolehlah dikategorikan sekolah bandar sebab dalam kawasan bandar. Mulanya sekolah ni atas bukit tapi lepas tarah dan tarah dan tarah lagi, dah sama tinggi je dgn kawasan lain. Sekitarnya memang nampak rumah-rumah je tapi ada jugak kawasan yang masih dikelilingi belukar dan semak samun. Sekolah ni takdelah besar sangat area nya. Kalau tengok dalam gambar satelit, macam bentuk petak pun ada. Tapi overall, ok je. Kondusif lah untuk hidup 5 tahun :)


HOSTEL

Blok hostel ada 4 blok. 2 untuk boys dan 2 untuk girls. Blok A dan Blok B untuk BOYS. Block C dan Block D untuk GIRLS. Jangan risau sebab korang tak payah jalan jauh nak ke blok sekolah sebab jalan kaki tak sampai berapa langkah korang dah sampai kelas. HAHA. Bilik akan ditentukan mengikut rumah masing-masing. Which means, kalau korang masa daftar dapat rumah kuning (SURIA), so automatically korang akan duduk dorm SURIA. Kiranya kawan-kawan satu dorm tu semua budak SURIA lah. Satu blok ada 4 tingkat. Biasanya junior duduk tingkat atas sekali. Biasanya setiap aras atau "floor" akn diduduki oleh certain batch. Maksudnya, takdelah sebelah dorm Form One ada dorm Form Five. Kira semua satu floor tu sebaya lah. Tak tinggi mana pun, so tak payah lah nak ngada-ngada nak gayat lah, fobia ketinggian segala bagai. Satu dorm akan ada 8-10 orang depends pada keluasan bilik. Katil double decker . Locker sorang sebijik. Locker memang besar. Ada dua pintu. Banyak compartments sampai tak terisi semua compartments tu. So, tak kisahlah nak bawak barang sebanyak mana pun yang penting korang pandai kemas locker. Toilet pulak ada kat hujung setiap floor. Ada toilet kecil and ada toilet besar. Toilet kecil ada 3 jamban, 3 shower cube dan 3 sinki. Tandas besar pulak ada 7 jamban, 6 shower cube and ada tempat basuh baju. So, tak ada alasan lambat sebab tak de tempat nak mandi padahal memang semuanya cukup untuk korang. Kecuali korang mandi lambat, air memang keluar sikit je lah. Mandi kambing je lah :P

*BILIK TV HOSTEL BOYS*


*HOSTEL BOYS BLOK B*



* BLOK BARU  HOSTEL GIRLS - masa nih tgh construction, sekarang dah siap, tahun kedua diduduki :)*


*HOSTEL GIRLS BLOK C*



DOBI 

Yeay ! Kat SMSJ ada dobi service tau ! Yang handle masa aku dulu Cikgu Shamzul dan family tapi sekarang tak tau lah masih dia lagi ke tak. Dobi ada kat laman belakang hostel boys. Ada satu bangunan kecil ala-ala rumah kampung yang penuh dengan ampaian, hanger, penyepit baju dan bakul dobi. Ha, bakul dobi is povided for each dorm. Satu dorm dapat satu bakul dobi . Bukan sorang satu tau ! Korang akan ada turn untuk hantar dobi dalam seminggu tu. Zaman aku dulu satu dorm maksimum hantar 2 kali seminggu. Ikut jadual tau. Kalau korang main hantar sebarang je, gerenti tak basuh.Hantar dobi setiap petang before pergi solat maghrib. Kalau lambat, cikgu tak layan . Hantar tak kisahlah nak kasi penuh sebakul sampai melimpah pun takpe, nanti cikgu basuh punya. Tapi semput lah nak angkat kan ? HAHA. Korang boleh pilih nak jemur sendiri or dry clean. Kalau dry clean lambat sikit lah dapat collect. Tapi kalau korang nak jemur sendiri, lepas basuh cikgu akan longgokkan bakul dobi korang kat luar then after prep malam dah boleh collect. Sidailah dekat bilik sidai or ampaian sebelah dobi tu. Tapi , risiko kena curi, jatuh, diterbangkan dek angin, semua tanggung sendiri ya !

