Assalamualaikum .
Alhamdulillah, masih lagi Allah izinkan jari jemari ini untuk terus menulis bagi mengekspresikan apa yang aku rasakan pada hari ini. Ah, tak kira. Kali ini, aku nak bantai tulis dalam bahasa ibunda dan menggunakan bahasa-bahasa skema, konteks ayat yang gramatis, sintaks yang tepat dan diksi yang variasi. Alasan utama, nak senang difahami dan senang juga untuk berceloteh. Tapi taklah 100%. Hanya certain part yang sesuai, bagi menaikkan mood. Mood tu penting beb bagi mendapatkan pembacaan menarik !
Hari ini 09 Jun 2011, bersamaan hari Khamis. Lebih kurang 19 hari sebelum aku secara rasminya bergelar pelajar Kolej Mara Banting. Hari yang sama juga akan digelarkan pelajar IB. Ouh, glamor habis !
Memandangkan surat tawaran rasmi daripada MARA baru sahaja diterima kelmarin, dengan gerak proaktif dan efisiennya, kami sekeluarga telah mula melakukan serba-serbi persiapan sebagaimana yang telah dikehendaki oleh pihak MARA dan juga KMB, serta tidak lupa juga yang dikehendaki aku dan keluarga.
Hendak dipendekkan cerita, banyak sangat perbelanjaan yang dikeluarkan dan ditanggung penuh oleh umi dan abah. (Tidak termasuk beberapa sen yang dikorek dalam dompet aku). Jujur aku cakap, aku tak sangka umi abah sanggup berhabis semata-mata nak menguruskan hal aku nak masuk KMB. Memang segan dan malu sangat dengan adik-adik sebab abang diorang ni banyak kikis duit umi abah. Mintak itu dapat, mintak ini dapat. Tak mintak pun diberi jugak. Hurm.
Sumpah cakap, aku tak tahu menahu langsung dari mana umi abah dapat duit banyak-banyak tu sebab aku tak pernah tanya. Seganlah nak tanya. Manalah tahu umi abah keluarkan duit saving dalam bank ke, berhutang ke, Nauzubillah, hanya mereka dan Allah tahu. Yang penting, semua urusan kewangan sentiasa ditanggung beres dan tak pernah tertunggak. Tak pernah dengar umi abah cakap "tak ada duit". Asal kami adik beradik mintak apa-apa, InsyaAllah dapat. Lebih-lebih lagi bab makanan dan hiburan macam tengok wayang ke, majalah ke, semua beres.
Okay lah, kita tengok dulu perbelanjaan yang telah dikeluarkan setakat ini, untuk aku seorang je :
DRAF BANK CIMB untuk YURAN KMB = RM 1660
LAPPY BARU + PRINTER = RM 1850
BARANG-BARANG NAK MASUK KMB = RM 600
*REKOD BARU DALAM FAMILY : RESIT PALING PANJANG DALAM SATU PEMBAYARAN*
LOKASI : CARREFOUR BATU PAHAT
Jumlah kiralah sendiri ye. Aku tak nak cakap banyak. Nanti aku menangis.
Tapi tu belum complete lagi ! Ada lagi Medical Check-up nak kena bayar, barang belum semua setel lagi.
Banyak lagi sebenarnya yang belum lengkap. Tu belum campur elaun bulanan aku, duit nak ambil lesen dulu and macam-macam lagi. Teruk betul aku !
Haisyh ! Malunya nak cakap kat umi abah barang-barang belum cukup. Aku tahu, kalau aku cakap nanti, mesti umi abah terus rushing nak setelkan cari barang-barang tu semua. Tak nak lah.
Yang pasti, aku yakin semua ni merupakan pelaburan jangka masa panjang mereka. Umi abah pasti mengharapkan sesuatu dari aku. Sesuatu yang pastinya lebih berharga daripada wang ringgit, seandainya aku nak balas balik semua jasa dan pengorbanan mereka. Ya, aku pasti tentang tu.
Biarlah sekarang aku sedar dari awal. Aku akan selalu jadikan umi abah sebagai panduan. Sentiasa ingatkan keluarga bila nak lakukan sesuatu.
Yeah ! Nanti ada rezeki nanti, Along bawak satu family travel New Zealand ye ! Tengok negara tempat Along belajar nak jadi doktor pakar macam yang umi abah nak Along jadi. Kalau rezeki Along lebih baik, mungkin Along akan bawak satu family ziarah Ireland. Lepas tu, kita travel satu Europe ye !
AMIN ! Mudah-mudahan ye. Doakan kejayaan Along dalam IB ni nanti :)
P/S : Sedih rasanya. Menulis sambil air mata bergenang. Ingat nak tulis lagi panjang, tapi tak mampu sebab sebak sangat T_T .
No comments:
Post a Comment