Assalamualaikum.
Hurm, daripada aku buang masa tak buat benda yang tak berfaedah sementara menunggu 28 Jun nak register kat KMB nanti, lebih baik aku blogging kan ? Ye lah, nak revise balik buku Kimia, Biologi , Add Math and segala bagai lagi memang aku tak mampu lah. Kalau aku menghadap 24 jam pun buku tu, tak ada maknanya pun sebab nanti aku blur, then stress then hilang mood. So, serupa tak payah kan ?
Disebabkan aku ni terlalu curious dan diri aku nih dipenuhi anxiety yang terlampau nak tahu kalau boleh everything pasal KMB dan IB nih, aku pun rajin-rajinkan lah diri aku nih surf Internet, google segala benda untuk mencari info pasal 2 benda tu. And yet, dengan usaha gigih yang tak mengenal jemu tu, aku pun berjaya lah mengumpul sedikit sebanyak gambaran tentang IB dan KMB. Selebihnya, kita pergi dan tempuhi sendiri ya !
Aku surf banyak blog senior tak kiralah senior KMB atau senior SMSJ atau yang sewaktu dengannya. Semua mesti ada cerita pasal KMB, pasal Universiti tempat dia belajar so that boleh dijadikan panduan kepada adik-adik yang akan melangkah ke alam pengajian tinggi . Untungnya ada senior macam tu kan ?
Tapi sayang seribu kali sayang, tak pernah pun aku nampak ada blog yang promote sekolah menengah or sekolah rendah masing-masing. Ye lah kan, sekolah rendah tu maybe acceptable lah. Siapa je lah yang nak tau pasal sekolah rendah kau kan? HAHA.
This time, aku nak cerita sikit lah pasal sekolah menengah aku. Sebagai seorang bekas warga SBP, of course lah banyak sangat pengalaman berharga yang boleh aku share dengan korang semua. Paling tidak pun, maybe boleh dijadikan panduan oleh adik-adik yang mana tahu kan, baru lepas UPSR and nak sambung masuk SBP. Jangan main-main tau, budak zaman sekarang dah bijak IT semuanya, baru darjah 4 pun dah ada blog tau. Even blog dia lagi class dari aku tau ! So, mana lah tau korang runsing kot kot dapat tawaran sambung belajar untuk Tingkatan 1 or Tingkatan 4 ke SM SAINS JOHOR. Please do not hesitate to accept the offer ! Seriously !
So, let us move on to the story .
*WARNING : CERITA KAT BAWAH NI MAYBE SANGAT BIAS KEPADA SM SAINS JOHOR*
----------------------------
LOKASI SM SAINS JOHOR
Alamat SMSJ memang macam tak spesifik kan. Tapi sekolah ni sebenarnya terletak dalam kawasan perumahan. Taman Bersatu kalau tak silaplah. So, memang tersorok sikit sebab bukan dekat main road kan. Tak kisah pun sebab ada macam-macam jalan korang boleh discover untuk masuk SMSJ ni. Dekat jalan besar pun ada signboard so, possibility untuk sesat adalah sangat sedikit. Sekolah ni bolehlah dikategorikan sekolah bandar sebab dalam kawasan bandar. Mulanya sekolah ni atas bukit tapi lepas tarah dan tarah dan tarah lagi, dah sama tinggi je dgn kawasan lain. Sekitarnya memang nampak rumah-rumah je tapi ada jugak kawasan yang masih dikelilingi belukar dan semak samun. Sekolah ni takdelah besar sangat area nya. Kalau tengok dalam gambar satelit, macam bentuk petak pun ada. Tapi overall, ok je. Kondusif lah untuk hidup 5 tahun :)
HOSTEL
