Assalamualaikum.
Yeah ! Kita sambung balik ye celoteh Part 1 sebelum nih :)
Sebelum tu, credit to those yang dah baca Part 1 dan memberikan respons yang sangat memberangsangkan ! Teruja you ! A big thanks to those yang dah betulkan my minor mistakes too especially the Taman Berjaya part and the Solat Jumaat thing. HAHA. Rasa lawak gila bila baca balik Taman Berjaya tu . I was like "WTH ???", does Taman Berjaya ever exist at Kluang ? HAHA..
Okay, kita dah tengok the main infrastructure kat SMSJ kan? So, now, let us move on to the life at SMSJ itself. Kyaaaaaaaa~ Mesti korang nak tau sangat kan pasal life korang once you enter this school ? HEHE.
Let's go !
----------------------------------
PAGI
Okay, korang akan bangun awal pagi. What I mean with "pagi" is before 7 AM. HAHA. Actually akan ada siren bunyi kuat gila nak mati sampai nak pecah eardrum pukul 6 AM. So, itulah waktu paling suitable nak bangun dari tidur korang. Tapi, kalau dapat bangun lagi awal lagi best ! Nanti toilet kosong je. Tapi kadang-kadang aku bangun lambat jugak bila dah senior sikit. Masa still junior tu, mahu aku bangun lambat lambat? Pukul 5.30 AM toilet dah penuh woooo ! Lepas mandi, and siap berpakaian sekolah, korang pergi lah sembahyang Subuh berjemaah kat Surau. Pakaian sekolah kat SMSJ sama je dengan sekolah menengah lain baik boys mahupun girls. Yang lain bila korang dah jadi prefect or librarian. Kalau tak pakai yang sama je.
After balik dari surau, kalau korang belum siap pakai betul betul, bolehlah naik balik salin baju. Kalau dah setel, turun lah breakfast kat DSB. DSB biasa pukul 6 dah bukak and kalau kau sampai awal, cawan gerenti banyak gila , so nak ambil air memang senang. Hostel mesti dikosongkan before 6.50AM kalau tak silap aku lah. Warden pun akan bunyikan "healer" ( tak tau nama benda alah ni) HAHA and buat announcement. Gate hostel akan dikunci mulai 7.10AM. Nasib kaulah terkunci dalam tu. :p
*APA NAMA BINATANG NI EK?*
Announcement yang akan korang dengar :
" Attention to all Sc Johore students, please leave your hostel and proceed to your respective classes right now"
Ni announcement warden, time aku Cikgu Ma
jid :
" Para pelajar tinggalkan asrama sekarang...tinggalkan asrama sekarang..." HAHA..sebutlah dengan nada Cikgu Majid yang unik tu :) HEHE.
After 6.50AM, nanti naiklah para prefects sambil pegang kertas dan pen nak tulis nama budak lambat atau "late-comers". Nasib baiklah kalau takde PK Hem, boleh la buat taktau je kat prefect tu. Kalau nasib tak baik ada PK HEM, time aku Cikgu Basir, please beware ! DSB pun sama, kena kosongkan before 7AM. Kalau tak, nasib yang sama akan menimpa korang bila PK HEM ada. Nasihat aku, bangun awal, siap cepat, breakfast cepat and terus masuk kelas. InsyaAllah, tenteram pagi kau :)
PERHIMPUNAN RASMI
Okay, andaikan hari ni hari Isnin, Rabu atau Jumaat. So, hari hari tu ada assembly tau ! Semua assembly adalah rasmi, bak kata PK Pentadbiran iaitu Cikgu Khai masa zaman aku, so assembly akan dijalankan secara formal. Assembly hari Isnin paling common, buat kat DSK. Kadang-kadang duduk kat kerusi, kadang-kadang berdiri. Aku tak suka berdiri sebab penat dan kaki lenguh. Tapi, aku tak suka duduk jugak sebab nanti tertidur dari awal sampai akhir. HAHA. Kalau assembly hari Rabu petang biasanya assembly Koko. Kalau assembly Koko sure sure boring sebab dewan sangat bising sampai kau tak boleh dengar cikgu cakap apa. Tapi, kau janganlah tambah lagi kebingitan dewan tu. Nanti cikgu marah. Hari Jumaat pulak, ada assembly kat depan DSB. Ni assembly biasa biasa je. Takde benda penting sangat. Time aku Form 5 dulu, setiap hari Jumaat akan ada program CV or Curricular Vitae, nama ni tak rasmi pun tapi sebab budak batch aku selalu sebut, lama lama dah jadi term rasmi pulak .HAHA. Program ni tak penting sangat untuk student selain Form 5 kot. Entahlah. Cakap cakap kat depan public pasal cita cita kau and impian kau dalam English...what ever lah. Di akhir assembly tu pulak nanti, akan ada spotcheck bagi lelaki dan perempuan. Kalau lelaki biasa check rambut. Kalau perempuan sampai sekarang aku taktau sebab aku nampak diorang selak-selak kain..oopppss....aku tanya girls pun aku malu . HAHA.
