Monday, December 31, 2012

MENGINGATI DISEMBER

Saya masih keliru mengapa begitu culas sekali untuk menulis kala tempoh istirehat yang agak panjang ini.

Disember ini kayaknya aku punya urusan-urusan yang besar dan penting - setidak-tidaknya penting bagi seorang pelajar yang masih belajar.

GEL Annual Camp di Cherating.

Program Kunjung Balas SMP Negeri 1 Karimun, Indonesia ke Malaysia di Kolej MARA Seremban.

Tidak ketinggalan juga percutian makan angin bersama keluarga ke utara semenanjung. Langkawi dan kawasan yang sama waktu dengannya.

Cukup dan puas mengelilingi Semenanjung.

Urusan pelajaran juga sedikit tertunai. Alhamdulillah setidak-tidaknya cuti kali ini masih akademik.

Di hari-hari terakhir istirehat ini, barulah saya tersedar akan sesuatu yang penting.

Bahawasanya dua hari lagi, diri ini bakal melangkah ke fasa terakhir.



Tuesday, December 04, 2012

BENCI


Membenci diri sendiri itu lebih mudah. 
Ke mana hilang iltizam perubahan itu pun tidak ketahuan. 
Ah, ralat kesemuanya!
Aku membenci diri sendiri yang hanya pandai menabur janji.
Janji pada diri sendiri yang tak pernah ditepati.

Monday, November 26, 2012

CONDITIONAL OFFER ACMS

Alhamdulillah. Usai temuduga.

Berjaya mendapat conditional offer ACMS.

Persoalan utama sebelum persoalan-persoalan seterusnya: 36? Mampu atau sebaliknya?

Persoalan kedua: Galway atau Cork?

Dan persoalan-persoalan yang tidak akan selesai...

CUMA UCAPAN MAAF

Benar. Siapalah kita untuk mendambakan sebuah ucapan kemaafan?

Tapi remeh sangatkah aku walau untuk menerima satu pun permintaan maaf?

Kau yang bersalah. Tapi aku yang diremehkan?

Dunia. Bangsa. Dan yang bernafas di antaranya.

TUJUH PULUH LIMA PERATUS SELESAI

Hari terakhir peperiksaan tempoh hari ialah subjek Pengajian Islam (Standard Level?). Melengkapkan minggu peperiksaan Semester 3/2012. Ah, selesai sudah. Lega? Mungkin tidak. Peperiksaan kali ini terlalu asyik menyesali diri. Terlalu kerap istighfar. 

Tidak cukup persediaan. Itu alasan yang remeh. Hakikatnya aku memang tidak bersedia. Baik jasmani mahu pun mentaliti. Kosong. Peperiksaan kali ini bagiku kosong. 

Telaah yang tidak selesai. Latihan yang tidak disentuh. Diskusi yang tiada bermatlamat. Memang pakej terbaik untuk menempah kebinasaan. 

Apa lagi yang harus dikatakan? Apa guna menangis? Salah sendiri, kawan. Ini salah kita sendiri! Semuanya sudah berlaku, kita tunggukan sahaja keputusan. Baikkah? Atau burukkah? Kita nantikan. 

Masihkah ada ruang dan kesempatan? Kita berserah. 

 

Sunday, September 30, 2012

DI HAMPARAN SHAMROCK.

Alhamdulillah. Selesai akhirnya pembacaan. Mengkhatamkan sebuah lagi makalah.
Terlalu sarat mengandungi coretan-coretan menarik. Ah, mungkin saya perlu mengulang semula pembacaan. Lalu menghadamkan ibrah-ibrah yang dilambakkan dengan coretan 'highlighter' berwarna-warni. Ya, perlu.

Oh Ustaz Hasrizal, sekalung penghargaan atas kesudian mengisi kesenggangan masa yang sekejap cuma.


MELEKAKAN DIRI

Kalau bisa kau tahu aku tertekan dan sekarang masanya untuk aku menenangkan diri. Kalau kau tahu aku sedang menahan daripada memaki hamun kau dengan bahasa mata yang aku kuasai.

Berhentilah. Tolonglah berhenti kerana kau sudah terlalu lama melekakan diri. Sengaja.