KEDAI GUNTING RAMBUT.

HAHA. Ni satu lagi feature yang unik kat SMSJ. Kat hostel boys blok B, akan ada satu room khas untuk gunting rambut tau. Setiap petang akan ada pakcik datang untuk gunting rambut. So, kalau korang rasa rambut tu panjang and tak nak kena denda masa spotcheck rambut, better berkunjunglah ke sini selalu ye ! Bayarannya dah include dalam yuran yang korang bayar awal-awal tu. So, tak sama macam kedai gunting biasa, habis gunting kena bayar, yang ni korang habis gunting, rekod nama je dalam buku pastu blah lah. Tapi yang lecehnya, cuma ada sorang je pakcik tukang gunting and yang nak digunting pulak lebih sedozen, so, datanglah awal-awal ye cop tempat !

DEWAN SRI BUDIMAN



Dewan makan SMSJ atau kami panggil DSB merupakan tempat budak-budak SMSJ yang memang sentiasa kelaparan menjamu selera. Interior dewan ni nak cakap macam mana ek ? Hurm, kalau korang suka tengok Harry Potter, dewan dia ala-ala dewan makan kat Hogwarts tu. HAHA. Meja memang susun panjang-panjang. Korang akan duduk ikut batch. Tak boleh suka suka hati duduk kat tempat batch lain tau ! Lelaki perempuan pun ada bahagian masing-masing, so jangan gatal-gatal nak duduk campur lelaki perempuan. Ni SMSJ bukannya Lim Kok Wing okay ! HAHA. Makan macam biasa, ambil pinggan, ceduk nasi dalam bekas, then Q lah untuk ambil makanan. Biasa kalau breakfast, tea break or supper makcik2 DSB dah prepare awal-awal. So, datang terus ambil je kat kaunter tu. Tapi kalau lunch ngan dinner, mintak maaf lah, memang kena beratur. Sampai kaunter, baru makcik2 akan cedukkan lauk.Masa ambil lauk tu, korang boleh negotiate ngan makcik2 nak ayam bahagian dada ke, nak kuah lebih ke, nak ambil 2 buah ke, semua bergantung kepada budi bicara sendiri. Tapi aku selalu je buat. Sampai makcik tu tau aku tak makan seafood. HEHE. Air pulak kena rajin basuh cawan sendiri and ambil sendiri. Kalau macam aku, aku malas nak basuh cawan, aku mintak je air kawan-kawan yang rajin ambil air tu. HAHA. Makan 5 kali sehari ya ! Breakfast, lunch , tea break, dinner and supper. Sedap ke tak ? Hurm, tu bergantung kepada selera masing-masing. Macam aku, aku bolehlah telan. Kadang-kadang habis, tapi kadang-kadang tak jugak. Lepas habis makan, buang segala sisa tu dalam tong sampah and tenggekkan je kat tempat basuh pinggan tu. Nanti pakcik2 DSB yang basuhkan. Korang tinggal basuh tangan sendiri je :)

SURAU AL-IKHSAN



Surau ni besar . Besar sampai hakikatnya boleh buat tempat solat Jumaat. Tapi tak dapat kebenaran nak solat jumaat kat sini bila tak cukup syaratnya. Apa syaratnya ek ? Oh, aku tak ingat ! Surau ni ada bahagian lelaki dan perempuan. Tapi bahagian lelaki lebih besar daripada perempuan. Solat berjemaah wajib bagi waktu Maghrib dan Isyak dan digalakkan bagi waktu-waktu yang lain. Tapi selalunya junior memang solat 5 waktu berjemaah kat sini. Kat sinilah, semua majlis keagamaan macam ceramah, sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Nuzul Al-Quran dijalankan. Kadang-kadang ada jugak usrah, perjumpaan atau budak-budak Qiamulail kat sini. Tapi kalau nak qiamulail kena bagitau pak guard dulu tau ! Perempuan cuma solat kat surau besar ni waktu Maghrib sahaja. Selebihnya dijalankan di surau Al-Hidayah di hostel girls.

*SURAU DARI LUAR*


* BAHAGIAN LELAKI *


*BAHAGIAN PEREMPUAN*



BLOK AKADEMIK & PENTADBIRAN 

*BLOK PENTADBIRAN-masa ni tgh construction, dah 2 tahun diduduki sekarang*



Blok akademik ada 3. Blok pentadbiran pulak ada satu. Dekat SMSJ, ada 3 Science lab, 2 Biology lab, 2 Physics lab dan 2 Chemistry lab. Selalunya kalau period SC, BIO, PHY or CHEM memang korang kena gerak ke lab2 tersebut. Cikgu jarang ajar subjek2 ni dalam kelas. Ada jugak Bilik Math, SAC, bilik tayang, bilik muzik, bilik e-media and macam-macam lagilah yang mana kebanyakan cikgu akan memilih untuk mengajar di bilik-bilik tersebut sebab ada air-cond. HAHA. Tapi ada jugak kelas. Classroom korang sama je macam classroom sekolah-sekolah lain. Satu kelas maksimum 30 orang tapi ikut jugak berapa bilangan pelajar dalam satu batch. Macam aku dulu, masa Form 1, ada 122 orang satu batch ( batch teramai masa tu) and satu kelas ada 30 orang. Ramai kan? Tapi ok je, sama je ramai ke tak, yang penting aku selesa nak belajar. Blok pentadbiran pulak ada bilik guru, pejabat, bilik kaunseling, library dan bilik mesyuarat. Yang ni bangunan baru bina and siap tahun lepas, so masa time aku tu, belum fully occupied lagi bangunan ni.

PADANG dan GELANGGANG 

* PADANG A *



Padang A SMSJ memang tiptop lah untuk main ragbi. Tapi takdelah sampai ada trek olahraga semua macam kat stadium tu. Ni sekolah lama der, mana ada semua tu. Padang bolehlah kata lua. Kira ada tempat main hoki, ada tempat main ragbi, ada tempat main bola sepak. ada jugak tempat main kriket. Kalau nak main volley ball or takraw, ada court kat sebelah boys hostel block A. Rasa nak main basketball or futsal ,ada  parcourse kat sebelah Dewan Sri Bakti ( DSBT ) . Girls boleh main basketball or netball kat hostel girls. Nak memanah ada venue kat Padang B. Rasa nak main tenis, boleh main kat court tenis SMSJ, ada 2 court tau ! . Nak main badminton, pergi je lah dekat dalam Dewan Sri Karyawan, ada court kat situ. Kalau rasa nak jogging je, boleh lah jogging keliling sekolah. Sekolah tak besar mana pun, kalau kau round keliling sekolah tu, ada lah dalam 600 meter. See, kecik je kan?

DEWAN SRI KARYAWAN

*KAWASAN HADAPAN DSK* 



Kami biasa panggil  DSK je. Ni lah dewan besar kami, tempat perhimpunan mingguan, taklimat, ceramah, seminar, bengkel dan segala bagai majlis diadakan. Tak besar pun actually, although nama dewan besar. Tak ada air cond pun so agak panas lah kalau dah ramai-ramai berhimpuan dalam tu. Kat foyer kiri dan kanan, ada ruang yang agak besar. Selalunya kalau ada pendaftaran or ambil result SPM, cikgu akan tunggu kat situ. Kalau waktu riadah pulak, selalu je budak2 zapin and taekwondo berlatih kat situ.

DEWAN SRI BAKTI



Ni taraf lecture hall or dewan kuliah lah dekat universiti. Kapasitinya lebih kurang maksimum 150 orang. Muat  lah kalau satu batch masuk. Memang best duduk dalam ni ! Masa aku nak periksa SPM, boleh kata hari-hari cikgu buat kelas kat sini. Kalau bukak air-cond, fuhhh..sejuk cakap kau ! Sedap buat tidur tau. Lagi-lagi kalau hujan, tak macam beku pulak korang. Kalau tak bukak air-cond nanti, tak macam kena panggang korang nanti. HAHA. Banyak seminar or mesyuarat peringkat negeri or daerah orang buat kat sini. Biasalah, the only school yang ada dewan kuliah kan ! Sekolah lain ada ? Takde.....