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)
Okay, commonly korang masuk kelas pukul 7AM. Pastu buat lah apa yang patut dalam kelas tu, duty sapu kelas ke, nak siapkan homework ke, nak tidur ke, suka hati kau. Tapi pukul 7.15AM akan ada prefect buat announcement baca doa.
Announcement yang akan korang dengar :
"Attention to all Muslimin and Muslimat of SM Sains Johor, please Amin the supplication. Bismillahirahmanirahim......."
Habis je doa tu, bermulalah P&P korang. Duration kelas tak boleh cakap secara general sebab lain lain sampai aku pun mula mula pening.
Untuk Form 1, Form 2 dan Form 4 :
ISNIN , SELASA = 7.15AM - 1.10PM, sambung 2.05PM-4.00PM
RABU, KHAMIS = 7.15AM - 2.10PM
JUMAAT = 7.15AM - 12.05PM
Untuk Form 3 dan Form 5 :
ISNIN - KHAMIS = 7.15AM - 2.10PM
JUMAAT = 7.15 AM - 12.05PM
Korang akan ada waktu rehat yang tetap iaitu :
LOWER FORM = 9.50AM-10.10AM
UPPER FORM = 10.10AM-10.30AM
Rehat kalau rasa lapar sila pergi ke kantin, kalau malas, tak payah lah pergi. HAHA. Tapi hari Jumaat best, sebab DSB bagi makan masa rehat. Tapi menu sama je, nasi goreng + air teh. T_T
TENGAH HARI
Kalau hari hari biasa, lepas habis kelas, korang boleh terus pergi DSB untuk lunch. Sumpah cakap kau, time nih DSB memang sesak gila sampai boleh roboh tau. Tapi, kalau korang tangguhkan niat nak makan then pergi solat Zuhur kat surau dulu, insyaAllah, dipermudahkan untuk makan nanti sebab DSB dah kosong. Tapi janganlah lambat lambat sangat datang, nanti lauk habis. HEHE. After makan, sebenarnya tak boleh naik hostel tau, tapi ada je yang naik. Korang budak baik kan? So, korang terus lah pergi surau or terus pergi kelas. Lepak-lepak dulu baru sambung belajar or buat homework. Waktu prep petang mula pukul 3PM sampai 4.30PM, so dalam masa tu, korang siapkan lah homework. Aku suggest tak payahlah belajar time time macam ni sebab gerenti tak masuk otak punya. Lainlah kalau ada class or cikgu memang nak buat tuisyen, kena pergilah. Prep wajib pergi. Jangan sampai cikgu or prefect jumpa kau ponteng or escape prep. Memang maut. :P
Announcement yang akan didengar :
"Perhatian kepada semua pelajar SM Sains Johor, sila tinggalkan asrama dan bergerak ke kelas masing-masing sekarang juga"
PETANG
Petang adalah time paling heaven sekali ! Serius ! Petang lepas habis prep, akan ada minum petang kat DSB.Then, korang boleh pergi riadah puas puas. Pergi lah main bola ke, hoki ke, badminton ke, ragbi ke. Kalau korang malas sangat nak main main benda tu, korang jalan jalan lah keliling sekolah. Since riadah wajib, korang tak boleh ada kat hostel. Kena turun jugak ! Bawaklah tali skipping, batu seremban ke, guli ke main kat mana mana kawasan lapang. Kalau malas jugak, korang duduk je lah kat bench yang bersepah kat sekolah tu. HAHA . Waktu riadah ialah dari 5PM sampai 6PM . No excuses after 6.15PM. Korang tak boleh terus bermain melebihi had masa tu walaupun aku tahu korang kalau dah main games tu memang tak ingat dunia. HAHA. Nanti warden akan bunyikan healer ( alah, benda yang boleh cakap kuat ala-ala mikrofon tu) suruh korang naik.
Announcement yang akan korang dengar :
"Perhatian kepada semua pelajar SM Sains Johor, sila tinggalkan asrama dan bergerak ke tempat riadah masing-masing"
Warden pulak cakap :
"Naik ! Naik ! Naik !" ... HAHA...tak ingatlah cikgu cakap apa..ada siapa siapa ingat ?
Korang kalau naik lambat, mandi memang kena tunggu turn. Korang pandai pandailah cop toilet tu guna baldi, gayung or segala benda yang menunjukkan korang nak guna tempat tu. Kalau awal, memang best sebab air laju, orang pun tak ramai..tak payah tunggu lama lama. Tapi kalau lambat, air keluar nak tak nak je lah. Pastu korang mandi pun ala kadar je :P HAHA..