Kau pada hakikatnya tidak membantu dirimu sendiri. Noktah.



Saturday, September 29, 2012

THE BUDGET

It was easy to believe. Because I am among the stakeholders, and I wait for my part rather patiently. And when announcement been made, I was one of those who felt grateful. Yes, because I am among the stakeholders.

Stop people, please stop. No matter how long and hard you bash, you will not be escaping from tasting the bonuses, incentives. You even ought for the opportunities. Besides that, they are what you had been craving for, didn't you?

Because you yourselves are like me, nonetheless, are among the diverse stakeholders.


MENJEJAK GALWAY DAN CORK

Interview ACMS;
seorang budiman Irish.

Monsun;
Denggi; dan
Kesusasteraan.

Senyuman.

Ah, kita tawakkal!

BERUNTUNGLAH.

Terkadang kita akan rasa sangat beruntung. Mungkin kerana kita mendapat sesuatu yang lebih. 
Tapi bila kita sedar yang lebih itu tidak akan datang sewenang-wenangnya, dan untuk mendapat yang lebih, kita harus memberi LEBIH, adakah kita masih berasa beruntung? 

Kata Muhammad, 
"...maka beruntunglah orang-orang yang asing."
Konteks yang luas, pentafsiran yang rencam namun tujuan masih tetap.


 

Friday, September 28, 2012

BISIKAN DARI KARIMUN

Seketika tiba-tiba terdengar seperti puput-puput angin bertiup membelai cuping telinga.

"...alangkah lebih bagusnya jika wang korupsi ini diberikan kepada rakyat yang miskin, pasti akan aman negara..."

"...kami mahu keluar dari pulau ini dan kembali semula untuk memakmurkannya..."

Dan aku merenung jauh pada kehijauan padang berumput. Bayu terus bertiup lembut sambil berbisik.

Ah, nyamannya sama. Adakah bisikan dari sana?


Sunday, September 02, 2012

LATAR TEMPAT

Menarik ulasan Kak Nisah Haron pagi tadi semasa menyampaikan respon terhadap antologi cerpen 'Trem ke Pintu Syurga'. Lagak persis guru Geografi, dengan slide Powerpoint dihiasi tempat-tempat menakjubkan yang mengujakan.

"...kalau kita berada di luar hutan, kita akan nampak hutan..."
"...tapi bila kita berada di dalam hutan, kita akan nampak pokok."

Mungkin saya belum nampak apa-apa lagi di tengah-tengah ladang kelapa sawit ini agaknya.




NAMA PENA

"Saya tidak mengerti apakah keperluan untuk mempunyai nama pena!" 
"Cukuplah dengan Arena Wati, Keris Mas...." 

Ah, sudah. Terpaksalah saya lempar jauh-jauh senarai panjang nama pena yang telah saya sediakan sejak daripada sekolah rendah lagi. 

Apalah sangat pada nama. Nama pena apatah lagi. 

Wednesday, August 22, 2012

SELANGKAH LAGI KE BUMI EIRE.

Assalamualaikum. 

Post ini ringkas. Sekadar untuk berkongsi berita. 

Alhamdulillah, result placement dah keluar. Hasil result Sem 2, predicted grade, mock-interview dan segala markah tambahan lain, terhasillah sebuah ranking yang meletakkan setiap pelajar Medic Year 2 pada negara-negara yang sepatutnya. 

Syukur pada Allah. Saya dapat full-course IUMC. Ireland. Maka, selangkah lagi menuju ke bumi Eire. 

Syarat minimum tampak mencabar. Tapi saya yakin boleh. Kita mesti yakin boleh. 36 points minimum tanpa bonus point. IELTS minimum band 7.0. HL subjects minimum 6. Math SL juga. Insya-Allah. 

Dan perjuangan sebenarnya bermula. 

P/S: Placement universiti random. Tapi saya berminat dengan TCD atau UCD. 




Saturday, August 18, 2012

APA ERTINYA RAMADAN KALI INI?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Usai sebulan berpuasa. Apa orang kata? Madrasah tarbiyyah? Hurm...mungkin. Maka, di penghujung pengajian Ramadan ini, aku kira aku berjaya juga 'graduate'. Ye lah, walaupun CGPA cuma cukup-cukup makan. 