Blok hostel ada 4 blok. 2 untuk boys dan 2 untuk girls. Blok A dan Blok B untuk BOYS. Block C dan Block D untuk GIRLS. Jangan risau sebab korang tak payah jalan jauh nak ke blok sekolah sebab jalan kaki tak sampai berapa langkah korang dah sampai kelas. HAHA. Bilik akan ditentukan mengikut rumah masing-masing. Which means, kalau korang masa daftar dapat rumah kuning (SURIA), so automatically korang akan duduk dorm SURIA. Kiranya kawan-kawan satu dorm tu semua budak SURIA lah. Satu blok ada 4 tingkat. Biasanya junior duduk tingkat atas sekali. Biasanya setiap aras atau "floor" akn diduduki oleh certain batch. Maksudnya, takdelah sebelah dorm Form One ada dorm Form Five. Kira semua satu floor tu sebaya lah. Tak tinggi mana pun, so tak payah lah nak ngada-ngada nak gayat lah, fobia ketinggian segala bagai. Satu dorm akan ada 8-10 orang depends pada keluasan bilik. Katil double decker . Locker sorang sebijik. Locker memang besar. Ada dua pintu. Banyak compartments sampai tak terisi semua compartments tu. So, tak kisahlah nak bawak barang sebanyak mana pun yang penting korang pandai kemas locker. Toilet pulak ada kat hujung setiap floor. Ada toilet kecil and ada toilet besar. Toilet kecil ada 3 jamban, 3 shower cube dan 3 sinki. Tandas besar pulak ada 7 jamban, 6 shower cube and ada tempat basuh baju. So, tak ada alasan lambat sebab tak de tempat nak mandi padahal memang semuanya cukup untuk korang. Kecuali korang mandi lambat, air memang keluar sikit je lah. Mandi kambing je lah :P
*BILIK TV HOSTEL BOYS*
*HOSTEL BOYS BLOK B*
* BLOK BARU HOSTEL GIRLS - masa nih tgh construction, sekarang dah siap, tahun kedua diduduki :)*
*HOSTEL GIRLS BLOK C*
DOBI
Yeay ! Kat SMSJ ada dobi service tau ! Yang handle masa aku dulu Cikgu Shamzul dan family tapi sekarang tak tau lah masih dia lagi ke tak. Dobi ada kat laman belakang hostel boys. Ada satu bangunan kecil ala-ala rumah kampung yang penuh dengan ampaian, hanger, penyepit baju dan bakul dobi. Ha, bakul dobi is povided for each dorm. Satu dorm dapat satu bakul dobi . Bukan sorang satu tau ! Korang akan ada turn untuk hantar dobi dalam seminggu tu. Zaman aku dulu satu dorm maksimum hantar 2 kali seminggu. Ikut jadual tau. Kalau korang main hantar sebarang je, gerenti tak basuh.Hantar dobi setiap petang before pergi solat maghrib. Kalau lambat, cikgu tak layan . Hantar tak kisahlah nak kasi penuh sebakul sampai melimpah pun takpe, nanti cikgu basuh punya. Tapi semput lah nak angkat kan ? HAHA. Korang boleh pilih nak jemur sendiri or dry clean. Kalau dry clean lambat sikit lah dapat collect. Tapi kalau korang nak jemur sendiri, lepas basuh cikgu akan longgokkan bakul dobi korang kat luar then after prep malam dah boleh collect. Sidailah dekat bilik sidai or ampaian sebelah dobi tu. Tapi , risiko kena curi, jatuh, diterbangkan dek angin, semua tanggung sendiri ya !
KEDAI GUNTING RAMBUT.
HAHA. Ni satu lagi feature yang unik kat SMSJ. Kat hostel boys blok B, akan ada satu room khas untuk gunting rambut tau. Setiap petang akan ada pakcik datang untuk gunting rambut. So, kalau korang rasa rambut tu panjang and tak nak kena denda masa spotcheck rambut, better berkunjunglah ke sini selalu ye ! Bayarannya dah include dalam yuran yang korang bayar awal-awal tu. So, tak sama macam kedai gunting biasa, habis gunting kena bayar, yang ni korang habis gunting, rekod nama je dalam buku pastu blah lah. Tapi yang lecehnya, cuma ada sorang je pakcik tukang gunting and yang nak digunting pulak lebih sedozen, so, datanglah awal-awal ye cop tempat !
