Assalamualaikum.
Wah ! Pagi pagi buta lagi aku dah kena alarm dengan Rafie Izwan, future college mate kat KMB nanti. Motif ? Dia request entry pasal checklist barang yang perlu dibawa ke KMB kelak. Actually dari semalam dah request kot, cuma aku tersangatlah malas nak buat. Ni jujur. HAHA. Aku agak maybe dia macam shocked sikit tengok resit pembayaran yang panjang gila babeng masa aku beli barang kat Carrefour tempoh hari. Agaknya lahhh..
*RESIT YANG GILA PANJANG. TOTAL SEMUA ?? GULP :p *
Aku buat entry ni, ala ala sambil menyelam minum air lah. Hajat asal nak tunaikan request dia - bangga habis aku orang request suruh buat entry. Pada masa yang sama, boleh lah aku semak jugak in order ada barang barang yang belum setel - ni memang gila , padahal barang dah macam nak pindah rumah je aku beli.
Overall, si Rafie ni mintak aku list barang-barang yang perlu dibawa ke KMB, khusus bagi kaum boys. Kendatipun begitu, aku pulak tersangatlah pening nak men-sort out kan barang barang yang WAJAR sahaja. Sebabnya, barang barang aku mungkin offensive sikit in terms of keperluan seorang pelajar KMB berjantina LELAKI. Wait ! Wait ! Jangan fikir lain beb, maksud aku, aku suka beli benda yang unnecessary. Bukan maksudnya aku beli pantiliner ataupun mekap segala bagai. Faham kan? Tak faham kesian. HAHA.
Okay lah, kita terus tengok barang barang mana yang WAJAR korang bawak. To seniors or siapa siapa je lah yang rasa nak tambah tambah or nak kurang kurangkan barang yang aku dah list kan ni, please do so. Jangan ikut sangat aku ni. Poyo je lebih. HAHA.
---------------------------------------
BEG
1. Luggage / Beg baju - harus ada kot. sebab nanti korang nak angkut baju korang camne.
2. Beg sekolah - penting kot. sebab kata nak pergi sekolah kan. Bukan nak pergi universiti.
GADGET / ELECTRICAL EQUIPMENTS
1. Laptop - Bawak lah laptop terus. Kita nak buat assignment kan nanti, nak FB, nak DOTA lagi .
2. Handphone - Kalau rasa nak jimat duit top-up, korang bawak duit syiling je lah satu balang.
3. Accessories laptop - Mouse, mouse pad, headphone, printer, charger etc. Faham faham je lah.
4. Charger phone - Naya je kau kalau tinggal charger. Gasak lah nak meminjam je kerjanya.
5. Hand watch - Penting nak tengok waktu. Jam tangan pun boleh menyelamatkan penampilan selekeh.
BARANG DALAM BILIK
1. Bantal - Dengar kata takde bantal provided.
2. Cadar - Nak sarung katil dan bantal kau. Yang colourful pun takpe kot. Bosan lah cadar sepesen.
3. Selimut - Kot kot korang jenis tak tahan sejuk. Karang ngompol pulak.
4. Kunci mangga - Bawak je lah. In case kalau perlu.
PENJAGAAN MATA (sape sape yang ada eye defect)