Apa yang menarik sepanjang Ramadan ini?

Mungkin peluang berpuasa waktu awal Ramadan di rumah? Atau peluang pulang ke rumah sekali lagi di pertengahan Ramadan?

Atau mungkin pengalaman 'iftar' bersama classmates M11B di RASA Alamanda? Bersama teman-teman untuk iftar di Chicken Rice Shop? Iftar di Secret Recipe, Times Square? Iftar di Nando's Alamanda bersama family mentor-mentee Miss Belle?

Atau mungkin ketika peritnya menahan gastrik teruk selama seminggu tanpa sedikit pun rasa ingin membatalkan puasa? 

Atau pada letihnya kaki melangkah ke DS untuk 'take-away' lauk berbuka puasa dengan polystyrene 20 sen? Atau pada bosannya menunggu waktu berbuka puasa tatkala 'dine-in' dekat DS? Atau pada jemunya menghadap juadah sama yang dijual di bazar Ramadan anjuran GEM? Atau pada semangatnya bersahur tatkala sepanjang malam tidur melelapkan mata? Atau pada culasnya rasa hati ingin melaksanakan tugas 'tapau service' anjuran GEL? 

Mungkinkah kerana solat Terawih 8 rakaat di surau dan disusuli 3 rakaat Witir yang tidak dilakukan secara berjemaah? Dan hutang bacaan al-Quran yang semakin bertambah kerana rasa malas untuk meneruskan pembacaan? 

Ahh, begitu banyak andaian yang perlu diperjelaskan jika mahu menyatakan sebuah kesimpulan pada persoalan ini. 

Apa yang pasti, Ramadan ini ada takrifannya yang tersendiri. Mungkin aku puas. Tapi di sebaliknya, aku masih mengharap pada Allah, agar menyampaikan aku ke sebuah lagi Ramadan tahun hadapan. 

P/S: Ejaan sebenar adalah Ramadan dan bukannya Ramadhan :)  


Thursday, July 19, 2012

RAWAK #2

Assalamualaikum. 

Banyak sangat perkara random nih! Tapi saya percaya semuanya Allah dah atur dengan sempurna :) 

1. Mock Interview. 

Alhamdulillah! Oh, sungguh seronok. Menjadi interviewee pertama di awal pagi Khamis yang barakah dalam Discussion Room A di LRC bersama Dr Lucy Bailee sangatlah seronok :) Komen yang memberangsangkan dan begitulah harapnya, keputusan pun memberangsangkan. Amin ^^

2. IELTS Result

Alhamdulillah! Berbaloi saya kira dengan pencapaian ini. 8.0. Puas mungkin. Yang penting, tak perlu repeat. 

3. Bankrap

Ya, saya mengaku bahawa saya bankrap seketika minggu lalu. Poket langsung kering dan saya benar-benar merasakan keperitan dan kepayahannya hidup tanpa entiti wang. Menjadi 'susah' sebentar membuatkan saya betul-betul berfikir panjang dan menyesali perbelanjaan yang tidak wajar sebelum sebelum ini. Allah Maha Bijaksana, segala perkara ada hikmahnya. 

4. UNIFAIR'12 

Alhamdulillah. Saya merasakan saya telah membuat pilihan yang tepat dengan meletakkan Ireland sebagai pilihan pertama untuk 'placement'. Timbul bibit penyesalan sebab pilih Australia instead of UK untuk second choice tapi Far cakap everything ada hikmahnya yang unique. 

Tapi dah bulat tekad kalau boleh nak masuk Trinity College Dublin (TCD) or University College Dublin (UCD) kalau under IUMC. Yes! Those are my target universities. Ingat lagi akak yang jaga booth TCD tu cakap tips terunggul untuk dapat universiti pilihan kita tak lain tak bukan, cuma doa banyak-banyak plus elemen-elemen crucial lain untuk graduate IB dengan flying colours. Hurm...

Setakat ini sahaja kerawakan saya. Lepas ni saya rawakkan lagi blog ni :) 

P/S: Arggghh! Geramnya World Litr kena edit balik!! 

Sunday, July 08, 2012

RAWAK #1

Assalamualaikum. 

Alamak. Minta maaf cuma saya nak menulis banyak sikit malam ni. Tapi cuma perkara-perkara rawak yang terbit dari hati. Ha. Ha. 

1. Group 4 Project yang dijangka menyeronokkan. Cubaan membuktikan 'Three-Seconds Rule' dengan acuan sendiri. Hasilnya? Tungggguuuuuu... (bersama Faiz, Sharina dan Fatimah: IRP-mates yang ohsem!) 

2. Berusaha bertungkus-lumus dalam proses editing EE untuk 2nd draft. First-draft yang menerima respon positif dari advisor (Cikgu Subaidah yang ohsem!). Siapa kata EE Malay senang haaaaa?? Dare to say! Huhu.

3. Masih rasa sangsi dan tak sedap hati dengan CV yang dihantar pada Dr Sai. Because everyone's CV look so nice, I can't deny mine is bad! Takpe, be confident! Your PS is great (kot!). InsyaAllah :) 

4. Borang placement choice belum isi. So far I've decided verbally but not yet been transferred onto the paper. Decided on Eire and Aussie yet the Universities still haven't been decided (!!!) Dateline : Tomorrow! 

5. Mock Interview. Luckily my turn is on Thursday. Have time to check out with fellow friends about their experiences. (Target: M11Bians) 

6. World Litr. Aha, tak habis-habis dengan status '90% SIAP'. Bila entah nak 100%. 

7. CAS Reports & Schedule. Not yet updated. Kerana saya malas. 

8. Oh assignments lain yang MISC. (Hakikatnya bukan MISC pun!). Mohon siapkan segera! 

-------------------------------------------------------

P/S : Random kan? Ni yang pertama! 


Saturday, July 07, 2012

SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU ANDA :)

Assalamualaikum.

Haaahh. 

Sebenarnya post ni ditujukan khas buat adik-adik junior Year 1.

Okay, sangat outdated tapi still tak terlambat kan. 

Korang pun tak sampai sebulan lagi dekat KMB kan. Haha. 

Serius, rata-rata junior nampak matang (?) dan 'dewasa' (?) 

(Oh, saya tak dapat cari adjektif yang sesuai untuk describe korang) 

Kerana saya rasa sungguh kecil dan comel (!) 

(Dan juga gagal mencari adjektif untuk describe saya sendiri). 

Haha. 

Tapi tak mengapa. 

Hidup perlu diteruskan. 

Kalian sudah mengikat janji, melangkah ke sebuah dunia yang baru. 

Dengan bi'ah yang baru, iklim yang baru, serta ukhuwah yang baru. 

Moga Allah reda dengan pilihan kalian :) 

Good luck korang !

P/S : Oh, in case korang tak kenal saya, atau tak pernah nampak saya (which is melampau lah kan!), saya lah orangnya yang mempromosi Creative Club during your Registration Day :) Ingatttt? 


BERSYUKUR ATAS UJIAN INI.

Assalamualaikum.

Akhirnya menerima keputusan Mathematics SL. Kertas terakhir yang diterima setelah seminggu keputusan    tergantung. Dan kini, lengkaplah sudah keputusan peperiksaan Semester 2. 

Bagaimanakah bentuk keputusannya? Alhamdulillah. Cukup makan melepasi requirement MARA. 

Perasaan? Hurm. Entah. Rencam.

Gembira + terkilan + bangga + puas + takut + overwhelmed + ..........

dan bermacam-macam lagi yang bercampur-baur dalam diri. 

Bersyukur itu sudah pasti. Lebih bersyukur kerana rakan-rakan seperjuangan ramai yang menampakkan peningkatan. Tumpang gembira :) 

Cepat-cepat telefon rumah sebab nak inform dekat umi dengan abah pasal result. Alhamdulillah, kata mereka. Aku mengesan keterharuan dalam nada di penghujung perbualan. Aku juga. 

Namun, 

kesedaran itu tetap datang. Allah yang datangkan. Masuk dalam diri. Terus ke hati sebelum turut ke dalam benak. 

