Monday, August 29, 2011

RAMADAN'S REVIEW


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, terasa teringin pulak nak update blog lepas bangun dari tidur tadi. HAHA. Tiba-tiba. Mungkin sebab hari ini dah nak balik beraya. So, kita manfaatkan dulu peluang menggunakan WiFi yang super duper laju gila babeng kat rumah ni sebelum terpaksa berebut menggunakan broadband dekat kampung nanti. 

Hurm, hari ini kalau ikut perkiraan kalendar Hijrah, sudah masuk 29 Ramadan, yang mana merupakan the last day of the fasting month for this year's edition. Sedar tak sedar, dah hari terakhir pun kan? Cepat betul masa berlalu, sampaikan aku rasa macam baru semalam Ramadan bermula. 

Esok dijangkakan kita semua akan mula beraya. Seronok ke? Entahlah, sejujurnya aku tak rasa apa-apa yang seronok pun. Mungkin sebab jarak rumah aku yang dekat dengan kampung membuatkan aku rasa perjalanan pulang ke kampung tu sesuatu yang membosankan. Atau berjumpa dengan nenek itu sesuatu yang sangat lazim setiap kali aku ada dekat rumah. Entahlah, tapi frankly speaking, there are no such thing as special occasion for me, when it comes to Raya. 

Mari kita review sikit pasal perjalanan Ramadan yang aku tempuhi selama sebulan yang sudah. Aku sangat attracted dengan perumpaan "Madrasah Ramadan" yang digunakan several pihak untuk melambangkan bahawa kita sebenarnya sedang belajar sesuatu daripada bulan ini, bukan setakat belajar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi sesuatu yang lebih daripada itu. Kawan-kawan dekat KMB lebih inovatif. Mereka modify terma "madrasah" tu kepada "universiti". HAHA. Nampak lebih grand kot. "University of Ramadhan". 

Maka berlumba-lumbalah kita untuk mengejar pointer tertinggi bagi melepasi ujian Ramadan ini. Dan pada akhirnya, semua akan graduate daripada universiti ini. Beruntunglah mereka yang dapat pointer tinggi, boleh dapat Anugerah Dekan. Lebih untung siapa yang dapat bonus point pada beberapa malam terakhir itu, sebab automatik dia akan jadi Overall Best Student. Dan kesianlah mereka yang sekadar cukup makan melepasi ujian itu, sebab mereka tidak dapat apa-apa anugerah khas, melainkan sekadar sijil penghargaan yang membuktikan mereka dapat menguasai kemahiran paling asas dalam pengajian Ramadan. 

Secara jujurnya, aku merasakan aku masih tidak memanfaatkan dengan sewajarnya bulan Ramadan ini. Puasa memanglah puasa tapi aku rasakan puasa yang aku jalani tidak lebih dari sekadar menahan lapar dan haus. Bak kata Qayyum, puasa umum. Hendak capai puasa khusus tu mungkin agak jauh apatah lagi puasa khusul khusus. Sahur pun banyak tinggal daripada bangun. Qiamullail tak pernah buat. Terawih pun kadang-kadang tinggalkan semata-mata nak siapkan homework. Iftar tak pernah teringin nak join. Usrah lagilah, tak pernah nak ikut. Tadarus, tilawah? Bolehlah sikit-sikit, sehari dua page. Selebihnya, lebih banyak lagha semata-mata.

Okay fine, you can say anything about me. I admit memang sebagai seorang yang berpuasa, aku sepatutnya lebih memberatkan ibadah aku. Tapi itulah manusia, kalaupun syaitan tu diikat dan dibelenggu sekali pun, nafsu itu tetap dituruti kerana kita lemah, lemah dalam menurut keduanya. Maka, aku merasakan Ramadan kali ini bagiku biasa, seperti Ramadan yang sebelumnya. 

Apa yang seronoknya Ramadan kali ini? Okay, mungkin sebab aku berpuasa pertama kali dalam suasana KMB. Tidak lagi macam masa dekat Sains Johor dulu, tak ada lagi berbuka serentak ramai-ramai. Suka hati kaulah nak makan kat mana pun. Dan mungkin sebab masa Ramadan tak ada aktiviti JPAM yang meletihkan. Atau kesempatan mengunjungi bazaar yang dibuka di garaj setiap petang. Dan pengalaman berjalan kaki selama 15 minit melalui pintu belakang kolej beramai-ramai setiap petang Jumaat dan Sabtu untuk mengunjungi bazaar Ramadan di Kampung Labohan Dagang. Itulah yang seronok kot. 