1. Spectacles - pakai lah whatever style yang korang nak. Retro? Nerd? Asal jangan pakai Rayband :P
2. Casing spectacles - nak simpan spec. Karang sepah sepah, orang pijak pecah. Naya lagi.
3. Contact lens - Sape sape yang pakai contact lens lah.
4. Casing contact lens - Nak isi contact lens korang.
5. Mutipurpose solution / saline solution - Solution yang guna untuk cuci contact lens korang.
FIRST AID
1. Handy plus - Nak balut luka kot kot syok main futsal sekali jatuh terseret kat simen. Ouch !
2. Minyak angin - Siapa siapa yang selalu kena headache tu, aku recommend sangat bawak.
3. Panadol - Kadangkala kalau stress sangat boleh demam, so bawaklah Actifast.
4. Cotton buds.
TOILETRIES
1. Sabun mandi - Tak kisah lah shower foam ke, sabun buku macam Fruitale tu ke. Suka hati .
2. Shampoo - After School punya lagu baru ni . Oops. Terlebih sudah.
3. Facial Wash - Pencuci muka. Kalau guna lahhhh.
4. Toothbrush
5. Toothpaste
6. Sabun basuh baju
7. Softener
8. Berus basuh baju
9. Baldi
10. Gayong
11. Towel - bawak banyak sikit kot. Takkan nak guna satu towel je kot .
12. Tisu - buat lap hingus. HAHA.
13. Penyepit baju - Nak buat sidai baju. Biar tak terbang dek angin.
14. Hanger baju - Nak gantung baju kau.
15. Minyak rambut- Wax, Gel, Cream. Depends pada style masing masing. Johnson Baby pun bolehhh.
16. Sikat
17. Deodorant.
18. Selipar jamban
ATTIRES
1. Baju kemeja - long sleeve mahupun short sleeve. Bercorak pun takpe. Nak buat gi kelas.
2. Baju melayu - kot kot suka pakai kan. Teluk Belanga or Cekak Musang, suka hati.
3. Samping
4. Songkok / Kopiah
5. Seluar slack hitam / warna gelap.
6. T-shirt berkolar
7. T-shirt tak berkolar
8. Seluar tracksuit
9. Jeans
10. Shorts / Tights / Boxer - to those yang pakai benda benda ni masa mandi, macam aku.
11. Briefs / Trunks / Thongs - HAHA. lawak siaaaaa pakai thongs :P
12. Belt
13. Kasut hitam
14. Kasut sukan
15. Necktie - Kalau pakai bow tie, aku tak tau lah boleh ke tak. HAHA
16. Stoking
17. Sandal / Capal / Sneakers / Selipar - Nak guna waktu leisure time.
OTHERS , WHERE REASONABLE
1. Al-Quran / Al-Quran dengan terjemahan
2. Maathurat
3. Tupperware / Mug
4. Stationeries - Untuk buat study , mana yang perlu sahaja.
5. Buku-buku berkaitan - buku masa SPM, buku buku IB kalau ada.
and lots more stuff, yang tak penting sangat.
-----------------------------------
Hah ! Tu je lah kot, yang aku rasa WAJAR ada bagi setiap lelaki warga KMB. Agaknya laahhhhhh. Kalau tak perlu, or mana mana benda perlu yang tertinggal, pandai pandailah korang adjust sendiri. Kalau ikutkan, list aku panjang lagi, tapi untuk mengelakkan dari tohmahan mana mana pihak, setakat tu je lah ye. Harap dapat membantu. Selamat ber-packing ! See you at KMB this coming Tuesday :)
P/S : Sumber adalah daripada para senior dan checklist dari KMB. Diolah mengikut kehendak hati dan nafsu sendiri. Harap maklum :)
14 comments:
pehh ni memang perfect nye checklist hahaha, aku pn tak terpikir part mouse pad bagai. casing utk spec lg ( selalu letak atas meja ) hehe. hmm, sorry la sibuk bce wlupun ak pmpn, tp ak blur la psl nk bwk barang nih :P.
-kendatipun begitu :O
jap eh. buku masa spm.. accountacy ? economy ? law ? takdee~
apa yg tinggal? maths. haha.
muahahahahahahaha...wahh lengkap2..thanks eqal :P kendatipun agak"terlebih suda"muehehehehe
p/s:x sangka ko pakai "THONGs" bhahahahahahahhahahahaha..kendatipun mmg terbaik gila2x..
Dayana:buku spm wajib bawa kot so nanti sng buat rujukan perkara2 basics..
@DAYANA
HAHA. kalau tengok list panjang lagi TERBAEKKKKK ! Tiba-tiba kan "kendatipun begitu", HAHA, ter-klasik lah pulak :p
Aku tak macam kau okay. HAHA. Buku-buku revision masih simpan elok lagi. Nasib baik masih study Bio Chem. HAHA.
Kot-kot boleh inspire kau jugak kan. Post aku ni unisex sebenarnya.
@RAFIE
you're most welcome. WELL. tengok lah sape yang menulis. HAHA.
Jujur dari hati, aku tak pakai thongs. Siyes3x. HAHA.
panjang gilerr list..
btw thanks mempermudahkan kerja dgn checklist nie.. hehe..
.. nak gi beli skang jugak.. ahaha.. =)
@BIEY
HAHA. nak buat macam mana lagi kan? Ni dah edited version dah ni. Kalau tak......
kau punya resit memang terkejut aku tengok HAHA
@LADY CHERRY.
HAHA. believe it....
GUYZ..
KLU BARANG X CUKUP NNT KAT KMB (BOYZ ONLY)
PI BILIK HAIQAL!!
MWAHAHAHA
@FIQRI .
wah wah kau .
bilik aku bukan hypermarket bhai :D
HAHA.
jom sesame g serang bilik eqal..harap2 satu blog..muehehehe
@RAFIE
Well, kalau dah semua pakat nak promote bilik aku. Aku nak cakap pe lagi kan ? HAHA .
Post a Comment