Ini sebuah ujian. Alamak! Ini ujian. 

Allah memang penyayang. Dan aku merasakan kasih sayangnya sekarang. 

Bangkitlah wahai budak. Ini sebuah ujian. 

Ini baru pertengahan jalan. Di penghujung nanti masih samar-samar.

Ya Allah. Tetap kusyukuri ujian ini. 

Kerana kau Al-Hakim. Kau lebih arif menentukan yang terbaik untuk aku.
--------------------------------------------------------------------------------------

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

-------------------------------------------------------------------------------------------
P/S : Tahniah kepada semua atas kecemerlangan dalam exam Sem 2 :)

Sunday, June 17, 2012

SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum. 

Ucapan kali ini ringkas. Selamat hari bapa buat abah. Sungguh, kami sayang Abah. 

Hari Bapa kali ini sangat bermakna. Serentak dengan Isra' dan Mikraj. Juga jatuh pada tanggal permulaan semester 3. 

Semoga Allah reda :)

MENERUSKAN PERJALANAN

Assalamualaikum. 

Masanya telah kunjung tiba. Dan detik itu tetap datang lagi. Haruslah aku meneruskan perjalanan ini. Dan haruslah aku menyambung perjuangan ini. 

Selagi degup jantung berdetak. Selagi mengalir merah darah. Selagi itulah langkah ini perlu diteruskan.

Ya Allah, aku perlukan kekuatan. 

Ahlan wasahlan, semester 3. 

P/S: Selamat kembali ke KMB, 'senior' :)

Thursday, June 07, 2012

BANYAK HARI TELAH BERLALU

Assalamualaikum. 

Aku terasa diberi kekuatan untuk menulis kali ini. Diilhamkan. Diinspirasikan. Mungkin juga kerana terasa keperluan. Tapi, Alhamdulillah. Masih berperasaan untuk mengisi perut blog ini. 

Hurm. Kadangkala aku terfikir, perlu atau tidak perlu aku teruskan penulisan ini. Rencam sebab. Tapi kurasakan satu desakan untuk menulis. Lalu aku pun menulis. 

Ya, seperti mana tajuk post. Maksud yang lebih mudah yang ingin disampaikan adalah sebenarnya telah begitu banyak perkara yang terjadi semenjak kali terakhir aku menulis. Perkara-perkara penting, cuma tidak disempat-sempatkan untuk mencoret dalam blog. 

Pertamanya, hari lahir Angah pada 18 April. Sama seperti hari lahir Sarah, sambutanku hanya daripada jauh di KMB. Hanya mampu mengucapkan selamat hari lahir dari gagang telefon. 

Kedua, hari ibu. Sambutan kurang meriah. Hadiah pun belum diberi. Tapi tak apa, pelan sambutan masih lagi berjalan. 

Ketiga, peperiksaan Semester 2. Ah, kurasakan satu kelegaan setelah usai imtihan. Komen tentang peperiksaan. Aku boleh katakan, tawakkal tu alallah. 

Keempat, sambutan hari guru KMB. Oh, puas melihatkan backdrop yang siap dengan jayanya dalam masa sehari suntuk pembikinan. 

Dan paling utama, 

Berakhirnya Semester 2. Puas? Oh, aku lebih merasakan perasaan yang bercampur-baur. Paling menggugat emosi semestinya keputusan peperiksaan. Dan apabila menelusuri kembali sepanjang perjalanan Semester 2 dari awal hingga ke akhirnya, aku dapat mengesan semacam perasaan ketidakpuasan. Ah, mungkin perasaan, tapi benar, seperti ada sesuatu yang tidak lengkap. 

Tapi biarkanlah yang berlalu itu pergi. Yang baik kita teruskan dan istiqamah. Yang buruk itu kita tinggalkan dalam lipatan sejarah, 

Cukuplah sekadar ini. 

P/S: Cuti tak serupa cuti pun. 

Wednesday, April 04, 2012

SELAMAT HARI LAHIR KE-11 SARAH :)

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. 

Sarah kini genap 11 tahun. 

Sempat saya mengucapkan selamat hari lahir dan menitip beberapa pesanan klise menerusi panggilan telefon eksklusif daripada KMB ke rumah. 