Dari segi pengisian kerohaniannya? Aku rasa agak seronok jugaklah sebab dapat terawih dalam surau yang ada air-cond. Lepas tu setiap kali habis 4 rakaat terawih, ada tazkirah ringkas daripada student-student. Lepas tu setiap kali solat Jumaat, sebelum khutbah, ada ceramah yang disampaikan oleh para penceramah terkemuka negara yang dijemput khas oleh kolej. Apa lagi ek? Mungkin kesempatan untuk mendengar talk yang disampaikan seorang vlogger terkenal, Aiman Azlan. Tapi semua itu hanya secebis daripada pengisian sebenar Ramadan yang sewajarnya dihayati oleh setiap Muslim yang berpuasa. 

Aku akur, Ramadan kali ini masih belum aku terokai sepenuhnya. Maka, tahniah aku ucapkan kepada mereka yang merasakan bahawa Ramadan mereka kali ini sudah mencapai tahap yang mereka inginkan. Sementara bagi golongan yang seperti aku, mari kita berdoa agar kita masih berkesempatan untuk bertemu Ramadan yang seterusnya. 

Persoalannya, masih adakah lagi Ramadan untuk kita? 



P/S : Ramadan kali ini lebih membawa makna rasanya :D 

Saturday, August 27, 2011

KMB #02 : HIGHLIGHTS OF THE EVENTS

Assalamualaikum.

HAHA. Rasa macam sangat malas nak update. Dan rasa macam nak sumbat everything dalam satu post. Sorry. Bukan apa. Cuma aku rasa aku perlu selesaikan kerja-kerja yang lebih berkeutamaan. Dan this time memang aku nekad nak lambakkan semua review pasal aktiviti-aktiviti yang I had gone through selama hampir 2 bulan dekat KMB tu. Jommmmmmm...

1. ORIENTATION WEEK 

Before I started this review about our orientation week, terus-terang aku nak cakap, sorry banyak-banyak to say this, but frankly speaking, aku tak ada idea nak tulis apa pasal orientation week ni. Okay lah, kitorang punya orientation yang handle bukan MPP or seniors from Year 2. Tapi consultant luar yang handle. Kata senior, ni first time orientation bagi newcomers dikendalikan oleh pihak luar KMB. So what? Aku pun tak kisah. Aku terus-terang tak suka consultant ni dari awal sampai akhir program. Sebab aku tak rasa pun aku di-orientasi kan. Langsung tak feel beb. Aktiviti sumpah bosan. Yang aku ingat, aku Group 3 sekali dengan Sam, Fitri Fahmi, Seoul, Siddiq, Amirul, Ibrahim, Apek dan ramai lagi yang aku tak ingat nama mereka.HAHA. Ada sekali tu tiba-tiba diorang buat "performance night"- yang aku rasa paling awful sekali, tapi aku buat dance Sorry Sorry by Super Junior beb dengan a few guys from Group 3 dan aku jadi koreografer. Bangga tak bangga you all. HAHA. Tapi pada malam yang sama jugaklah, kitorang ditahan dalam Main Hall sampai pukul 2 pagi kot, pastu kena marah tengking tak tentu pasal. Like bullshit, kalau you all nak tau. Entah apa-apa. Dan masa orientation week ni jugak lah aku kenal MPP, kenal IP, belajar dance Xi Shua Shua ( tak tahu eja ) dan beberapa lagi benda baru. Paling best, sepanjang minggu aku bangun pukul 5 pagi dan solat Subuh di surau sentiasa. HAHAHAHA. Masa official closing ceremony untuk orientation week kitorang, aku jadi MC tau dengan Nadirah. Serius best. Tapi tu je lah yang best kot sepanjang minggu orientasi ni. HAHA. 





2. MKI 

Okay, aku tak berapa ingat the acronym MKI tu stands for what..maybe Minggu Kefahaman Islam, or Minggu Kesenian Islam. Yang penting ala-ala macam tu lah. Hurm, aku pun tak faham apa objektif sebenar minggu ni diadakan. Maybe untuk promote ISAC. Atau selain itu, yang aku tak tau. Tapi entahlah, during malam kemuncak MKI that day, yang aku tengok masuk-masuk Main Hall ada replika masjid-masjid around the globe. Dan selain daripada tu, ada persembahan nasyid dari pelbagai generasi Munawwar. Comment, Okay laaaahhhhhhhhhhhhh ==" 





3. TEATER

HAHA. Jangan jealous. First time tau aku tengok teater seumur hidup aku. Tu pun sebab aku join kelab PKEB buat trip tengok teater. Tapi kena bayar RM20 lah. PKEB stands for apa, aku tak ingat, tapi yang penting EB tu stands for Eksplorasi Budaya. HAHA. Kitorang tengok teater yang bertajuk Mahkamah Lorong. Cerita tu pasal apa aku malas nak tulis sinopsis dia tapi yang penting okay lah ceritanya. Yang berlakon pun budak-budak UTP je, sebab diorang kata diorang dari Tronoh Theater Shop. Apa-apa je lah. Masa tu pergi ramai-ramai jugak.Ada Rafie, Aflah, Farid, Faizrul, Yen, Sam dan yang lain-lain. 