KANTIN / CAFETERIA



Yang ni memang tiptop ! Boleh kata memang tempat wajib budak2 SMSJ pergi. Sebab utama, nak rasa something yang lain daripada makanan DSB yang berulang-ulang tu. Alah, kantin ni pun balik2 makanan  sama jugak tapi still sedap beb ! Kalau time aku dulu, time rehat masa waktu sekolah, memang pergi kantin lah sebab lapar. Kalau malam pulak lepas prep, pergi sebab nak makan roti john or burger or nasi goreng pastu minum bandung arab. Air korang boleh order apa-apa je. I mean yang biasa biasa lah macam milo ais ke, nescafe ais ke. Janganlah order Carrot Susu ke, Tembikai Laici ke..tu memang melampau lah. Kitorang panggil makcik yang jaga kantin ni as "ibu" . Lama-lama, ibu pun dah boleh kenal kitorang semua. Muka muka kantin ! HAHA. Harga dia boleh lah. Berpatutan lah jugak. Tapi jangan asyik labur duit kat sini je. Nanti korang sendiri yang sengkek ! HAHA

KOPERASI

Koperasi ni taktau lah nak cakap macam mana. Korang datang tengok sendiri je lah :P

BENGKEL & BILIK KH

Kami ada jugak bengkel KH untuk kerja-kerja kayu or kerja paip. So, korang kalau belajar KH, mesti kena masuk lah bengkel ni punya. Okay, awal awal cakap, bengkel n memang tak cantik and nampak antik. Sebab dah lama. Same goes to the tools, semua dah old-fashioned tapi still boleh guna lagi . Silap-silap, korang kalau bukak wardrobe kat bengkel KH tu satu satu, boleh jumpa projek kerja kayu kitorang. HAHA. Bilik KH pulak ada satu je. Kat situlah korang belajar Perdagangan dan Keusahawanan. Kat situ jugaklah korang belajar menjahit dengan mesin-mesin menjahit yang ada. Tapi ada bilik masakan tau ! Khas untuk girls, sebab korang amik ERT, so, kena belajar masak . Kadang-kadang waktu budak budak ni belajar masak, boleh bau sampai ke luar. Macam-macam bau ada, hangit, tengik, masam...HAHA.

BANGUNAN TEKNOLOGI

Yang ni pulak khas untuk korang yang akan ambil subjek TK or LK, memang belajar kat sini lah. Kat sini ada bengkel pertukangan khas untuk budak yang ambil Engineering Technology dan builik khas yang selesa gila untuk budak yang ambil Engineering Drawing. Kadang-kadang kalau masa KH, kan ada belajar Lukisan Teknik tu, korang akan masuk sini jugak. Hurm, bangunan ni besar lah jugak. Tapi kadang-kadang creepy jugak malam-malam sebab facing padang :P

--------------------------------------

Okay lah, cukuplah tu untuk PART 1..memang aku nak cadang buat beberapa sequel so that korang tak bosan baca. Lagipun aku pun dah penat jari woooooo :P

PART 2 nanti kita cerita pasal PERATURAN DAN DISIPLIN DI SMSJ pulak :)

Thursday, May 19, 2011

KAEDAH MEMBAYAR KAFFARAH NAZAR

Assalamualaikum,

Okay, aku malas nak cerita panjang. Let just say yang aku gagal menyempurnakan nazar. 

Astaghfirullah ! Macam mana aku boleh terlupa ni !! 



Berikut merupakan penjelasan terperinci daripada individu yang lebih arif mengenai hal tersebut. 

Kepada sesiapa yang mengalami masalah seperti saya, silalah ambil perhatian . 

----------------------------

SOALAN : 

Saya pernah bernazar untuk lulus peperiksaan. Namun sehingga kini saya lupa nazar saya. Maka berpandukan kenyataan agar disedekahkan makan/pakaian kepada 10 orang miskin. Bagaimana kalau saya bersedekah kepada 10 anak yatim dalam bentuk pakaian? Bagaimana syarat untuk bersedekah baju itu dan bagaimana pula syarat untuk bersedekah makanan?