DEWAN SRI BUDIMAN
Dewan makan SMSJ atau kami panggil DSB merupakan tempat budak-budak SMSJ yang memang sentiasa kelaparan menjamu selera. Interior dewan ni nak cakap macam mana ek ? Hurm, kalau korang suka tengok Harry Potter, dewan dia ala-ala dewan makan kat Hogwarts tu. HAHA. Meja memang susun panjang-panjang. Korang akan duduk ikut batch. Tak boleh suka suka hati duduk kat tempat batch lain tau ! Lelaki perempuan pun ada bahagian masing-masing, so jangan gatal-gatal nak duduk campur lelaki perempuan. Ni SMSJ bukannya Lim Kok Wing okay ! HAHA. Makan macam biasa, ambil pinggan, ceduk nasi dalam bekas, then Q lah untuk ambil makanan. Biasa kalau breakfast, tea break or supper makcik2 DSB dah prepare awal-awal. So, datang terus ambil je kat kaunter tu. Tapi kalau lunch ngan dinner, mintak maaf lah, memang kena beratur. Sampai kaunter, baru makcik2 akan cedukkan lauk.Masa ambil lauk tu, korang boleh negotiate ngan makcik2 nak ayam bahagian dada ke, nak kuah lebih ke, nak ambil 2 buah ke, semua bergantung kepada budi bicara sendiri. Tapi aku selalu je buat. Sampai makcik tu tau aku tak makan seafood. HEHE. Air pulak kena rajin basuh cawan sendiri and ambil sendiri. Kalau macam aku, aku malas nak basuh cawan, aku mintak je air kawan-kawan yang rajin ambil air tu. HAHA. Makan 5 kali sehari ya ! Breakfast, lunch , tea break, dinner and supper. Sedap ke tak ? Hurm, tu bergantung kepada selera masing-masing. Macam aku, aku bolehlah telan. Kadang-kadang habis, tapi kadang-kadang tak jugak. Lepas habis makan, buang segala sisa tu dalam tong sampah and tenggekkan je kat tempat basuh pinggan tu. Nanti pakcik2 DSB yang basuhkan. Korang tinggal basuh tangan sendiri je :)
SURAU AL-IKHSAN
Surau ni besar . Besar sampai hakikatnya boleh buat tempat solat Jumaat. Tapi tak dapat kebenaran nak solat jumaat kat sini bila tak cukup syaratnya. Apa syaratnya ek ? Oh, aku tak ingat ! Surau ni ada bahagian lelaki dan perempuan. Tapi bahagian lelaki lebih besar daripada perempuan. Solat berjemaah wajib bagi waktu Maghrib dan Isyak dan digalakkan bagi waktu-waktu yang lain. Tapi selalunya junior memang solat 5 waktu berjemaah kat sini. Kat sinilah, semua majlis keagamaan macam ceramah, sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Nuzul Al-Quran dijalankan. Kadang-kadang ada jugak usrah, perjumpaan atau budak-budak Qiamulail kat sini. Tapi kalau nak qiamulail kena bagitau pak guard dulu tau ! Perempuan cuma solat kat surau besar ni waktu Maghrib sahaja. Selebihnya dijalankan di surau Al-Hidayah di hostel girls.
*SURAU DARI LUAR*
* BAHAGIAN LELAKI *
*BAHAGIAN PEREMPUAN*
BLOK AKADEMIK & PENTADBIRAN
*BLOK PENTADBIRAN-masa ni tgh construction, dah 2 tahun diduduki sekarang*
Blok akademik ada 3. Blok pentadbiran pulak ada satu. Dekat SMSJ, ada 3 Science lab, 2 Biology lab, 2 Physics lab dan 2 Chemistry lab. Selalunya kalau period SC, BIO, PHY or CHEM memang korang kena gerak ke lab2 tersebut. Cikgu jarang ajar subjek2 ni dalam kelas. Ada jugak Bilik Math, SAC, bilik tayang, bilik muzik, bilik e-media and macam-macam lagilah yang mana kebanyakan cikgu akan memilih untuk mengajar di bilik-bilik tersebut sebab ada air-cond. HAHA. Tapi ada jugak kelas. Classroom korang sama je macam classroom sekolah-sekolah lain. Satu kelas maksimum 30 orang tapi ikut jugak berapa bilangan pelajar dalam satu batch. Macam aku dulu, masa Form 1, ada 122 orang satu batch ( batch teramai masa tu) and satu kelas ada 30 orang. Ramai kan? Tapi ok je, sama je ramai ke tak, yang penting aku selesa nak belajar. Blok pentadbiran pulak ada bilik guru, pejabat, bilik kaunseling, library dan bilik mesyuarat. Yang ni bangunan baru bina and siap tahun lepas, so masa time aku tu, belum fully occupied lagi bangunan ni.