4. ROQ 

ROQ ni stands for Remembrance of Al-Quds. Okay, dengar pasal Al-Quds pun korang mesti tau kan benda ni mesti pasal Palestin. Program ni yang organize mainly HOPE, tapi ada jugak co-operation by ISAC dan GNCC. Kelab-kelab Islamic lah yang penting. Sepanjang minggu tu, banyak lah kitorang didedahkan dengan penderitaan orang-orang Palestin melalui video-video yang orang tayangkan kat surau. Lepas tu, ada ceramah pasal Palestin by seorang dari mangsa yang terselamat masa tragedi Mavi Marmara tempoh hari. Nama ustaz tu sorry aku tak ingat. Ada jugak pertandingan hias kelas bertemakan Palestin yang mana kelas aku tak menang walaupun dah beria-ria hias. Dan paling best, ada kontroversi yang tercetus. Satu hari tu, tengah belajar TOK suddenly ada assembly tergempar. Rupanya nak cakap pasal ada orang gunting bendera Malaysia sebab nak sangkut bendera Palestin. Pelik-pelik je. Sudahnya, semua students kena bayar RM 2 nak buat beli bendera baru. Masa penutup ROQ week tu,aku jadi MC jugak. Rasa macam National MC pulak, orang invite kita nak jadi MC. HAHA. Yang best, sebab jadi MC tu jugaklah I dapat pakai jubah yang dipinjam dari Qayyum. Best tau pakai jubah. Rasa sejuk je bila angin tiup. Ooooppsss >< 

5. A TRIP TO MAEPS. 

Ada apa benda entah kat situ masa tu. Aku pun tak ingat sebab apa aku pergi situ. Yang penting yang aku ingat berkenaan dengan belia lah. Ada menteri datang. TPM kalau tak silap aku. And beberapa benda lucu yang aku ingat masa kat situ ialah :

-Driver bas yang bawak kitorang tu taktau jalan nak ke MAEPS tu.
-Kitorang beria-ria pakai smart casual ( maksudnya pakai seluar slack dan kemeja berkolar tuck-in dan berkasut hitam padahal semua orang yang pergi situ pakai bapak sempoi )
-Kitorang dimalukan oleh seorang politician yang bullshit yang cakap kitorang budak KMB yang tak reti cakap Malay walaupun belum lagi fly oversea. Kesian Hana Hear. 

dan beberapa benda lain yang lucu yang aku sendiri malas nak cerita. HAHA. 





Begitulah serba-serbi benda yang aku nak cerita. Nampakkan kemalasan aku nak menaip. HAHA. Nasib kau lah. Ni blog aku >< 


P/S : Aku belum siap folio PI ! 

Thursday, August 25, 2011

KMB #01 : FIRST DAY , FIRST THOUGHT

Assalamualaikum, 
"Selamat datang ke Kolej MARA Banting !",
It was the first thing I heard upon our arrival at the front gate of the college. Okay, I forgot who said that, but yang penting they were the Year 2s. As we arrive at about 8.50 AM, and it was still quite early, there place agak kosong lagi and tak hectic sangat. Lepas parking our car depan blok akademik baru, we then were greeted by a Year 2 girl and she instructed us to go to the concourse. Masa tu, I was like : "What the hell is that concourse thing?" sebab I mana tahu sangat about the college landscape. Then, suddenly tengah jalan tu my phone jatuh. Gosh, screen dia calar! T_T. Tu lah, gelabah sangat actually. 

Once sampai concourse, tengok tak ramai orang pun lagi. Izhar pun sampai tak lama lepas tu. Kaunter belum buka lagi. Kitorang tunggu Acad datang baru pergi daftar. Okay, part paling lawak throughout the registration process tu was suddenly ada kaunter cek rambut and kuku. Luckily, I dah potong rambut siap-siap and kuku pun dah ketip. Tapi Izhar kena tahan sebab kuku panjang. HAHA. Serius lawak. 

Alhamdulillah, the registration matter went on smoothly except for sedikit kekalutan masa nak serahkan dokumen penaja iaitu MARA. That is why penting sangat tau organize borang-borang ni siap-siap dari rumah. Sebab kan, MARA akan bagi sangat banyak borang yang perlu dan penting untuk diisi.  Borang karbon tu ramai yang tak tahu isi plus, counter untuk medic student sangat sesak dan penuh. Tapi luckily I dapat tembus satu kaunter yang baru buka and terus jadi orang first yang serahkan borang tu. HEHE. 