Tapi yang lebih manis, 

Mereka menunggu kepulangan saya untuk menyambut hari lahir itu secara besar-besaran :) :) :) 




Friday, March 16, 2012

PANTULAN.

Assalamualaikum. 

Lama tak menjengah, alang-alang menyeluk pekasam, biarkan sampai ke pangkal lengan. 
Alhamdulillah, dalam cungap dan lelah masih bernafas. Sememangnya itu nikmat. Ya, nikmat. Yang tidak bisa dinafikan sebagai nikmat yang tidak ditanggapi. 

Segala yang berlaku di sekeliling kita, yang membuatkan kita terus teguh berdiri di atas bumi nan fana ini semuanya terangkum sebagai nikmat. Terpulanglah untuk kita tanggapi dan takrifkan. 

Aku? Ya, aku masih di sini. Tidak berganjak dari tempatku sekarang. Mungkin masa semakin menginjak, namun aku masih tidak melangkah mengikutinya. Mengapa dikejar masa yang cemburu itu? Biarkan.

Terkadang dalam gelak tawa berderai yang memecah hening susasana itu kita masih tetap tidak dapat menafikan, bahawa di suatu sudut dalam sebuah kotak hati itu tersorok gumpalan duka dan lara. Yang kita pendam sekeras-kerasnya, dan diluahkan sebagai satu ukiran senyuman di wajah andai terasa seperti ingin memuntahkan gumpalan-gumpalan itu. 

Kita sering percaya kita perlu teman untuk bicara dan berkongsi semua, namun kita juga ada kepercayaan yang mengatakan bahawa mereka tidak akan pernah mahu mendengar. Mendengar sebagai seorang pendengar sebenar. Dan akhirnya kita lemparkan perasaan sehingga bergumpal di dalam hati. 

Kita juga pernah berasa terkilan kerana diabaikan. Ah, persetan sahaja mereka yang dambakan perhatian. Kerana yang lebih utama bukan tumpuan mata-mata manusia itu, tetapi kepuasan dalam diri itu sendiri. Ya, aku puas walaupun letakku dalam kelompok mereka yang diabaikan. Kdang-kadang aku ketawa sendiri mengenangkan nasibku yang baik kerana tidak sesembrononya mempamerkan kebodohan untuk tatapan seperti sesetengah golongan manusia itu. 

Aku juga merasa kegagalan dalam tempoh masa yang singkat ini. Buka satu tapi beberapa kegagalan. Maka apa aku lakukan? Hah, aku bukan sang paranoid yang merasakan dunia ini kelam sehingga akhirnya andai kegagalan itu yyang terlebih dahulu mengganggu perjalananku. Dan aku juga bukanlah culas untuk tidak peka pada perubahan yang perlu dicorakkan. 

Tempoh itu masih panjang. Tarikh luput impianku masih jauh. Hayat yang masih belum puas terisi. 

Aku sering memikirkan tentang pantulan. Melihat diriku sendiri melalui jendela. Aku melihat dalam cemas dan gusar, pada diriku sendiri. Aku melihat pantulan. Pantulan diri sendiri. 

Dan pada hakikat rasa hati ini yang tidak pernah akan bersemadi dengan tenang, introspeksi dan intuisi terkadang kala memainkan peranan utama. 

Ya, inilah yang sedang berlaku sekarang. 


 

Saturday, February 11, 2012

KAWAN, KERANA AKU JUGA MANUSIA BERTOPENG

Assalamualaikum. 

Lemas, rimas dan panas. Dan dalam tergesa-gesa dan terburu-buru menyempurnakan urusan dunia, aku dicuit oleh sang kesedaran. 

Kau bertopeng. Kau manusia bertopeng. Kawan, topengmu itu terlalu tebal. Sungguh tidaklah aku merasa puas menatap wajah dan pemaparanmu, kerana kau bertopeng litup. Geram. Keadaan yang sungguh tidak menyenangkan namun dipujuk-pujuk untuk menyenangkan diri sendiri.

Ketidakpuashatian. 