JAWAPAN :

Nazar maksudnya, anda mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib. (Mughni muhtaj, jld:4,hlm:354).

Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama setahun. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah menjadi wajib.

Nas al-Quran yang bermaksud: 

Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.(al-Haj:29).

Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib.

Manakala dalam surah yang Allah swt berfirman yang bermaksud: Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.(al-Insan: 7)

Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.

Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firmanya yang bermaksud: Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.(al-Maidah:89).

Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti berikut:

1- Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.
2- Memberi pakaian kepada 10 orang miskin
3- Memerdekakan seorang hamba
4- Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.

Adapun makan kepada sepuluh orang daripada makanan yang biasa kita makan atau makanan ruji sesebuah keluarga. Kebiasaannya memberi orang makan mestilah hidangannya sempurna, misalnya di negara kita sesuatu hidangan mesti dilengkapi dengan nasi, lauk dan sayur. Maksudnya hidangan yang lengkap dan mengenyangkan. Adapun cadangan saudara untuk memberi pakaian kepada 10 orang anak yatim adalah tidak tepat dan tidak terlepas dari menebus nazar. Ini kerana tidak semua anak yatim tergolong dalam golongan fakir miskin.

Dalam masa yang sama menjaga anak yatim dan kebajikan mereka tidak semestinya dengan bantuan tebusan nazar. Sebetulnya ialah saudara mencari 10 orang fakir miskin dan memberi mereka pakaian yang lengkap. Pakaian lengkap maksudnya seluar panjang dan baju, atau baju melayu sepasang atau baju melayu dengan kain pelekat. Kalau penerimanya perempuan maka hendaklah pakaian yang diberi itu boleh menutup aurat. 

Menebus nazar adalah tuntutan yang wajib ditunaikan, ia dikira ibadat kepada Allah SWT.

Justeru, setiap ibadah yang dilakukan kepada Allah SWT mestilah ikhlas dan jujur. Apa sahaja amalan yang dilakukan mestilah dibuat dengan sebaik mungkin dengan harapan ia diterima Allah SWT, jangan melakukan sesuatu ibadat seperti ” melepaskan batuk di tangga”, natijahnya Allah SWT tidak akan terima.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang bernazar hendaklah menunaikan nazar mereka dan bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa maka hendaklah ditebus nazar itu dengan melakukan salah satu dari kaffarah yang dinyatakan dalam surah al-Maidah.

---------------------------

Maka, wajarlah diingatkan di sini bahawa janganlah kita bernazar secara sambil lewa . Nazar bukanlah 

satu perkara yang boleh dibuat main main :P

p/s : Kenapalah aku boleh lupa yang aku bernazar ?

INTERNATIONAL BACCALAUREATE : HERE I COME !

Assalamualaikum.

A parody version of my favourite poem eversince SPM : 

THE ROAD NOT TAKEN by ROBERT FROST :) 

------------------------------

THE COURSE I TOOK by HAIQAL HAZWAN

Two courses diverged in a white LCD screen,

And sorry I could not choose both.

And be one student, long I thought

And looked ahead the first one as high as I could. 

To where it flew on the upper sky. 

* * * 

Then took the other, as just as fair, 

And having perhaps the better claim.

Because it was near to Mid Valley and wanted wear ;

Though as for that the passing there.

Had worn them really about the same. 

* * * 

And both that morning equally lay

In Facebook, no steps had trodden black .

Oh, I kept the first for another day 

Yet knowing where the pilots will lead my way,

I doubted if I should ever come back. 

* * * 

I shall be telling this with tears of joy.

Somewhere ages and ages hence: 

Two courses diverged on a laptop screen, and I -

I took the one less travelled by. 

And that has made all the difference. 

-----------------------

Ouhh IB, 

Do welcome me with a warm hug :) 


Wednesday, May 18, 2011

ALHAMDULILLAH : A GIFT FROM MARA

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, seperti biasa, aku akan terus update blog MICHIN0511 selagi boleh :) 

*pay attention to the phrase "selagi boleh* HAHA. 