After mandi, dah siap pakai baju nak solat semua, korang turun dinner kat DSB tau ! Sama macam lunch, kalau korang lambat, memang panjanglah Q..dan begitulah sebaliknya.
MAGHRIB
Korang lepas dinner, terus pergi surau. Pastu duduk lah diam diam tunggu sampai azan maghrib, then solat jemaah sama sama. Kalau hari hari biasa dan Ahad, lepas maghrib ada baca Maathurat. After that, korang kena pergi kelas untuk prep malam. Kalau hari Khamis, Jumaat dan Sabtu biasa ada program lepas Maghrib sementara menunggu waktu Isyak. Lepas Isyak baru korang pergi prep. Hari Khamis ada bacaan Yassin, Jumaat baca Quran dan Sabtu ada ceramah.
MALAM
Prep malam memang wajib setiap malam kecuali hari Sabtu. Prep malam waktunya :
ISNIN-RABU, AHAD = 8.00PM - 10.15PM
KHAMIS,JUMAAT = 9.00PM - 10.30PM
Masa prep malam korang pandai pandailah nak study ke, nak buat homework ke. Biasa Form 3 dan Form 5 ada tuisyen. Prep malam ada rules yang unik iaitu "4 NO's" :
NO TALKING
NO WALKING
NO SLEEPING
NO __________? ( lupa lagi..standing kot..:P )
Kelas junior akan ada prefect jaga. So, korang belajar lah senyap senyap kalau tak nak kena tulis nama :)
Bagi menandakan tamatnya waktu prep malam, prefect akan baca doa sekali lagi. Announcement nya lebih kurang je macam doa pagi2 tu tapi ada tambah satu lagi :
"Attention to all Muslimin of SM Sains Johor, please proceed to Surau Al-Ikhsan right now."
Prep habis je, korang boleh terus pergi solat kalau belum solat kat surau. Kalau dah, korang boleh pergi DSB untuk supper. Boleh pergi kantin jugak kalau nak. Buat lah apa yang patut sebab nanti kena tutup lampu pukul 11.30PM atau istilah nya "lights off"
Announcement yang akan didengari :
"Attention to all Sc Johore students, please switch off your dormlights right now" .
Make sure korang tutup lampu kalau tak kena marah nanti dengan warden. Maku sure jugak bilik korang bersih and tak macam tongkang pecah sebab nanti cikgu akan buat suprise kat korang malam malam :) HEHE.
The same goes on over and over again 24/7...Tapi Sabtu and Ahad lain sikit lah..
SABTU
-ada prep pagi ( 8AM -12PM )
-ada outing !
-takde prep malam
-parents boleh datang lawat
AHAD
-ada prep malam tapi takde prep pagi
-parents boleh datang lawat
-boleh outing dengan parents
-hari paling relax !
Lebih kurang macam tu lah jadualnya. Aku nak highlight jugak kod pemakaian bagi waktu waktu tertentu :
BOYS
P&P = Pakaian seragam sekolah biasa
RABU = Pakaian khas unit beruniform
PJK = baju sukan rasmi SMSJ
JUMAAT = Baju Melayu putih + samping sekolah + songkok
PREP MALAM = Baju Melayu tak kesah warna apa + songkok + samping
PREP PAGI = Baju berkolar + slack + kasut sekolah
OUTING = Baju korporat or batik + slack + kasut sekolah
GIRLS
P&P = Pakaian seragam sekolah biasa
RABU = Pakaian khas unit beruniform
PJK = baju sukan rasmi SMSJ
PREP MALAM = Baju kurung + tudung + sandal
PREP PAGI = Baju kurung + tudung + sandal
OUTING = Baju korporat or Batek + tudung + kasut sekolah
Hurm ..apa lagi nak letak ek ? Takde idea dah...penat jari menulis nih ! Before that, aku nak mintak maaf kalau ada info yang aku bagi tu salah or what sebab aku refer ikut pengalaman aku 5 tahun kat SMSJ tu. Please help me to improvise this post sebab motifnya nak bagi gambaran kat junior junior yang nak masuk SMSJ nanti :)
See you at Part 3. Pastinya menjanjikan sesuatu yang lebih hebat :)
7 comments:
haha.igt lagi rupanyer~
@ASA
Tentulah :D
healer???hahaha sounds great.,.bwu na mrah gmbo aq xde,nseb bek ad,,,kcik pon jdik lar.,.haha
@ZHOMEER
HAHA. aku tak tau nak eja macam mana :D
Takpe, nanti aku buat post khas untuk budak2 S3 sahaja :)
s3 je??
dak prs skali la eqal..f5 suria..haha.
@EZAN
HAHA..okay okay..
post post khas untuk korang sekali..tapi kena bayar lah :P
aku pun nak jugak..post pasal aku sekali..aku je :D
Post a Comment