Sehinggalah aku terlihat kelibat yang kehitam-hitaman dalam pandangan. Dan pipi gebuku terasa panas dan melekit. Juga basah ruas dahiku dengan keringat. Panik sendiri. Mengapa tiba-tiba jadi begini?

Pandangan pinar. Sempit.

Oh kawan, usahlah kau renung aku dengan tajamnya renungan itu. Sesungguhnya aku sedar, kita sama, semuanya sama. 

Kawan, kerana aku juga manusia bertopeng. 

Monday, February 06, 2012

KAFARAH DOSA

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Syukur kerana walau pun dalam kondisi yang kurang walafiat ini, tatkala genap seminggu demam urat yang masih belum kebah, aku masih mampu menitip aksara. Mana tidak, kemudahan Wi-Fi yang terlampau laju di rumah tercinta ini mana bisa disiakan. 

Kali ini aku tersedar, memang Allah selalu menguji hamba-hamba yang disayangi-Nya. Aku reda dan aku terima, kerana telah aku tanam kepercayaan ulung bersandarkan surah At-Tagaabun ayat 11 yang bermaksud:


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".


Makanya, aku puas. Puas kerana masih lagi Allah ingin menguji keimananku. Namun serentak itu juga aku sedih dan malu. Kerana Allah Maha Besar itu masih menyayangi diriku yang hina dan sering mengkhianati-Nya. Subhanallah. Betapa sayangnya Dia padaku.

Sesuai tajuk, aku ingin mengingatkan semua, bahawa tatkala dalam sakit pening kita, ada hikmah yang menjalar hakikatnya. Dalam setiap perkara yang berlaku, tentu ada sisi positif. Dan sisi positif itulah yang kita rujuk sebagai 'hikmah'. Bak kata mat saleh, 'every thing happened has its own silver lining'. 'Silver lining' itu juga hikmah, dalam erti kata yang sama. 

Sekali lagi aku terpana dan malu seketika tatkala Rasulullah S.A.W bersabda:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka berhentilah merungut dan mengaduh, sebaliknya teruslah memuji kebesaran Allah, dan bersyukurlah bahawa masih lagi diberikan peluang untuk dihapuskan dosa-dosa kecil lampau. Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha Pengampun. 

Monday, January 23, 2012

230112

Alhamdulillah.

Tanggal ini satu tanggal yang bermakna. Dua agenda kesyukuran yang digabung-jalinkan dalam satu sambutan. Bermakna. Ya, sangat bermakna. Kerana perayaan ini ditanggung sepenuhnya oleh para manusia yang mulai di awal kematangan dan yang mula menginjak usia kedewasaan.

Pada hakikatnya nampak ringkas dan biasa, namun pada hakikatnya, pentafsiran yang dilakukan lebih daripada itu nilainya.

Walau apa pun, yang lebih utama. selamat menyambut ulang tahun kelahiran kali ke-44 untuk Umi. Begitu juga selamat menyambut ulang tahun ke-20, penyatuan kasih dua insan yang diredai Allah, kepada Umi dan Abah.

Saturday, January 07, 2012

QUALIFIED.

Assalamualaikum.

Semalam ada pertemuan empat mata dengan delegasi University College Dublin (UCD). Lebih tepat mungkin program dialog dan perkongsian. 

Tepat! Ini yang kumahukan. 

Dan di akhir pertemuan, aku sempat berbicara sebentar dengan Mrs Caroline. Banyak yang aku tanyakan. Cepumas mungkin. 

Tentang perbezaan UCD dibandingkan dengan RCSI. Tentang impression terhadap pelajar Malaysia. Tentang iltizamku untuk ke UCD meski terbelit dengan masalah 'twinning program' sedang aku dambakan 'full course'. Sehinggalah kenapa aksen butir bicaranya beda sekali dengan masyarakat Inggeris. Derai tawa pecah. 

Tutur Inggerisku sedikit terganggu. Aku gagal mencari makna pada satu ketika di tengah kerancakan perbualan. Aku menjajar mencari perkataan untuk menyambung maksud. Dan akhirnya aku sedar, aku terlupa perkataan 'qualified'. 

QUALIFIED. Satu kata banyak makna. Jasmani jua nurani. 


IMTIHAN DAN PEROLEHANNYA.