Yeah, seperti mana yang sudah sedia diceritakan di post post yang lampau, dan juga telah diketahui umum, 

aku telah memohon biasiswa MARA bagi Program Ijazah Luar Negara bagi course Perubatan.

Interview telah usai aku sempurnakan pada 27 April yang lalu dan yang tinggal hanyalah menunggu bagaimana

agaknya keputusan daripada MARA. 



Ok, I admit that the interview was quite odd with the new format-spaghetti sticks and what so ever, 

but yet, I hoped I passed the criterias that MARA need. 

Waiting for the result was honestly, SUFFERING. 

Yeah, especially when all my JPA's friends had already knew theirs and we still kecuakan waiting for ours. 

Dan agak kelakar di situ when Syed cakap : 
" Razin dah siap siap packing nak pergi France, kita ni nak tau result keluar pun entah bila..." 
HAHA..sangat lawak ok ! 

And yet, it was memang like HELL bila at first, we waited anxiously in front of the PC at 5 PM on 16 May

for the results. 

*because MARA convincingly cakap result akan keluar pukul 5 PM on 16 May* 

Last last, tak ada langsung notis pasal the result at MARA's official website ! 

PFFFFTTTTTTT >< 

Sangat geram okay, we were like very DUPDAPDUPDAP waiting since the very morning man ! 

Then, aku dengan syed dan kawan kawan lain pun menyumpah seranah lah MARA dari evening sampailah

maghrib. HAHA.

Dan time tu jugalah aku melalut macam orang gila cerita pasal Teletubbies kat group DONT.

*NASIB BAIK ADA YANG LAYAN* :DD

Rasa macam kecewa gila sebab at least lah, in case MARA nak tangguh pun, PLEASE lah bagi notice or

announcement like what JPA did everytime they postponed the date. 

*I BET JPA'S KIDS LAGI SUFFER MENUNGGU KOT SEBAB 2 KALI POSTPONE :P* 

And again I like what Syed said before : 

"Harap berbaloi lah tunggu lama lama ni..kalau tak memang aku carut ar MARA"

 And yet, that night macam malas sangat nak online sebab dah tak ada mood langsung nak tau result. 

Tapi disebabkan mood Facebook-ing still meluap luap, aku on jugak lah PC. Then at about 8.30 PM 

something, Izhar suddenly IM aku suruh cek result sebab line dah buka.

OK ! THIS IS SCARY ! 

Serius, my adrenaline was pumped all throughout the blood vessels so fast even I can't captured a single 

heartbeat. !! 

*HUH, TERUK BETUL ANALOGY HEARTBEAT REGULATION MECHANISM NI !* 

I WAS LIKE "WHAAAAATTTTT !!!! IS THIS FOR SERIOUS ????"

I looked into DONT group and saw someone posted a MARA-related link on the group's wall. 

OK, let me try this .

And I started to click on the link. 

YES ! IT IS FOR REAL ! .

Bismillahirahmanirahim...

I entered my IC number to the given space and click the SEMAK icon.

Then, what happened ??? 

POOFFFFFFFF !!!!! JADILAH KOKO CRUNCH !! 

eh, tak adalah.

tiba-tiba my screen was prompted with this : 

-------------------------------


*CLICK FOR A BETTER VIEW* ( this is not untuk riak riak ok ! )
-------------------------------

ALHAMDULILLAH ! MY PRAISES TO ALLAH THE ALMIGHTY ! 

He never let his servant down because he knows the best :) 

And yet, it was IB. And it is at KMB.

Okay, memang dah agak dah kalau dapat, mesti kena buat IB kat KMB :P 

Lain kali kita cerita pasal IB kat post lain okay :) 

By the way, congratulations to all my friend yang apply MARA, especially to batch SPM 2010 SMSJ, TF5.

sebab semua yang apply dapat ! 

Bangga dengan kamu semua !! 

Paling penting, kat KMB aku ada kawan !! Yeay , ACAD and IZHAR.

Lebih unik, dua dua makhluk tu are my DORM MATES masa Form 5 dekat SMSJ dulu !!!! 

What a world :) 

P/S : Misi menyerang Ammar Adnan with questions regarding IB and KMB :DD !