This time, my roommate is Acad. HAHA. Dasar gedik sebab dah pakat awal-awal nak satu bilik. Kat kaunter hostel, kitorang dapat our room key, bakul laundry and orientation file. At the same counter jugak lah kitorang jumpa senior kitorang, Haziq Maskan. Nampak busy je dia masa tu. 

Setel semua urusan registration, its the time nak pergi hostel pulak. Masa nak pergi hostel tu, nampaklah Ammar Adnan tengah jaga lalu lintas. We were heading to the Blok C by car sebab jauh kot nak angkat barang jalan kaki je. Our room nombor C110. Floor bawah, nasib baik. HAHA. So, sampai-sampai je ada usher tolong angkat barang. Nasib koranglah kena angkat beg aku yang berat-berat tu. Bukan setakat beg, ada kotak, container, baldi and etc. Tak lama lepas tu, Mak Tok dengan Acik pun sampai sebab memang dari awal they nak follow us.

Lepas kemas-kemas sikit (kemas banyak actually), my family pun nak balik after abah dengan umi dah selesai dengar briefing kat Main Hall. Agak sedih okay nak left my family sebab dah terbiasa deuduk rumah hadap family hari-hari. Tapi, life must be continued kan. Kalau duduk rumah je memanglah sedap, tapi tak tercapai lah cita-cita aku nak jadi doktor. So, dengan sebak di dada I waved good bye to them. 

For the rest of the day, tak buat banyak benda sangat kot. Cuma pergi Koop untuk beli lab coat yang berharga RM40. Tapi masa ni best, sebab I encounter seorang makcik yang unknown and suddenly tegur I.
"Ni Haiqal Hazwan kan?". And I replied, "Ya, saya. Makcik kenal saya?". She said dia kenal I through my blog. She said she often read my blog sebab banyak info pasal MARA and other thing related to it. And I was like, OKAYYYYYYYYYY, famous jugak aku ek! (riak..riak ><) 

And then, dah start aktiviti orientasi. Firstly, taklimat penaja by my penaja lah kan, MARA. Lepas tu, carry forward sampai malam all the activities. And there was once this kakak MPP yang I could remember the most dia punya ayat which was "Akak nak semua orang alert dengan masa sebab I am a very punctual person!". Note the word PUNCTUAL sebab akhirnya that kakak dapat gelaran "kakak punctual" by my batch mates. Sorry Kak Hannis! = =" 

I was very penat but tonight first time I nak tidur kat bilik ni tau! Seronok >< . HAHA. Tak sempat nak kenal ramai orang hari ini sebab masing-masing nampak sangat busy. I pun busy jugak. Nanti-nanti lah kita kenal ye :P

Okay lah, my overall review for the day can be concluded as this : KMB at first sight was actually really mesmerizing. Other word, G.R.E.A.T. I'll crave for more great things upcoming after this. Yeah !! 

P/S : I mengantuk tau masa aktiviti orientasi yang awal-awal ni sebab semua cuma talks and briefings :P

MAAF SEMUA :)


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk kembali mencoret sesuatu dalam blog ini. Baiklah, pertama sekali maafkan saya seandainya saya dengan sengaja membiarkan blog ini kering kontang dan tidak bernyawa selama beberapa ketika. Sejujurnya, saya terpaksa mengabaikan blog ini atas beberapa perkara. Antaranya sebab life IB sangat sibuk. Dan, saya yakin itu bukan alasan paling kukuh. Sebab sebenarnya saya tak ada Broadband. T_T . Untunglaaahhh siapa yang ada Broadband tu, boleh update blog setiap masa. ( Ini satu statement memerli Nazrin ). Bukan tak boleh pinjam Broadband siapa-siapa pun, tapi tak sedap lah pulak sebab Broadband orang kita pakai lama-lama sampai tuan dia mintak berulang kali, kita still tak nak pulangkan.  (Ni statement untuk perli Izhar dengan Ship pulak).

Alah, bukan tak boleh update kat concourse kan? Okay, pertama sekali saya cakap, saya tak suka online dekat concourse dan menggunakan kemudahan Wi-Fi di concourse tu. Kedua, saya bukan macam Intan yang sanggup nak menebeng kat concourse tu pagi-pagi buta semata-mata nak update blog. HAHA. Sebab line kat concourse lembap. Dan saya perlu cepat. Jadi, tak bolehlah saya nak update. 

Maka, dengan adanya kesempatan balik rumah untuk raya ni, bolehlah saya tala banyak-banyak post dalam satu hari. Banyak benda nak tulis ni, sebab banyak sangat benda yang best happened kat KMB. Yang tu lah nak di ceciter kan nanti. Therefore, tunggulah post-post itu dengan penuh hikmah dan sabar :) 

Sekian, terima kasih. 

P/S : Takkan nak update blog via handphone kot :P