Assalamualaikum. 

Review week sedang berlangsung. Satu per satu subjek mula aku ketahui keputusannya. Meski belum semua namun aku sudah mampu mengagak keseluruhannya. 

Tiada yang perlu dikesalkan rasanya. Juga tiada apa yang terlalu menggembirakan. Tiada yang menghairankan atau menakjubkan. Aku biasa peroleh keputusan yang sangat cemerlang. Aku juga biasa peroleh keputusan yang sangat kecundang. Lumrah kehidupan.

Yang perlu hanya ucapan kesyukuran, mungkin. 

Segala yang berlaku ada yang terlindung di baliknya. Yang penting, kita bangkit dari kekalahan. Aku tak kisah kalah pada manusia. Yang aku gusarkan, kekalahan kepada diriku, diri zahir dan batin sendiri. 


DAN ENAM BULAN KEDUA PUN BERMULA.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 

Jejak hari ini, sudah seminggu di sini. Perasaan? Rencam. Ketemu rakan-rakan. Juga para guru. Dan keputusan peperiksaan. Aku hirup atmosfera ini dengan tenang, aku gunakan respiratory tract yang baru. 

Ah, alangkah indahnya hidup ini sebenarnya. Semacam perasaan kembali ke kenangan di Sains Johor dahulu. Di mana segalanya indah. 

Oh ya, aku kini menginjak usia 19, secara kiraan tahun. Dan aku kian rasakan amanahku kian memberat. 

Monday, January 02, 2012

PERGI, KUTERUSKAN.

Assalamualaikum.

Aku melangkah keluar hari ini. Aku pergi. Destinasi berikutnya : Reda Ilahi. 

FASA KEDUA.

Assalamualaikum. 

Malam ini malam terakhir. Yang terakhir bagi waktu rehat Semester Pertama. Perasaanku? Tidaklah berkecamuk. Aku tafsirkan gejolak dalaman ini sebagai keterujaan dalam kesangsian. Orang Putih bilang 'thrilling anxiety'. OK, itu merepek.

Aku puas berehat sebulan lebih kurang. Aku tak dapat lakukan semua yang kumahu lakukan dalam tempoh ini. Namun, aku yakin aku sudah cukup bermuhasabah dan merefleksi diri. Tidak perlu terlalu menggambarkan apa-apa. Juga hanya sepatah dua berkata-kata. Selebihnya aku peroleh daripada lima deriaku. Alhamdulillah, meskipun sekelumit cuma, tidak banyak, namun Allah tunjukkan laluan. Dan aku memilih untuk melalui laluan itu. 

Kenangan? Aku belajar sesuatu sepanjang enam bulan pertama di Kolej MARA Banting. Fasa orientasi yang menarik. Mungkin cukup untuk kuteruskan ke semester kedua. Aku namakannya 'Fasa Latihan'. Definisi? Rencam.

Aku menjadi lebih berfikr kali ini. Aku menjadi lebih bijak kali ini. Aku menjadi lebih matang kali ini. Aku juga lebih tabah kali ini.

Aku percaya tulang belakangku ampuh dan utuh. Keluarga, bangsa dan agama. Setia menampung kemaraanku. 

2012. Semester kedua. Fasa latihan. Apa pun, bawakan ia padaku. SEKARANG. 



KEMBARA INI AKU TERUSKAN.

Assalamualaikum. 

Bismillahirahmanirahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi-Mu Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.AW. 

Alhamdulillah, post pertama bagi tahun 2012. Juga menandakan ulang tahun pertama sejak pembukaan blog MICHIN0511. Akhirnya, genap setahun blog ini semalam. Banyak, tidak sedikit, perubahan yang boleh dicerap dari post-post terawal sehinggalah yang paling mutakhir. 

Dan aku pun melangkah ke satu fasa baru, secara teknikalnya. Dan aku harapkan satu anjakan juga, secara konseptualnya. Demi Allah fi sabilillah, aku sandarkan harapanku, keluargaku, bangsaku, negaraku juga agamaku. Masih si kurus yang sama, cuma kali ini aku berbeza.  

2012. DAN KEMBARA INI AKU TERUSKAN...