Tuesday, June 14, 2011

MY STUDY TREND

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, semenjak wujudnya blog MICHIN051 awal tahun ini, aku telah dihujani dengan pelbagai bentuk sokongan, dorongan dan galakan yang sangat sangat bermakna daripada pembaca seantero dunia. InsyaAllah, semoga perkara perkara tersebut akan terus memotivasikan aku untuk setia berkongsi segala yang aku lalui selama kehidupan ini.

Baru-baru ini, ramai pula yang request aku agar berkongsi serba serbi tentang gaya belajar, cara hendak menjadi pelajar cemerlang, tips score gila gila dalam exam dan banyak lagilah topik yang sewaktu dengannya.



Post kali ini sememangnya dicoret khas bagi menjawab segala persoalan tersebut. Diharapkan apa yang akan dibaca selepas ini dapat menjawab kalau tak banyak pun, mengenalah sedikit sedikit. 

Sebelum itu, ingin aku ingatkan di sini bahawa sememangnya aku juga manusia biasa seperti kalian, masih ada kekurangan dan kelebihannya yang tersendiri. Bukanlah hendak mengatakan yang aku sudah cukup sempurna, namun apabila Allah sudah mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita, mengapa tidak kita sampai sampaikan , betul tak? 

Baiklah, kita teruskan dengan topik asal. Saya cuba menerangkan 6 points seringkas yang boleh agar mudah untuk difahami oleh para pembaca sekalian. Selamat membaca :) 


-----------------------------

1. ORGANIZE YOURSELF 



-Buat time table khas untuk waktu study. 
-Buat time table khas untuk kehidupan sehari-harian dari pagi sampai pagi semula. 
-Simpan segala nota, handout, kertas kerja dalam folder yang spesifik. Jangan campurkan atau main sumbat. Nanti susah nak cari balik.
-Sediakan semua keperluan sebelum mula belajar. Nanti tak adalah terhegeh-hegeh nak cari buku, alat tulis ketika sedang fokus belajar. Senang bila semua dah ada depan mata. Tinggal capai je. 

2. HIGHLIGHT 



-Beli highlighter, magic pen or pen colour colour yang melambak kat pasaran dan murah. 
-Setiap kali encounter perkara-perkara yang dirasakan penting ketika pembacaan, terus highlight. 
-Digalakkan guna highlight colour bright macam oren, pink or kuning. Bila buka balik, nampak bersinar-sinar. 
-Jangan highlight sebarang ikut suka hati,. Pastikan betul betul penting baru highlight sebab masa revision, kita nak tengok yang penting saja. Kalau dah satu buku kau highlight, serupa tak payah kan? 
-Highlight akan mencantikkan lagi nota kita, kalau pandai guna. Nanti cikgu check buku kita, cikgu suka, sebab cantik. Nanti cikgu puji :) 

3. STICKY NOTE 



-Pernah nampak kan kertas nota yang boleh lekat-lekat tu ? HAHA. Aku suka beli sebab aku suka tulis nota. 
Tak kiralah nota panjang or pendek. 
-Bila kita baca buku, for example, Science ke, Biology ke, Sejarah ke, mesti ada macam-macam benda baru, terminologi, equations, formula dan banyak lagi lah. Semua tu penting tau ! 
-So, bagi mengelakkan korang lupa or ter-miss nak baca tu masa revision masa masa akan datang, silalah tulis balik kat sticky notes tu dan tampal di mana-mana yang mudah nak perasan. Example, depan wardrobe, kat study lamp or etc. Tapi aku suka tampal terus kat dalam buku tu, sebab nanti senang nak refer :) 