PADANG dan GELANGGANG
* PADANG A *
Padang A SMSJ memang tiptop lah untuk main ragbi. Tapi takdelah sampai ada trek olahraga semua macam kat stadium tu. Ni sekolah lama der, mana ada semua tu. Padang bolehlah kata lua. Kira ada tempat main hoki, ada tempat main ragbi, ada tempat main bola sepak. ada jugak tempat main kriket. Kalau nak main volley ball or takraw, ada court kat sebelah boys hostel block A. Rasa nak main basketball or futsal ,ada parcourse kat sebelah Dewan Sri Bakti ( DSBT ) . Girls boleh main basketball or netball kat hostel girls. Nak memanah ada venue kat Padang B. Rasa nak main tenis, boleh main kat court tenis SMSJ, ada 2 court tau ! . Nak main badminton, pergi je lah dekat dalam Dewan Sri Karyawan, ada court kat situ. Kalau rasa nak jogging je, boleh lah jogging keliling sekolah. Sekolah tak besar mana pun, kalau kau round keliling sekolah tu, ada lah dalam 600 meter. See, kecik je kan?
DEWAN SRI KARYAWAN
*KAWASAN HADAPAN DSK*
Kami biasa panggil DSK je. Ni lah dewan besar kami, tempat perhimpunan mingguan, taklimat, ceramah, seminar, bengkel dan segala bagai majlis diadakan. Tak besar pun actually, although nama dewan besar. Tak ada air cond pun so agak panas lah kalau dah ramai-ramai berhimpuan dalam tu. Kat foyer kiri dan kanan, ada ruang yang agak besar. Selalunya kalau ada pendaftaran or ambil result SPM, cikgu akan tunggu kat situ. Kalau waktu riadah pulak, selalu je budak2 zapin and taekwondo berlatih kat situ.
DEWAN SRI BAKTI
Ni taraf lecture hall or dewan kuliah lah dekat universiti. Kapasitinya lebih kurang maksimum 150 orang. Muat lah kalau satu batch masuk. Memang best duduk dalam ni ! Masa aku nak periksa SPM, boleh kata hari-hari cikgu buat kelas kat sini. Kalau bukak air-cond, fuhhh..sejuk cakap kau ! Sedap buat tidur tau. Lagi-lagi kalau hujan, tak macam beku pulak korang. Kalau tak bukak air-cond nanti, tak macam kena panggang korang nanti. HAHA. Banyak seminar or mesyuarat peringkat negeri or daerah orang buat kat sini. Biasalah, the only school yang ada dewan kuliah kan ! Sekolah lain ada ? Takde.....
KANTIN / CAFETERIA
Yang ni memang tiptop ! Boleh kata memang tempat wajib budak2 SMSJ pergi. Sebab utama, nak rasa something yang lain daripada makanan DSB yang berulang-ulang tu. Alah, kantin ni pun balik2 makanan sama jugak tapi still sedap beb ! Kalau time aku dulu, time rehat masa waktu sekolah, memang pergi kantin lah sebab lapar. Kalau malam pulak lepas prep, pergi sebab nak makan roti john or burger or nasi goreng pastu minum bandung arab. Air korang boleh order apa-apa je. I mean yang biasa biasa lah macam milo ais ke, nescafe ais ke. Janganlah order Carrot Susu ke, Tembikai Laici ke..tu memang melampau lah. Kitorang panggil makcik yang jaga kantin ni as "ibu" . Lama-lama, ibu pun dah boleh kenal kitorang semua. Muka muka kantin ! HAHA. Harga dia boleh lah. Berpatutan lah jugak. Tapi jangan asyik labur duit kat sini je. Nanti korang sendiri yang sengkek ! HAHA
KOPERASI
Koperasi ni taktau lah nak cakap macam mana. Korang datang tengok sendiri je lah :P
BENGKEL & BILIK KH
Kami ada jugak bengkel KH untuk kerja-kerja kayu or kerja paip. So, korang kalau belajar KH, mesti kena masuk lah bengkel ni punya. Okay, awal awal cakap, bengkel n memang tak cantik and nampak antik. Sebab dah lama. Same goes to the tools, semua dah old-fashioned tapi still boleh guna lagi . Silap-silap, korang kalau bukak wardrobe kat bengkel KH tu satu satu, boleh jumpa projek kerja kayu kitorang. HAHA. Bilik KH pulak ada satu je. Kat situlah korang belajar Perdagangan dan Keusahawanan. Kat situ jugaklah korang belajar menjahit dengan mesin-mesin menjahit yang ada. Tapi ada bilik masakan tau ! Khas untuk girls, sebab korang amik ERT, so, kena belajar masak . Kadang-kadang waktu budak budak ni belajar masak, boleh bau sampai ke luar. Macam-macam bau ada, hangit, tengik, masam...HAHA.
BANGUNAN TEKNOLOGI
Yang ni pulak khas untuk korang yang akan ambil subjek TK or LK, memang belajar kat sini lah. Kat sini ada bengkel pertukangan khas untuk budak yang ambil Engineering Technology dan builik khas yang selesa gila untuk budak yang ambil Engineering Drawing. Kadang-kadang kalau masa KH, kan ada belajar Lukisan Teknik tu, korang akan masuk sini jugak. Hurm, bangunan ni besar lah jugak. Tapi kadang-kadang creepy jugak malam-malam sebab facing padang :P
--------------------------------------
Okay lah, cukuplah tu untuk PART 1..memang aku nak cadang buat beberapa sequel so that korang tak bosan baca. Lagipun aku pun dah penat jari woooooo :P
PART 2 nanti kita cerita pasal PERATURAN DAN DISIPLIN DI SMSJ pulak :)
12 comments:
woahh sume bangunan ko tunjuk. bgusnye ada gmbr sume ni. haha. mesti berguna utk orang yg nk msuk smsj, mcm mse dulu nk msuk samura, ak pun tengok2 jugak.. tp yg ak tau samura dpn die ada kubur. tu je hahaha.
:P .
pstt , serupa xyah revise? haa :P drpd ak ni yg tak start lg.
@DAYANA
HEHE..memang ni motif aku buat post ni pun :)
plus nak up traffic time budak2 sibuk nak masuk SBP nanti :D
P/S : Kau memang..pemalas :P
haha...haikal,citer la pasal koperasi....nak tahu sgt2...haha...
best gler bce blog ko eqal,,,
rndu nk g skolah smule..~~
best gler bce blog ko eqal,,,
rndu nk g skolah smule..~~
@ANONYMOUS
HEHE..tak tau lah nak cerita koop ni macam mana . tak dapat cari ayat yang sesuai. HAHAHA :D
P/S : Sape lah agaknya anon ni ek ?
@EZAN
Thanks :D
Aku pun sama ~
lol koop~ HAHAHA! XD
@KAK HAZE
HAHA..nama pun ko-op sc johore ~
haha...nk tw gak psal koperasi!!!!
mcm mnarik je utk diketahui...
cntik x koop nye???
huhu..
@ANONYMOUS
HEHE...ko-op biasa biasa saja..
nak tau jugak ke? Ko-op kami bukak hari sekolah je..itupun waktu rehat...dalam tu, lebih macam stor dari kedai..barang barang pun yg dah outdated..jarang lah org pergi koop ni..hehe..
Hensem2 tak student nye... Wakkakakkakakkaka
Post a Comment