4. REVISION 



-Revision selalu disalah anggap tau. Orang fikir revision buat masa dah dekat dekat nak exam. Kesian. Patutlah tak score masa exam.
-Kalau rasa tak genius otak tu, sila silalah revise balik apa yang telah dipelajari di sekolah tadi sebelum tidur. Tak payah lah nak revise gila gila . Cukuplah sekadar ingat balik point penting, formula or fakta mudah. Aku selalu revise dengan cara ingat apa yang cikgu cakap dalam kelas. InsyaAllah, apa yang cikgu ajar tu lah yang penting (kalau cikgu korang tak merepek lah). 
-Sebelum mula kelas, rajin-rajinkan lah diri tu selak sikit sikit topik yang cikgu nak ajar bila dia masuk nanti. Dapatkan gambaran dulu, tak payah nak fahamkan betul betul. Cukup kalau korang dah boleh nampak macam mana hala tuju topik tu nanti. 
-Dekat-dekat nak exam, revise balik nota-nota penting yang korang dah buat tu. Kalau tak pun, cukup kalau korang baca summary bab (selalu ada dalam buku revision, setiap kali habis topik). Try to generate your brain to figure out the answer through specific key word. Contohnya, "AEROBIC RESPIRATION". Fikir dan cuba bayangkan, apa yang korang faham dengan benda tu, InsyaAllah, korang akan lebih mudah ingat dan jimat masa nak study subjek lain. 
-Jangan paksa diri untuk study. Tapi latih diri untuk patuh pada jadual belajar yang telah disediakan. Berehat seketika bila terasa letih atau tidak dapat fokus lagi. Sambung semula apabila sudah bersedia :) 

5. PEMAKANAN DAN KESIHATAN 



-Jangan tidur lambat waktu malam. Kalau korang dah biasa pun, tolonglah stop. Sebab nanti otak kau pagi pagi jammed. Then, pergi kelas ngantuk tak dapat nak fokus. Korang tau tak, kenapa budak genius selalu cakap nak berjaya, kita kena fokus dalam kelas? Sebab, 80% daripada pengetahuan kita diperoleh melalui deria pendengaran, deria percakapan dan deria penglihatan. Kalau korang tidur dalam kelas, InsyaAllah, korang takkan dapat apa apa melainkan kapur atau duster yang dibaling terus ke muka :) 
-Makan sayur dan buah tau ! Tak banyak, sikit pun jadilah. Jangan makan banyak sangat Maggi. Jajan. Cekedis. Keropok. KFC. MCD, dan seumpamanya lah. Nanti otak rosak sebab banyak telan bahan kimia bahaya. HAHA. Aku nak exam tak makan maggi dengan jajan langsung :P 

6. HUBUNGAN SILAHTURAHIM 



-Sentiasa ingat ibu bapa dan jadikan sebagai motivasi untuk belajar. Bila rasa malas malas tu, ingat ibu bapa yang banyak berkorban, berhabis duit nak suruh kita belajar. Takkan kita nak bazirkan macam tu je. Serupa kita campak kasut kat mak ayah kita kalau kita buat macam tu. Derhaka kan? 
- Selalu consult guru kalau tak faham. Tanya kawan kawan juga. Jangan sombong kalau pandai. Tolong yang lain. Jangan sombong juga kalau dah bodoh tu, sebab nanti korang rugi. 
- Dekat dekat nak exam, jangan lah cari pasal dengan siapa siapa. Jangan gaduh dengan kawan , putus cinta, heart-broken,  kena marah dgn parents or cikgu or etc. Nanti confirm emosi tak stabil masa nak exam. Kesudahannya, preparation korang yang gila gempak masa awal-awal tu tak guna je :P 

7. KEROHANIAN 



-Solat 5 waktu jangan tinggal. Jangan buat sambil lewa. Jangan main-main. 
-Jangan buat benda tak senonoh. 
-Selalulah ingat Tuhan, berdoalah minta pertolongan daripada Tuhan. Dia sahaja yang selayaknya mampu menolong kita di kala kesusahan. 
-For Muslims, selalu baca Al-Quran lepas solat. Paling baik, amalkan surah Ar-Rahman setiap kali habis sembahyang. 

----------------------------------

Begitulah serba serbi yang boleh aku share dengan korang semua. Alhamdulillah, aku dah praktik kan tips tips di atas sejak sekolah rendah lagi dan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Semuanya straight A. InsyaAllah, pada masa masa akan datang, aku akan terus praktikkan tips ini. Korang pun boleh try jugak. 

When there's a will, there's a way. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan :) 

P/S : Feel free to ask ! 

No comments: